Jan 24, 2014

welcoming 2014

Hello assalamualaikum semua...untuk entry yang pertama 2014 nii eza nak share sesuatu...alhamdulillah im 2months pregnant. Since lama sgt tak update entry baru so better kita cerita happpy dulu..mmmuahhh..take care dan doakan eza n baby sihat ye...

May 9, 2013

WELCOME MEI

hello assalamualaikum..selamat datang bulan mei,, bulan harijadi..heheh..kejap je dah masuk bulan 5, cepat masa berlalu..anyway segera mengharungi setiap dugaan hidup dengan penuh bahgia bersama suami tercinta giteww...



okay, bulan ni memang sibuk, dengan pilihanraya yang sungguh sengit dan saya pun pelah memilih ape yang saya rasa terbaik sebab sebagai rakyat kami merasakan itu hak kami bersuara..ape2 pn pemimpin yang dipilih itulah yang mewakilkan kami semua..


bulan mei jugak sibuk dengan exam pertengahan tahun bebudak semua...lega sikit tapi menanda kertas tuu..hamekkk kauuu hahaha..



ok lah...nak pegi kelas ni..jumpa lagi ya...

Mar 28, 2013

khamis ( putrajaya)



hello ya all..bersin2 je ni..

oh ye kejap je cuti sekolah seminggu ni kan lepastu naik sekolah balik. huwaa taknakkk..

alhamdulillah bersama2 suami selama seminggu ni memang seronok. seronok tengok suami makan. siap bawak bekal hari2 lagi. alhamduillah.

so rutin harian macam biase lah, sebab suami keje office hour, so senang and rileks sikit la. pukul6 bangun buat breakfst. biasanya eza dah siap2 kan malam tu juga rencah or ape yang nak masak pagi tu. so senang bangun semua bahan dah ready. masak jelah.

lepas suami pegi keje, mula la tugas sbg surirumah. kemas rumah, basuh baju semua. almaklum lah eza ni kaki mop sikit. pantang nampak xselesa pijak lantai je memang nak mop aje. hehe

lepastu dalam pukul10 mula masak lunch lak. suami balik pukul 1 and makan tengahari sesama serta solat zohor sesama. pukul 2 pegi keje balik. maklom ye, tempat keje sgt dekat. alhamdulillah.

so seminggu ni perut suami saye sangat terjaga. makan sedap2. balik semua dah tersedia.

alhamdulillah. eza memang akan buat sehabis baik untuk suami sebab maklumla jarang dapat bersama. nasib baik la saye ni cikgu so banyak la cuti. alhamdulillah syukur ya ALLAH..

harini tak sihat, semalam demam dan selsema menyerang. haih bersabar je. dugaan allah nak bagi la tu. ade lah hikmah sebaliknya.

semalam tak tahan, suami balik picit2 kepala dan badan. ntah kenapa boleh mcm pening semua sekali. tak larat nak bangun pun. so arini mcm ok dah sikit tinggal ade slesema je.

suami saye ni memang romantik, yes he is romantic. ah tak reti lah nak cakap camne tapi mcmtu lah. seronok.

to my dear hubby,
seminggu bersama awak sangat best bagi saya. cukup bahagia, sungguh banyak kasih sayang dan belaian yang awak bagi dekat saye. tq so much sayang.

lepasni rutin jadi mcm biase lah, every friday lepas keje suami akan balik melaka dan eza akan ke putrajya jika cuti sekolah je. sebab bukan ape, kat melaka pun best, rumah sendiri kami bersama. privasi gitu. do melaka dan putrajaya dedua best :)

and lastly, tq syg for the hadiahs, die faham sangat bini die memang pakai semua aldo, sampai selipar pegi pasar malam pun aldo. bagi saye tu biase je, takdelah gempak mane pun. tapi memang saye suka. and now almari kasut dah penuh ALDO,ALDO..dan handbag jugak!

time sale beli lah, nak beli latest punya habis gaji sebulan woi.

