Dec 30, 2009

tema tahun baru.

aku terpikir tema tahun baru aku adalah PENYAPU. oke kenapa penyapu aku pilih. sebab-sebab:

  1. rajin : sebab kalau sape pakai vakum sure malas. sedut je habuk
  2. bersih : sebut saja ape kotor guna penyapu mmg sure bersih. semua akan hilang. haha
  3. kuat : besenya penyapu lidi or batang kayu tu. tahan lama wo.
  4. setia : setia pada tuannya. sedia berkhidmat bila bila masa.

dan banyak lagi lah. penyapu ni mcm wiper. bole wipe ape saje yang takperlu especially utk tahun 2009. 2010 azam baru semangat baru. cehhhh. tu la lain kali jgn tengok je penyapu tu xde harga. tapi berbaloi kalau tahu menghargainya.

p/s : aku dengar2 ade jugak tema ade orang tu utk 2010 kete kebal. tapi kebal ke?

happy new year.

HAPPY NEW YEAR 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

p/s : im wishing you, friends, family especially nana , macho, natt, nora, linda dan semuaa! lot of love untuk korang semua semoga tahun baru lebih bermakna. aminn. thnx kawan2 yang sudi jadi kawan, jadi musuh, jadi ex, dan jadi family jugak. hehe. thanx for your support. mmmuaah!

awal tengah dan hujung 2009


suku pertama tahun 2009. semester enam yang sedikit menggila. berbekalkan hasil kerinting rambut tahun lepas rambut pada masa ini semakin panjang dan boleh diikat. teringat masuk sem baru roomate pon baru. YUYA. mmg sempoi gila. seronok gila sebab semua kawan-kawan dah dapat masuk kolej lagi. so aku tak lagi kesunyian. kebetulan nora sama floor. dan paling best dpt wifi berlebihan kekuatan. woh seronok gila.

opps ingat lagi kuku hitam dan loket E. mmg cool sungguhpon orang dah mcam lali dengan kuku hitam ke kuliah. inai saje. aku tak pakai cat oke! semua berjalan dengan lancar. sungguhpon penuh shit pada awal tahun 2009 dan kembali okey setelah tak berkawan dengan Sxxxxx.


satu : sekitar januari sebelom balik upsi.

dua : sekitar mac. bulan tiga masa ni aku mcm baru lepas wish birthday nana. haha

tiga : pertengahan april, dah mggu stadi. nak exam. tapau makanan makan dekat bilik.


empat : tension nak study week. warnakan kuku menjadi hitam.

lima : last week ke pasar malam. baju lama pakai balik. rambut pon dah panjang dan kurang kapasiti kembang.
----------------------------------------------------------------------------------------------

pertengahan tahun 2009

sesi july 2009. oke mula balik semester. masuk tujuh. masa ni duduk merempat tapi dapat rumah sementara yang best mcm hotel lima bintang. gila best. dapat duduk dua minggu pastu rumah betul2 baru dapat sewa. mula azam baru sebab result sem lepas gempak jadi semangat gila nak stdy. oh yeah. dapat rumah sewa baru pon best duduk bilik seorang. oh ye terlupa sibuk2 bulan puasa lepastu raya. part ni paling banyak gambar!!!

lepas raya saat paling mencabar. macam2 benda berlaku. dan berjalan mcm gila. ke genting sampai dua kali. ke kl setiap minggu. sakan!



satu : depan kedai rumah sewa. hendak ke rumah melati. nun jauh sana. bagai serai.

dua : situasi dalam hotel 5 star. semua beg2 bersepah. tak kemas langsung. ade aircond.

tiga : balik rumah sekejap sebelom puasa. haha


hari pertama dah kena pergi fakulti amek slip result. leceh2. muka ceria nak mampus!


hitamputih. setelah jambul di iron. self capture. maafkan aku kawan2


dalam kereta melati sambil melaram speck rayban abang dia. muka selamba


times square. melalut nak cari kamera. ade hati nak beli yang mahal. last2 tak beli.


sebelom tukar baju. sanggup beli baju baru sebab aku nampak ramai gila pakai baju kotak2. cilaka. tu yang beli polkadot tuh


muka pagi2. tunggu bas. pergi pekan sebab takde kuliah. aku pon dah lupa apa nak cari.


baru beli legging ini. so pose depan cermin. wedges tu pon baru beli. pakej sekali dengan spec. haha


ha! dah tiba musim raya. mcm biasa kebaya hijau tahun lepas untuk raya ke 5


ini oren raya kedua. cuba la teka raya pertama baju apa?

tesco melaka. last minute shopping raya. lawaa selendang!

ini sebelom balik raya. lepak dengan nanajohn. wuhuhu

ini dekat kedai topshop ke zara. aku pon tak ingat

TAMMAT



p/s : penghujung tahun 2009. macam-macam hal. tapi yang pasti exam terakhir sudah lepas dan result dah dapat. tahniah eza. kaler2 beterbangan dengan usaha kau!