and now, eza dah kumpul handbang dan kasut2 semua, relly love it ! suami pn suka sebab die yang tlg bayarrr :P
and this is memang berkenan, tapi cuba cari material leather, i dapat jugak wedges, tutup separuh. really awesome :)
yayy, yang ini eza dah ada 3 pasang. silver dan brown yang first beli dekat gurney penang , satu lagi beli dekat midvlley januari. dan paling latest eza beli yang ini. after less 10% RM 190. leather. tahan lasak pergi sekolah semua boleh

ini takde diskaun lagi, RM 340. huwaa. dah survey. insyallah ade rezeki  bulan 5 dapat. hehe. eza beli yang mcmni, sama. warna merah tapi die punye bukan leather, mcm plastik bubblegum tu. red. ade gambar kat instagram eza ok. selesa pakai. yang ni less 20 % dapat la RM 170


yayy, handbag ni pun eza beli. memang cukup luas,mcm2 boleh letak. paling latest eza pakai MNG handbag, tahan lasak jugak. yang terbaru hantaran kahwin pakai charles and keith mcm mak datin pulak. special occasion je boleh pakai. so eza beli yang ni. hitam dan senang nak match baju semua :)

yang ni dah ade satu, beli kat gurney penang, masa honeymoon. eza punya kaler hijau zamrud. so gorgeous !
ini pn ade sale, RM 200 lebih sikit :)

so paling last eza request kat en wed adalah  handbag ni tapi  warna merah :) tak sabar nak tunggu next season punyaa  :)
ok ni yang MNG tu, paling tahan lasak material bagus, anak murid  tarik2 pn ok. bawak pegi camping pn  tahan ok.  masih tersimpan :) 
selebihnya, awak semua boleh tengok2 kat website ALDO..semua gambar eza amik kat sana je :)



k dah...lastly, eza nak ingatkan, hidup ni kalau kita terlampau cakap bangga diri itu dan ini, cerita sana sini kebaikan dan kehebatan pasangan kita pun tak bagus jugak. so harap kita tidaklah bersifat sedemikian. cuma bukan apa, eza cukup terkilan ada rakan-rakan, rakan baik begitu amat berbangga dengan kemewahan yang ada. cukup lah sekadar kita memberitahu umum di blog2 tersembunyi kita atau instagram. bukan bile berjumpa je, semua awak tu hebat. tak best lah kak. tak best ok. 

so please belajar bersyukur. eza pn takde lah nak baik sangat, tapi berpada2 lah. jangan terlampau dan glamor sakan, dah mcm ungka pn ade. 

bagi eza, suami banyak mengajar supaya bersederhana, bukan tak boleh bermewah. tapi kemana je pun kan. kalau ade rezeki lebih dapat lah. mcm ni rezeki lebihla ni. alhamdulillah. suami cukup memahami saya. keiinginan saya, makan pakai semua cukup cuma nafsu shopping tak boleh halang. tapi alhamdulillah, bukan setiap bulan shopping, tapi ada had yang ditetapkan :)

setiap permbelian kena fikir masa depan mulai sekarang, now eza masih seorang, belum ada baby. kalau ada baby lepasni memang takde beli baju kita, baju baby je. semua untuk dia. hehe

"suami kite dah pandai ugut kite, awak nak shopping atau nak stroller baby yang mcm ferrari tu? terus wey tak jadi sopingg"

itu lah kan. ade betulnya kata suami, sekarang kita berdua, makan pakai semua mewah. nanti datang rezeki baru kita baru nak fikir. so better fikir dari sekarangg :) yes i do sayanggg :) tapi handbag merah eza tetap nak jugak eh :P


wahh panjang entry kali ini. k love you all..love you hubby syg. suami saye rajin stalk blog saye kekadang.. hahaha daaaa.....