Dec 29, 2009

Q and A

Before 2010 comes do you wanna

♥1; date me?
♥2; hook up with me?
♥3; get back with me
♥4; see me?
♥5; be my friend?
♥6; meet in person?
♥7; surprise me?
♥8; drink with me?
♥9; have dinner with me?
♥10; be my boyfriend?
♥11; laugh with me?
♥12; get in trouble with me?
♥13: fall in love with me?

Copy this as your status to see what people want from you!

p/s : sape nak jawab???

Dec 28, 2009

rtw ke tengah. allign kena jaga. center oke

rtw tak pergi.
rtw terlepas.
rtw mmg tak boleh pergi.
rtw dah lepas pon kalau nak pegi.
rtw kali ini melepas lagi.
rtw taun depan kalau ade lagi bole pegi.
rtw bile bile kot ade lagi.
rtw, sweet in memory.

p/s : im turning melancholy now

busy week.

whoaa. lame tak update. quite busy this week.

  • busy preparing nak ke over the sea. opps river je kot. so mcm mcm la benda nak bawak. persediaan fizikal dan mental. tb la, tilam la, toto la, tikar la. semua kat rumah kalau boleh nak angkut. igt kereta mcm lori ke. mampus tak muat. adehh.

  • busy jugak dengan dayah. mggu ni die balik sempena cuti krismas. so tak sempat jugak aku menulis benda alah ni.

  • kenape orang yang kite tak suka masuk je dalam mimpi kite? indah2 pulak tuh. cilaka jugak ni permainan tido. buat hati aku berbolak balik. aihh. sudah sudah la eza.

  • busy bermain facebook jugak. tengah bengang orang yang selalu publish kat wall benda alah bantal tu. pillow hit ntah ape jadah. mmg menyemak je oke. hilang semua status dan benda2 yang di post di wall aku. sorry aku remove semuaaa. tak kisah pon kalah.

  • busy dok hapal lagi digi tu. mudah saja. "disini sana jom bergembira pasti segala mudah saja..blablabla"

p/s : akmal kau nak internal area tb tak? kalau nak aku bawak.

Dec 24, 2009

dlm gembira ade yang menangis

mula mula eksaited nak amek dayah dan tiba tiba dapat call dari pakcik azman. ayah yang tengah drive jawab talipon "hah?biar betul man!" aku terkejut dengan nada ayah. mase tu dah kat highway jasin. ayah letak talipon. aku dok belakang dok dengar die cakap dengan mak "umar meninggal". kazen ayah! subhanallah. tak sangke. uncle tu sehat je. tak sakit pon. tapi dah ajal. so ayah dah mcm gelabah. die cakap "dah hilang dah sedara sorang" sedih. amek dayah dan terus ke kuala pilah rumahnya. sesampai dah petang kat sana sbb kat skudai hujan lebat. wohh penat!

salam takziah pada keluarga uncle umar. tak sangke raya lepas raya terakhir sama sama beraya. al fatihah

p/s: takut dan gerun hilang orang tersayang. tapi kita kena hadapinya juga. hargailah sesiapa yang kita sayang terutama parents weh!

cuak cuak check result!

aku dah nerveous. dapat sms result dah kuar. hasrat hati nak tido terus tak boleh tido. on laptop dan check ape yang patut. seram sejuk siot nak tengok. mcm amek pmr dulu. dah tengok! alhamdulillah degup jantung mmg laju. syukur banyak2. praktikal time!

p/s: masih penat

Dec 23, 2009

another cinderella story

aku baru nak tengok cerita neh. maybe semua dah tengok kot. mmh jauh ketinggalan kalau bab movie kiut2 begini. hahaha. kebetulan lunchtime movie so aku tertengok lah cerita tu. best jugak. heroin gile kiut. name pelakon pon tak tengok. dahsyat kan? anyway ini cerita cinderella versi moden. tapi idea semua same mcm dongeng yang dulu. sape yang belum tengok tengoklah. ade kot ulangan kat HBO. sesuai untuk gadis2 yang manje2. aku tak kot. heee. tapi mmg best ;)

seketika ke JB

hooraay! ke skudai mengambil dayah pepagi buta esok dan kemudian meneruskan ke jb untuk meratah pemandangan. itulah plan ayah. dan kebetulan esok birthday emak jugak! makan besar lagi. so nak tau ape suprise bakal dibuat? tgguu..

p/s: dayah, see ya..selamat hari natal semua!

selamat harijadi emak!

24th december 2009
ke-48

selamat harijadi, selamat harijadi, selamat harijadi emak..! selamat hari jadi..wohohoooo..

nak wish dekat mak aku hapy birthday semoga panjang umr dah murah rezeki insyallah. amin.
selamat hari hari jugak kepada semua!

best MUM in the world. gila-gila punye sayang emak!
emak saya memang rocks!


p/s : we love u mum..mmmuah!

Dec 22, 2009

perjalanan yang tak disangka


sedang aku kenyang baru lepas makan nasi semalam, ayah balik dan makan jugak. dengan selamba die cakap jom pegi TELUK INTAN jap. hah sekejap? ayah oii kite ni kat melaka. pada masa tu dah pukul 2 petang. mamai ke ayah aku ni? mak pon mcm blur blur kucing je. konfem! siap aje ayah cakap. semua isi rumah bersorak. ayah cuti then bole pergi. betul jugak tgk awl2 sekolah dah rumah aku nak sewa. nanti senang tak payah nak sesat2 cari. kerja gila tu. so dengan selamba memesej faezin arah kemana patut ikot. ikot je arahan. sesampai pon dah magrib. sebab banyak singgah. terkencing la. minom petang la. haahaha. lega dah tgk sekolah dan rumah. jauh sikit tapi takpe. ade kereta. lima minit sampai kalau tak jem pagi2. lepastu mcm dah pukul9 gerak balik. tapi singgah makan kat bidor. gile sedap kat restoran teratak tu makanan die. dah la banyak.

singgah pulak tg malim amik barang yang tertinggal. naseb baek akak akak rumah tak balik lagi. huhu. bilik lame aku dah ade budak master. so seluar levis aku yang tertinggal dah mmg jadi wakaf la kot sbb aku cari dah takde. takde rezeki. mak aku suruh beli baru je. aduii.

terus balik dan kami decide tidur kat sepang, uma busu. yeah! jumpe si tembam farith. nenek pon ade dan kebetulan paklang n maklang pon ade bercuti. wah tido reramai mcm sojar. aku sempat mandi tak tahan nak tido. zzz.

p/s : dah tahu tempat kan dah senang.

Dec 21, 2009

susah jugak kalau kita cakap orang tak paham.

i know them other guy they have been talking about me, the way i do but they dont really know me. let them!

p/s : budak budak dah start beli baju sekolah.

Dec 18, 2009

rain rein dan sewaktu denganNYA.

hujan gila lebat tak berhenti dari petang. hujan rahmat. hujan tahun baru. moga dilimpahi rahmatNYA.

sedar ke tak bila musim sejuk or hujan2 kita mudah rasa lapar. perut berbunyi nak mintak aku melahap secepat mungkin.

p/s : mungkin iya mungkin tidak.

gelang dari india

ini gelang pemberian nana dari india. thanx alot nana. boleh pakai kemane2 saje sebagai aksesori tambahan. tapi ingat kalau pakai hendaklah jgn mix dengan bangle yang besar2 tu. tak cantik oke.

jeans n tshirt
so contohnya kita pakai dengan jeans n tshirt boleh pakai gelang ini. nak pakai byak2 pon tak ape. lebih elok kalau pakai sebelah tangan aje. jgn tambah aksesori lain lagi. ini dah cukup cantik.

baju kurung.
boleh mix kan india dan malay altogether. boleh pakai gelang ini ketika ke rumah orang kawen. so pemilihan kaler gelang kena betul. macam aku ade ni mcam2 kaler. so bole pilih kaler yang kontast sikit. nampak perbedaannya. contohnya selang selikan kaler gold dan putih. mmg cantik. oh ye satu lagi. kalau ade selendang saree pon cantik. tapi hati2 dengan warna baju krung kita. mix and match kena betul dan pandai pilih gabungan warna.

p/s: suka pakai banyak2. bunyik die sgt klassik. tahan lasak jugak sebab selalu kita beli kat kedai2 di malaysia ia diperbuat daripada plastik. ini lain sikit. semua steel dan cat tak tanggal. lame dah pakai nii. nnt boleh kirim lagi kat nani dan passing kat nana bagi kat aku. hahaha.

already gone.