Mar 18, 2013

ENTRY LARUT MALAM

salam guys, sesambil golek2 atas katil tunggu mata terpejam saja nak update entry. berhabuk dah belog eza ni. kan kan kan..sambil tu melayan lagu arab..amr diab terngiang2 gitew. mood nak romantik kan..

sementara nak kejut husband bangun pukul10 jap lagi, maklum husband jauh nun sana..saya lah pengejut setia dan die pn pengejut setia saya..

duduk dendiam sensorang sambil membelek2 status fb rakan-rakan. alhamdulillah tersenyum dengan perkhabaran gembira mereka semua..semoga sentiasa dilimpahi kurniaan rezeki allah..insyallah..

suami adalah pendengar setia,
suami pun penyejuk hati kita,
suami pun jugak penguat semangat kita,
mana kita berada, apa yang kita rasa, dialah yang yang pertama dirujuk dan akan membantu sebaikboleh..
itulah sebabnya wanita perlukan lelaki dan lelaki perlukan wanita..

alhamdulillah sejauh ini cinta kami..diharapkan kekal hingga ke jannah..insyallah..


suamiku yang kurindui dan kucintai selalu, kaulah penyejuk jiwaku jikala ku kesedihan, kau penguat semagatku jikala aku berputus atas. terima kasih atas limpahan kasih sayang yang kau berikan padaku..akan ku jaga hingga akhir hayatku..sobsobsob (sedihh pulak)

disaat kita menginginkan sesuatu, masih belum tercapai, mungkin semua yang terjadi ada hikmahnya, dan allah jugak telah merancang sebaik2 nya untuk setiap manusia dan kita seharusnya berusaha untuk mendapatkannya..amin..jazakallah hu khairan kasira..

lots of love, my baby, my hubby :)

Mar 7, 2013

kejohanan memanah MSS Negeri Melaka

hello assalamualaikum semua...sementara tunggu keputusan ni eza saje2 update belog.

takde banyak nak cerita cuma sangat busy lately dan semua benda kena buat dengan cepat. anyway sabar jelah. this week memang full. kertas exam pun tak sempat tanda. haihh. ok sabar. mesti siap punya. students kena sabar sikit lah.


hopefully semua dipermudahkan. ya allah jauhkan kami suami isteri hasad dengki dan khianat. panjangkanlah jodoh kami. kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah amin ya rabbal alamin..doa yang tak putus ku pinta..


daa....

Mar 6, 2013

BEST PULAK :)

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan


Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan


Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya


Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Mar 4, 2013

salam isnin

hai assalamualaikum..

yay harini harijadi suamiku yang ke 26 tahun...malam tadi sambut biase2 je..tapi penuh makna..alhamdulillah..


ucapan,

"happy birthday sayang, semoga panjang umur murah rezeki ye. semoga hasrat kita bersama tercapai hendaknya. insyallah"




Feb 24, 2013

gembira. syukur.

hai semua. assalamualaikum :)


harini suami balik, macam biasa bila balik adalah hari special saya. even busy mcmana pun, penat mcamana pun husband comes first.

im quite emotional lately, entah kenapa. mugkin kah? err..

dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab adalah suatu kurniaan yang tidak ternilai. suami yang sangat alert terhadap perubahan emosi isteri yang tidak menentu kekadang agak memeningkan suami.

oh suami saye? ok memang best. memang romantik habis. balik penat2 melayan karenah bini mcm budak kecik. yelah. perhatian tu penting. haha. kelakar pon ada. kami masih lagi mengenal peribadi masing-masing. alhamdulillah. percintaan selepas kahwin sangat indah. percaya lah.

thank you suami yang sudi melayan karenah isteri anda sebab anda semua memang awesome habiss. having time together memang sangat penting. kami memang sentiasa praktikkan. sesibuk mana pun kita, masa bersama, lepak, dan sebagainya sangat penting.

dan anda semua nak tahu, kami masih lagi keanak-anakan. comelsss. sementara masih berdua kami betul2 nikmati alam percintaan bersama. hoyeah.


tq for reading this guys. im just sharing what im having, feeling.


love and always love your husband. my jannah.

rabu kasim abdul aziz,

lots of love from your wife,

nurul ezzah roslan

wife, teacher, daughter and :)

2013 first entry

hello assalamualaikum semua. hampir 3 bulan tak update belog semua. anyway eza masih aktif di twitter dan instagram dan sesekali di facebook. almaklum lah busy. hehe.

my life getting better and my husband complete me. yes. he complete me totally eventhough we are not always have same hobby and favourite.