"apapun yang terjadi berjalanlah tanpa henti. nanti kita kan tahu betapa bijaknya hidup. semoga pemergianku tak akan mengubah apapun. semoga mampu aku lawan."

isi kandungan dan terjemahan;
yang sudah pergi, semoga ia tenang selamanya. kita yang masih hidup teruskan lah hidup kita. tak salah kita mengingati mati. kadang-kadang bila kita diberi kesempatan untuk berjumpa seseorang semasa ada hayatnya kita tak menggunakan sebaik mungkin. kita mengambil lewa perkara. sini aku nak share sedikit cerita.

dapat panggilan daripada maklong "atuk busu tgh sakit. ade kat HKL. pergi lah tengok. ". dah dengar pon ade orang sakit. boleh ye bole nanti pergi ziarah. dlm hati aku "sempat ke tidak nak jumpa". oke oke. aku diamkan saja dalam hati.
biasalah kita manusia. terlalai dan terleka nikmat dunia sampaikan terlupa ade orang yang tengah sakit. dan akhirnya kami decide nak pergi weekend saje ziarah.

tadi tengahari. lepas sembahnyang jumaat dpt call. "tok busu dah meninggal" semua mengeluh. again perkataan tak sempat keluar dari mulut. so dengan laju menalipon sesape yang berkaitan. kali ini ni excuse. ziarah. semua mcm terkilan.

moral of the story.
jangan suka melengah-lengahkan sesuatu sebab bimbang kalau kita tak berkesempatan. ajal maut di tangan tuhan. jgn taksub sgt dengan soal busy ke ape.

p/s : innalillah

MAAL HIJRAH

selamat awal muharram. tutup buku lama bukak buku baru. moga tahun ini memberi lebih keazaman kepada semua orang di luar sana. AMIN.

p/s: lambat sikit mengepos. tak sedar harini public holiday.

nasha aziz dan emak.

tak tahu kenapa mak aku minat sangat nasha aziz. pelik betul. sampai aku pon terikut2 konon tak nak tengok satu cerita ni kat astro. nasha dalam cerita tu nama dia tona dan belakon dengan aaroon aziz dan erra. tajuk ape ntah aku tak boleh nak ingat. yang pasti mak aku mesti tak lepas tengok cerita tu. bukan aku nak cerita ape. dlm tu nasha aziz dpat baju sponsor yang gile mahal! satu design je ade dlm rekaan diorang. mmg semua baju2 die lawa dan nampak vintage even kaler pink. yahahaha. sape2 yang tak percaya sila la tengok cerita tu. setiap malam kamis pukol10 mlm. mmg terliur dan ditambah pulak dengan nasha yang sangat lawa gilee.

ha lagi satu. mak aku dah kemaruk cerita lama nasha pulak. haih. kutub utara kutub selatan. bila remote tb dah di konker. kite hanya mampu tengok sebab tb dlm bilik aku mmg takde astro pon. tak berbaloi nak layan siaran tvX dan tvY. haha.

p/s : tak sempat nak mencarut banyak. kekangan masa. nanti aku tulis lagi.

Dec 15, 2009

bila tiba masa

sedang aku duduk duduk konon nak tambah ilmu. bace buku. how to be a good teacher. ceh. aku mula terpikir. macam mane? sediakah aku nak pergi tengok adik2 aka bakal students aku. OMG. perasaan cuak sudah mula menjelma. cukupkah ilmu di dada aku nak pergi mengajar. serious kalau dipikirkan mcm takut2. how to takcle students? yeah aku nampaknya perlu lagi banyak menuntut2 theory mcm piaget, vygotsky tu semua. aku mmg cuak oke.

bile bace balik buku learning and teaching tu mmg nampak banyak strategi. berpeluh nak bace. so aku decide tutup buku dan kemudian tanya mak aku. " camne nak bagi students tertarik dengan cikgu?" so mak aku telah mengeluarkan satu fakta. " buat mereka takjub dengan kite dan berkawan dengan mereka as long as mereka tak pijak kepala kita "

aku mula terpikir. mungkin nak jadi mcm singa tapi sure2 kene gam dengan students. ah lupe je semua. BE MYSELF. students are friends. kalau kau oke dengan mereka ofkos mereka oke dengan kite. so jgn kerek2 masuk sekolah nnt! yawkksss geli oke.