sekejap sahaja dah tiga bulan dan eza sangat bersyukur atas kurniaan Allah. alhamdulillah im ready to the next phase :) doakan yang terbaik untuk eza dan suami.

alhamdulillah, im having my own home, sweet home for me and suami dan bakal anak kelak. so now seronok mengerjakan rumah sendiri as surirumah sejati giteww. suami pun selalu balik memandangkan putrajaya n melaka tak berapa nak jauh. so alhamdulillah.

tak sabar nak balik putrajaya, my second home. suami duduk quarters kat presint 16. im happy ada dua rumah. dedua suka. sedua ada kelebihan. seronok. hopefully semuanya kekal bahagia aman damai.

dah jadi isteri ni memang lain. so far lain contohnya, balik kerja kalau suami ada, tetapi memang suami ada lah selalu. having dinner together. solat jemaah. semua kami buat altogether sementara belum ada baby. baby will coming soon. insyallah dengan izin ALLAH, semua rezeki tangan Allah.

ok guys nanti free eza sambung cerita lagi ye :)




Dec 26, 2012

malam berinai besar

siap, kami mengenakan baju songket biru malam tu :) sanggul lintang, berat kepala betul. huu

sanggul lintang memang adat tradisi melaka :)

posing kemainn

naik teleng kepalaaa weh

kiut aku kannnn?

Dec 23, 2012

selepas akad nikah :)

alhamdulillah..sekali lafaz kami sah suami isteri :) gambar ni eza buat frame besar sekali nak letak kat rumah ..


nice pose, nice photoghrapher dan tentu sekali kami yang cantik :)

nurul ezzah roslan dan rabu kasim abdul aziz. husband and wife.

i love you :)

alhamdulillah...sebulan lebih dah kami diijabkabulkan...amin ya rabbal alamin syukur ke hadrat ilahi kerana mengurniakan kami kebahagiaan sehingga ke jinjang pelamin, anak cucu insyallah. terima kasih kepada mak ayah, adik adik semua, mak mertua, ayah mertua dan semua sekali terlibat dalam menjayakan majlis perkahwinan kami. hanya allah dapat membalas kerah keringan kalian semua. tak lupa juga kepada photoghrapher kami yang telah memberi yang terbaik buat kami. gambar2 ini akan menjadi tatapan anak cucu kami semua insyallah :)

Dec 22, 2012

teaser

maja makan pengantin serta centrepiece :) all white

baju nikah

kasut :)
this is my full version of my dais :) thank you driasboutique



update gambar kahwin

holasss...eza akan upload gambar kahwin tak lama lagi ya..zassss!


bye :)

Sep 11, 2012

hello guys

hello,

ape khabar? tak sempat nak jenguk blog sekarang..busy je memanjang...the day is coming..eza akan jarang update belog lah...maybe thiscoming 3 months je..insyallah..lepastu I wil...yayy..see you guys~

Sep 6, 2012

rumah baru saya :))

ini eza letak atas peti ais je...hehehe comel kan ?

botol semua beli kat KK dan oven mak bagi..tq mak!

look! look!

emak yang deko hehehe

ini dekat corner

full view



ini bilik belakang



awesome plague :))

putih bersih...memang ini je 

dari depann :))

dapur kiteee...

Aug 12, 2012

happy

alhamdulillah...semua dah settle..

rumah boleh masuk after raya, seronoknya...and dalam master bedroom siap dengan york cooling king gitu..okay so happy :)))



semua persedian dah tersedia...rumah baru, baju baru, kasut baru dan handphone baru...alhamdulillah rezeki lebih tahun ni adik2 dapat sekali beraya dengan handphone baru...maklum..last year as bachelor kan so mari kita berkhidmat untuk keluarga kita dahulu..berkat doa mak ayah dan adik beradik eza mampu ada yang sekarang ni :)


misal kata eza dapat transfer putrajaya, rumah baru kat melaka eza akan sewakan..mak and ayah lah jadi tauke hehehe, eza sangat tak sabar...dedua rumah best..kat putrajaya dan melaka...excited jugak nak balik rumah putrajaya yang sedia je nak tunggu pengantin baru masuk...hehehe....