so secara realitinya semua skill nak mengajar bukan hanya terletak dalam buku or mane2 tips. yang penting pembawakan diri kita. adaptation terhadap persekitaran dan bakal students kita. semua ini bergantung pada diri sendiri. yakin boleh ;)

p/s : teringat dekat seorang cekgu praktikal. cik fasiha. aku rase nana pon ingat lagi. kena tuduh tiru karangan nana. mcm cibai je. aku menangis doh! jgn contohi cara die eza!

Dec 14, 2009

nenek pulak dtg jumpe cucu

malaysia dah menang sama laos. kehkeh. tahniah la kat faiq die cakap die ade main. aku pon tengok mcm tak tengok je. dok perhati kat status fb semua cakap malaysia dah menang. kembang hidung sekejap kepada penyokong malaysia.

seronok melayan farith. nenek dtg rumah kebetulan die dari sepang nak ke zoo melaka dengan busu. singgah umah aku lepastu. mak buat mee goreng.

p/s : sedap gila kek lapis sarawak abg kemal bawak balik. makan rumah maklong ;) . pooja si kazen aku dah makin tembam. maklom la cutiii..

gambar2

hari yang panas. satu family tengok bola. melaka lawan singapore

mak check hp. dah takde bateri. haha

pergi jumpa haziq kat rumah nenek die. sesatt!

lolipop untuk family day tempat keje ayah aku. aku kaler oren. tak masuk kat sini.

melaram ketika nak pergi orang kawen. selendang aku tak matching langsung ngn baju. hentam saje.

p/s : lapau. mee soup belum siap

mee soup mcm kat tengkera. hahha

hari yang cantik. haha. mak aku suruh buat breakfast. mee soup. aiya. jap jap lagiii. semua pon tak bangun.

p/s : sebelom mak ke pasar, die tah jerit kat telinga aku ape rencah mee soup tu. ade daging. sawi lak takde. pandai2 la buat ye.

Dec 11, 2009

cuba 1


dah siap! tak tau aku mmg minat model rambut kembang neh. haha


ini percubaan pertama. betul jugak aku dah ketagih main benda alah ini. aduhaii. ilang jugak bosan maen pakai pakai baju. haha.

p/s : baju polkadot ni kalau sape2 ade perasan elyana ade pakai tyme drama kat ria, KAMELIA KATRINA. aku mmg ikot cerita tu. nak tengok si elyana ngn nabil jeh. best jugak. tapi elyana pakai kaler coklat dan dengan belt rama2 besar kat perut die

tak pasti untuk sesuatu yang pasti.

aku tak pasti.
memang tak pasti.
ape aku rase sekarang ini.
sungguh tak pasti.
teringat budak budak baru balik tadika PASTI.
oh tak nak ade unsur politik dalam entry ini.
aku hanya nak pastikan supaya aku berasa sangat pasti.
meniti pasti.
oke mampus!

p/s : aku rase mcm tak sedap hati. semua rase ade. ntah ape ape

Dec 10, 2009

erase

aku ade mak bapak.
aku ade kawan baik yang boleh dengar cerita aku.
ade kawan kawan yang suka manjekan aku.
ade adik2 yang sgt sayangkan aku.
aku ade semua yang boleh buat aku gembira.

welcome my new year!

p/s : erase

pikirkan engkau. malam pon tak boleh tido

tadi lepas lunch sekitar pukol2 petang aku lepak2 tgk tb. oke tgk digi top 20. mmg cool. tapi mate tertancap kat lagu katy perry. thinking of you. damn. nak meleleh jugak air mate aku tgk. cibai ape hal la ko eza. tapi aku mmg tadi tibe2 tertangkap leleh tgk video clip si katy. mmg hebat die punye penangan.

nak dijadikan cerita mmg takde cerita pon. just mv tu je pasal si katy ni bersama orang lain tapi masih ingat kan officially bf die yang tinggalkan die ke medan perang. katy menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain tapi mmg masih teringat bf die kat medan perang tuh. lastly die tak boleh lagi cont relationship sbb mmg die masih sygkan bf die. sampaikan time kissing die teringat bf die. dah rase bersalah, ape lagi break up and blah jela. fyi, bf die telah mati di medan perang. aku tak kesian kat katy tapi kesian kat bf die tu. gile la awek buat pasal kat tempat laen bf pergi perang. kesian gila. mati sewakti awek curang. kalo jadi kat aku mmg menyesal pon tak berguna.

so moral of the story, jgn main kayu tiga, mmg buruk padahnya even bf kau jauh ke ape. trust itu penting dan menjamin ape ape pon. sayangi ape yang kite ade di depan mate sebab kite pon tak tahu bile kite akan pergi. so tidaklah terkilan kemudian hari. especially parents kite ;)

p/s : kalo nak pikir banyak jugak aku terkilan. tapi tak mengapa

great old days

good bye old days.
i need a new one.
come to me.

dah lame tak rase

tadaa! datang balik mood aku nak menulis. sial punye lori roti memekak kat luar bukak siren lagu ntah ape ape. tak tau ke aku tengah sakit kepala. habes dua bijik panadol aku telan. harap la lega untuk selesa.

acara ruting sebagai seorang anak adelah menemani emak membeli belah di pasar beli ikan, sayur dan mcam macam. so tadi petang mak aku telah buat ROTI JALA. mual perut aku 2,3 ari ni tak hilang hilang. tekak mcm ape ntah. so layan kan aje nak makan. ayah aku la mengidam. mak dah buat. haha.

aku bajet 2, 3 hari akan datang nak buat spegetti. barang dah beli. esok luse ke bole buat sebelom dayah balik. oke.

aduh mmg aku sakit kepala. kang byk lagi mencarut je aku tulis.

p/s: mual la weh

Dec 8, 2009

pesen ape?

tengah kaji ape pesen lily allen pakai selalu. berminat la pulak. sikit2 macam hippies pon ade.

p/s :muda bergaya

Dec 7, 2009

pc fair dan karnival pelancongan

malam tadi pergi pc fair dan karnival pelancongan. ramai gila sebab dah hari last. so semua mcm lalat berpusu-pusu keluar masuk. nak jalan pon tak boleh. ayah aku naik pening cari parking. dengan selamba parking dekat garage mane ntah. selamat ini suda malam.

oke nak cerita siang pulak. lagi sekali pening cari rumah kampung haziq. ayah nak bawak haziq pergi pantai. so layankan aje. igtkan rumah nenek die senang cari tapi mcm nak gila masuk kampung. pening aku. ayah pon pening. satu kereta pening. tak jumpe rumah! jam dah pukol6. arahan kak yati mase talipon cukup jelas. kami dah lalu dah jalan tu tapi tak jumpe. haih. lastly jumpe. silap masuk je dan kebetulan semua yg die cakap same mcm kami lalu. hentam!
turun kereta macam sambut menteri besar datang. satu family keluar. kehkeh. lawa gile kampung si haziq neh. laman besar. ade kolan ikan. "ayah,ayah!" jerit si haziq. kami diberi minum kopi nak tak jadi ke pantai. suda mghribb laa. so kire ziarah si ibu haziq dan baby barunya arisya mysara tuh.

sambung balik cerita. ayah nak carik pendrive je. makk oii. aku tak nampak gerai. nampak kela orang je. last2 jumpe and beli. dah lapar pegi makan. pekena ktiow bandung. tapi malangnye telur kuningnya tak masak. aku tolak tepi dan adek aku sentap semua. hehe

p/s :teringat g makan capati dekat jasin tu. warung kecik je. tapi capati die gile lembut. ade kari kambung, daging and ayam. menu sampingan roti jala. wahlauu. mmg sedap.nanti nak suruh ayah aku bawak lagi.

Asam Pedas Melaka : Pn Jamilah (emak)

aku saudah power masak asam pedas. paling sedap asam pedas kembung or pari or ikan besar2 tu. ntah ape. jom check resepi asam pedas mak aku.