so untuk kelengkapan rumah, eza mula dengan serba sedikit dan kebetulan rumah melaka settel sebab perabot mak yang padat akan masuk kat rumah baru eza...terima kasih makkk :))) so eza just fikir nak completekan kelengkapan rumah kat putrajaya je...bestnye,,


alhamdulillah dikurniakan bakal suami yang sangat well-planned untuk masa depan, berbeza dengan eza yang suka ambil ringan..terimakasih sayang kerana sokongan dan kita bakal berkongsi hidup dan perancangan sangat perlu :))

amin ya ALLAH...

so lepas raya akan work on my kerja kahwin iaitu oder kad kahwin, fitting baju kahwin dan nikah...masak2 dan dapur semua mak ayah siapkan..legaaaa...so tunggu tau eza upload gambar rumah baru eza tuuu :)))



hp ape baru tu??


samsung galaxy S3 je...memang superb! kalau nak tengok preview die memang awesome :)))))

Jul 29, 2012

home sweet home :)

woohooo heloo guys...

amacam persiapan raya korang semua? eza ala kadar je..biasa-biasa..kuih muih insyallah buat...seronok..lagu raya pun dah berkumandang...uwaaa...


eh apa motif letak gambar nii?? rumah?? yes..this is rumah...alhamdulillah dikurniakan kurniaan rezeki ALLAH yang tak terhingga sempena bulan ramadhan ni...our home is here! yep!

rumah baru for newlyweds..alhamdulillah...this is our home..we have decide to buy house and alhamdullillah..dapat duduk rumah baru :))


perancangan bertukar masih sama, cuma kami membeli sebuah rumah sebagai asset dan akan disewakan...tak jauh pun dari rumah family saya :)) so senang kalau eza dekat putrajaya, mak ayah boleh tolong tengokkan rumah...


alhamdulillah, alhamdulillah...so jemput nanti masa wedding eza korang pun boleh melawat rumah eza sekali ye :)) insyallah bila balik melaka sekali sekala boleh lah duduk rumah sendiri :))


sedang duduk berbincang nak pergi honeymoon....
"awak, nak honeymoon kat mana eh eh?? tanya eza kat wed..
"sayang, kita honeymoon kat rumah putrajaya tauu, tolong deco2 rumah" kata wed selamba..
"aahla kan, lagi best...permulaan hidup baru" happy!

kami merancang, Allah tentukan...rumah kat putrajaya bulan 10 dah boleh masuk barang..tapi takpe, eza kan cuti hujung tahun lame gile kot, so jadi surirumah sepenuh masa je lah...best...

rumah baru kami kat melaka eza suruh mak and ayah inchargekan...paling kurang perabut menimbun rumah mak, masuk sikit rumah kami...horraaayyyy!!



rumah di Putrajaya berupa kuarters, rumah di Melaka hakmilik sendiri :)))


8th Ramadhan...

assalamualaikum guys...how are you?? sebelum tu eza nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam...semoga ramadhan ini membawa seribut kemanisan kepada kita semua ya :))


lama betul tak update belog kan? hmm hmm...first week of puasa eza demam, batuk dan semua..suara sampai takde nak mengajar..dugaan..tapi alhamdulillah tiba di puasa ke lapan tinggal batuk je tak hilang...alhamdulillah...



di kesempatan ini eza sengaja ingin berkongsi pengalaman...cewahh macam banyak pengalaman je...aiii cik kak ni dah tengok gambar dulu lak ye...ye jangan terkejut...ini semua antara adegan sesi fitting baju pengantin...alhamdulillah...discuss dengan my wedding planner harap semua berjalan dengan lancar...ok untuk majlis eza...nikah eza menggunakan persalinan sendiri...ingat tak?? baju yang buat2 bunga putih tuu kan? insyallah semua dalam progress..so untuk persalinan, mula2 eza taknak persalinan, tetapi menurut makcik pakcik atuk n nenek...doang nak sangat tengok pakai baju tradisional...hehee..so kami berdua mengenakan persalinan selepas nikah...berunsur jawa...dan malam berinai eza mengenakan songket turqoise...alhamdulillah...dan baju resepsi adalah hasil idea eza dan designer eza...alhamdulillah...warna dia rahsiaaa! hehehe...