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

bahan bahan:
bawang merah, belacan, bendi, serai, daun limau, asam jawa, cili giling, garam dan serbuk perisa, sedikit serbuk kunyit. oh ye! minyak masak.

step 1
mula mula kupas bawang merah. kemudian tumbuk bersame belacan. sukatan ikot suke anda atau ikot bilangan ikan. kalau nak buat kenduri tu mmg kene la byk bwang dan belacan.

step 2
panaskan minyak. bia betul2 panas baru masukkan bahan yang ditumbuk tadi. tumis sampai garing.

step 3
masukkan cili giling. nak pedas letak lebih. masak cili sampai garing! GARING! tak garing cili mmg tak sedaplah asam pedas itu.

step 4
masukkan jugak serai yang telah dititik@dipecah. masukkan daun limau jugak. wangi!

step 5
dah garing semua dan naik bau sampai ke hidung dan bersin bolehla masukkan air asam jawa. ikot suke hati nak barapa banyak. depends kat ikan dan kepekatan kuah. ini boleh di modified, jgn risau.

step 6
masukkan garam dan perisa secukup rase. tggu kuah mendidih and masukkan ikan. last sekali masuk bendi. (masuk bendi last sbb takut lembik)

SEDIA DIMAKAN!

P/S : meleleh air liur aku. cadangan hidangan adelah bersama nasi putih, ikan masin dan ulam timun. AKU CAKAP SAMA KAU MMG BERAIR HIDUNG KAU MAKAN! SIAP BOLE HIRUP KUAH LAGI..

resepi hari ini-INTI KELAPA

pagi tadi tolong maka masak inti. ini ade macam macam. selalu yang paling style adelah ini kelapa. mmg sedap. sebab kalo korang semua perasan dalam kuih koci ade inti, kuih dadar ke, kuih bom ke. haa itulah hebatnye penangan ini. oke mari memasak!

step 1
mula mula panaskan kuali. masuk sikit air kosong stengah cawan. masukkan kelapa parut. (kelapa yang diparut hendahlak yang isi tu aje. kulit die jgn. so warne coklat2 tu mmg tak bole gune. tak sedap. better kelapa tak tua sgt)

step 2
hiriskan gula melaka@gula merah. masukkan dalam kelapa tadi. kacau kacau sampai sebati. sampi gula melarut dengan sempurna. (nak tambah manis boleh tambah gula pasir secukup rase)

step 3
agak2 mcam dah pekat masukkan durian. nak rase durian. kalo taknak takpe.

step 4
untuk mengentalkan inti masukkan dua sudu tepung gandum. akan jadi pekat senang nak buat bentuk bulat2.

step 5
inti dah berkilat padamkan api. masuk bekas dan sejukkan. bile senang bole gune ini.

SELAMAT MENCUBA!

p/s: buat kuih koci, mmg rockss!

ada apa pada nama

oke entry kali ini nak carita pasal nama. dah bagi name dah si kecik tu. ARISYA MYSARA. nak bagi name kat baby pon kena cari makna betul betul. kalo tak mesti mcm ade masalah if name tak serasi dengan baby. mcm die akan selalu menangis or meragam. mak aku cakap laa. makne kene yang baik2 tak kisahlah dalam bahase ape pon. tak semestinya arab. semalam ade terjumpa orang bernama INDAH ape ntah. sedap je. hehe.

so tak kisahla name ape ape pon sebab name ni jugak yang kite akan pakai sampai mati. dah mati pon orang akan sebut guna nama tu. mmg hebat. semua manusia mesti ada nama masing2. yang penting setiap nama melambangkan keperibadian seseorang. indah nama tapi otak takde pon tak best jugakkan.

p/s : nama panjang ape?

nak tengok tak?

tengok link neh. nanajohn telah menjadikan aku modelnye kerana ade unsur-unsur vintage semasa sesi pengambaran atau fotoshutt. sila klik sini. lihatlah hasilnye.

p/s : entry kali ini aku link terus kat entry nana. thnx nana. popular aku!!

Dec 4, 2009

tak buka pon nak cerita ke?

SORRY. TAK BUKAK YM SEMASA ON9. SORRY AGAIN. AKU MALAS.

kenapa nak gatal sgt?

woowhoo. mak aku pegi pasar, kol7.30 die kejut aku tak bangun. sedar je dah pukol8.30. ujan lak tu. kete dah takde. mak pegi pasar dengan ayah aku. wahaha. adek kecik aku dok bukak tb pagi pagi. aku blur blur dengan air liur basi dok atas sofa. sejuk gila. kat dapor ade kuih2. karipap, nasik lemak, ade satu lagi kuih tu kaler ijau pucuk pisang atas die ade kelapa. kat lua hujan renyai2 lagi. nak mandi pon malas. adek2 aku dua yang busuk mate masih tido. sure mak balik kang kene bebel tak bangun2. aku je dah bangun.
MASA UNTUK BERKEMAS. KEJAP LAGI MAK BALIK!