encik wed mengenakan songket tardisional yang teserlah kekacakannya dalam busana ini...macam kaler hijau turqoise bersulam mewah dan ade kristal..untuk eza pun sama dan sanggul cucuk/lintang

yang ini kami mengambil busana ala jawa, kelihatan kiut miut haha..so simple dengan fabrik  baldu dan labuci...warna dia electric blue..ala2 puteri zaman silam gituuu

disebabkan begitu sukar nak memakai dan bila dah pakai haruslah amik gambar...nice shot sayangg :)))

ini main letak2 je dulu...belum proper lagi..tapi ini lah keadaan bajunya..dah macam ayah pin!

anyway seharian di butik membuatkan kami excited mencuba semua baju so hasilnya ini lah kami pilih...teruja betul...so see you guys..we will updating more :))) salam sayanggg!

Jul 28, 2012

hehehe

heloo...


i will update you soon!!!




see ya :)

Jul 15, 2012

ape kes ni??

aku tak faham lah tengok pasangan kekasih/berkahwin/bertunang atau segala jenis hubungan lah..tak faham sebab kenapa kau nak hide semua benda kau buat daripada pasangan kau..bukan ke terima seadanya dan be yourself sudah..kalau dia betul serius dengan kita, dia tak pun nak curious melampau..naik bosan lak tengok cemburu buta...

nak tahu kenapa mereka2 ni semua bersifat sedemikian??

sebabnya kemungkinan dia selalu buat benda yang dia sangka kat pasangan die tuu, contoh kalau keluar mesti nak flirt2...sebab ape die tuu?? sebab dia pun buat...


pakai pun kena sekat? kenapa?? sebab mata dia tengok pompuan pakai baju kurung pun dah tak tahan kottt...hahahah kan kan??? poyo ok


kesian lah kat awek/pasangan/bini/tunang....sebab ape?? mesti belakang kau dia rasa bebas tanpa pengetahuan pasangan die..ini tak baik ok...


so terimalah pasangan anda seadanya...social life dia kau kena terima..jangan samakan dengan diri kita..yang penting itu dalam hati lah orang cakap kan...buat apa kau nak risau kan..haiyaaaa,,,



so uolss luar sana jangan buat macamni ok kat pasangan..ini berdasarkan apa yang eza tengok sekarang nii..bukan apa nak cakap kita ni perfect tapi fikir lah..bukak otak tu sikit...kau halang tu bukan tanda sayang,


so masing2 berubahlah, yang lelaki jangan ego sangat, yang pompuan, dah tahu kau ade hubungan pandai lah jaga hati pasangan korangggg..aiyoooo!

welcoming Ramadhan

Assalamualaikum..di kesempatan ini eza nak ucap selamat menyambut puasa...harap puasa tahun ni memberi banyak keberkatan dan pedoman untuk eza...syukur alhamdulillah..disamping itu memperbaiki segala apa yang kurang isyallah..

tahun ni berpuasa insyallah bersama family macam biasa sebab tahun depan akan bersama-sama orang baru..rumah baru..hehehe

insyallah lepas raya pun dah mula boleh reschedule semua booking, appointment..syukur semua dalam progress..terima kasih pakcik, makcik yang banyak bagi idea dan tolong...emak dan ayah..amin...makin dekat rasanya.. :)


Ya Allah semoga Ramadhan kali ini penuh makna dan memberi erti..amin ya rabbal alamin..:)))

a week before ramadhan :)t

ehem-ehem..masa ni tengah makan tomyam..merajuk dan terpujukk sebab tomyam sedap sangatt..tq syg!

rasa macam kiut-miut manjaa gituu baju nii :)

lepas kenduri rumah atok terus ke KL, singgah rumah nenek kat Putrajaya dulu...kami ke KLCC..the first  place we met ! mengimbau saat itu semua.. I LOVE YOU..

ini masa dah sampai melaka, makan dulu..so masing2 muka overnighttt..anyway thank you sayang for spending time with me..miss you so much :)