p/s : SELAMAT PENGANTIN BARU KAT FAKHRI. arini kau nikah. oh selamat2 aku ucap. semoga berbahagia. kami semua mendoakannnye. status dah tukar oii. jgn dok memain lagi. kehkeh

Dec 3, 2009

selamat

sedang aku belek2 kad kahwin (undangan) sambil menjamah jeruk kedondong buatan sendiri aku ngn mak aku dok bergosip. " mak, byknye orang kawen" ujarku selamba. mak aku pon jawab bese la ujung tahun, cuti sekolah lak tuh. mmg la ramai nak buat kenduri. so aku pon susun susun kad undangan. 12 dec. MASTURA. wah mak ni mbe along mak! dak mas. hehe. dah nak kawen rupenye. kebetulan bapak aku mbe ngn bapak die. si mas ni pulak exclassmate aku. SELAMAT PENGANTIN BARU ye. dulu dlm kelas mmg pemalu gile die ni. sopan je. dah disunting rupenye. ecece. papepon moga bahgia.

balik semula cerita aku. start mggu ni. 5 hb every weekend ade kenduri. mmg gile la. sekali weekend ade empat undangan. kesian parents aku. kehkeh. aku la tukang arrange mane nak pegi dulu. kalo rajin ikot. kalo tak dok uma tgk melodi.

oh ye gtg. takot lak modem aku kene sambar petir.tata

p/s : dah gelap oii.

soalan bocor. sape punye angkara?

sengugut aku mmg tak hilang hilang. sengaje tak makan ubat. takot side effect. so mmg tahan aje. bese la kan. tak payah manje. mood pon bese bese je. ikot rajin aku nak tulis blog. tapi ni tgh rajin la neh. langit pon macam dah gelap. semua orang dalam rumah tido. gile tido petang. haha.

oh ye. CONGRATULATIONS kat mama haziq yang dah lahirkan babygirl. mak ade mase dua bulan cuti. then terus boleh jage. hehe. mak aku dah tak sabar nak pegang baby. maklom la. nak ade baby mungkin dah lewat. risiko katenye. ayah aku pon same exsaited!!

p/s : tanye mak aku "mak, senang ke nak beranak?"

jangan tak percaya

jangan tak percaya. orang cakap duduk rumah mase cuti mmg bosan. bagi aku tak pon. seronok gila. tak caye tanya nana. tol kan nana. gembira tgk budak kecik maen2. so rumah tak la sunyi. lame dah plan nak kelua dengan nana. tapi masing masing busy. mase free pon mmg spend untuk family. bile weekend ade kenduri la ape la. nana hope kau faham. nnt kite jumpe taw. buat mase ni kite mesti tolong mak kite. jage baby. kan kan. dah jadi hobi dah layan budak2. so sape2 nak cakap aku ape cakap jela. tapi mmg happy ade ade jage budak2. IM A BABYSITTER! woohoo. mmg seronok bile semua adek2 kite dah besar. datang pulak budak kecik yang tengah sedap buat maen. so mmg meriah gile rumah.

p/s : mak tanya "long kau bayang la nnt anak ko macamna" aku geleng saje.

baby girl. yeahaha. tahniah!




BERAT : 3.2 KG
LAHIR PADA 1 DECEMBER 2010 PADA PUKUL 9.58 PM.

P/S : ini bukan anak aku. hehe. serupa tak dengan muke haziq?

Nov 28, 2009

hehe edisi gambar







p/s : speechless!

haha. sori la weh. aku bukan mkan sgt pon

oke oke.
raye kedua.
kene pegi rumah maklong.
lame tak jumpe.
tak bole nak tulis banyak banyak.
nak pakai bedak dulu.
daa..

p/s :kat rumah dah ade cik siti. ayah syg gile die. aku hnya mampu tengok. tapi semua heppy gila gila!

Nov 26, 2009

selamat hari raye!

muka tak boleh blah. baru bangun tido terus terus layan haziq maen bubble die. so mmg selekeh nak mampus. haha

yang ini pon.

pergi giant beli barang tapi ni dekat playground

hebat jugak mulut haziq


kiut!

p/s: selamat hari raya aidiladha. baru lepas rebus ketupat. mcm2 juadah ade. esok esok update lagi ye.Align Center