Dec 31, 2010

ENTRY AKHIR TAHUN 2010

Hai semua. Harini dah last day untuk tahun 2010. Sekejap je rasa kot. Pejam celik pejam celik dah masuk 2011. Aku taknak cerita azam sebab azam aku semua hampeh je. Tak payah nak tahu la. Masuk 2011 ni aku pun melangkah alam baru alam pekerjaan. Okay aku taknak cerita lebih pasal tahun 2011 tapi nak cerita sikit summary tahun 2010.

ini masa mula mula masuk praktikal dekat sekolah. HAIH. kesian budak dapat cikgu mcam aku



Permulaan tahun dimulakan dengan keperitan praktikal di tempat jauh. Teluk intan. Hahaha bagi aku jauh kot. Menangis aku sebab jauh dengan mak, tak boleh balik selalu.  Nasib baik ayah bagi guna kereta.  Seronok jumpa kawan kawan baru. Tamat praktikal ngam ngam hari guru. Dah bulan MEI. Bulan besday aku. Banyak dapat hadiah sebab kebetulan hari guru dan anak murid bagi sekali denga hadiah hari jadi. Satu kereta penuh aku punya bunga rose. Thanks my students. Cikgu sayang korang.




Habiskan masa tak lama pun kat rumah. BANCI 2010 aku terlibat. Pegi buat banci sebab gaji dia lumayan. Boleh aku buat shopping2 nak raya. Hahaha. Seronok weh. Habis je banci aku dapat offer keje dekat PRUDENTIAL. Kali ni kerja memang seronok. Sungguhpun jadi PA Manager je tapi aku happy keje ni. Aku keje sampai aku grad.  Bulan 10 je aku behenti sebab nak duduk rumah.



Hari raya tahun ni paling best sebab dapat berkumpul dengan kawan kawan lama. Jumpa bekas pakwe lama.  Itu semua dulu. Tak sangka kamcing sampai sekarang.  Aku betul betul happy. Hidup aku terisi. Kalau dulu aku takde kawan nak tengok wayang, tapi sekarang aku ada 5 kawan yang boleh spent time dengan aku tengok wayang dan tergelak-gelak. Kalau lama tak jumpa mesti rindu gila. Hari2 antara kami tahu apa aktiviti masing masing. Aku yang dulu tak penah ikut orang memancing pun dah mula mengekor orang memancing. Seronok.  Dulu asik bawak mak pegi stadium tengok bola tapi kali ni kami lak yang dibawa untuk tengok bola. Its really heaven sampai aku tak boleh nak jelaskan.

ini masa kerja PRUDENTIAL BSN TAKAFUL.



Life aku hujung tahun ni betul betul happy.  Alhamdulillah. Dengan dapat offer posting dekat sokolah sebelah rumah aku. Aku betul betul bersyukur. Tahun 2010 ni banyak ajar aku supaya lebih yakin dengan hidup, percaya bahawa sayang itu datang dari hati, cemburu itu sebenarnya sayang dan cinta yang berputik tanpa sengaja. Aku mengaku dulu aku tak macamni. Aku suka buat hal aku. Tapi sekarang, baru aku sedar bahawa aku ada orang yang aku sayang, dan aku seharusnya jujur pada diri sendiri. Mereka mengubah aku. Ubah aku yang dulu ego, degil dengan hati dan perasaan.


Aku just harap ada sinar yang lebih terang sebab orang cakap harapan tu kena berpada. Tak berharap sangat pun tak boleh. So kita hanya harapkan yang terbaik. Mulakan tahun baru dengan harapan yang membunga dan cantik macam pelangi. Insyallah kita semua boleh mengecapi bahagia. LOVE 

Special thanks to yuyu sebab selalu ada dengan aku, dengar cerita aku, share problem. Masalah itu masalah ini. Banyak betul aku dah kongsi dengan dia selama ni. Aku pulak bukan jenis suka cerita pasal cerita hati dan perasaan aku dekat orang lain. Aku malu sebab kurang konfiden sikit. So aku biasa aku pendam dan orang selalu cerita problem kat aku. Aku tempat doang luah perasaan. Aku tak kisah sangat pun. Kalau okay aku boleh nasihat je. Sebab aku pun bukan terer sangat. Eh yuyu thanks gila layan kan aku yang gila sawan ni. Aku memang macamni. Sebab aku tau kau tak penah pun nak malu jalan dengan aku even aku pakai selekeh2 je. Dan lagi satu aku selalu buat benda bodoh dan kadang2 agak luar jangkaan. Aku suka buat macamtu bukan apa, aku suka sangat tengok orang gelak. Aku tak kesah orang nak gelakkan aku atau ape. Hahahaha. Alamakk ini dah macam tulis surat cinta dekat pakwe lak weh. Weh yuyu aku betul2 ni. Nak cakap depan2 aku segan. Ini hujung tahun 2010, hari last disember, hari last tahun 2010 aku tulis entry ni untuk kau. Kau banyak tolong aku, selalu belanja aku makan dan baru2 ni aku dapat baju kau bagi. Ahahhaa. Bestnye. Aku sayang kau tahu!!



comel kan kami? hehehe

PHOTOSHOOT DENGAN JUNSU

MODEL GUESS KONON

ME AND ADIK TERSAYANG

AKU SUKA NII

RETRO HEHEHE

SERONOK TAK MAIN SALJI??

HEY, MENGGODA

BIBIR MENJUIH

JENDUL HEHHE

Dec 27, 2010

PERGI TENGOK BOLA DEKAT BUKIT JALIL

HAHAHAHAH..opss terbesar lak. weekend yang sungguh seronok di hujung hujung tahun.



24TH DECEMBER, MY MUM BIRTHDAY

emak masak nasi kunyit haritu. dan macam biasa kami makan besar. bukan main banyak lagi. tapi nasi kunyit tetap special. malam krismas aku lepak dengan doang semua (ahli biasa) kecuali ijad yang balik lewat kerja. tapi kami dah janji nak makan sama sama malam tu. so tunggu ijad balik dan malangnya nasi lemak idamannya dah takde. okay makan tempat lain je. tempat biasa tapi special sebab emak aku kirim nasi kunyit tadi. amik berkat sikit. HAHHA.



25th DECEMBER

im just spending time with family, dan kebetulan nenek balik sini. so memang spent time dengan doang je. lama gila kot tak jumpa. then malam just tengok tv dan online.




26TH DECEMBER, STADIUM BUKIT JALIL.


WOOT WOOT..paling happening. pukul1.30 petang dah gerak pegi amik ijad. lepastu gerak ke rumah ajie dan semua dah berkumpul disana. jalan pun jem. sampai sungai besi dah pukul6. orang dah mula sesak. cepat cepat amik tren ke bukit jalil. sesampai je aku terus nampak lautan kuning dan biri opps biru. memang betul2 semangat dengan bunyi vuvuzela. hahh tengok jela gambar nii..

yeah bingitnye..

tahan je telinga..

me and nadia haha

go MALAYSIA!

JELES! gambar aku takde.

Dec 22, 2010

hai selamat malam. saya baru pulang. tadi saya pergi ambil jersi malaysia dekat rumah ijad. hujan gerimis. ramai betul nak pakai jersi malaysia. eksaited. nadia amik aku dan lepastu kami nak ke dataran pahlawan. aku amik saiz s, kalau m besar. settle satu hal. ijad pun nak ikut sekali ke dataran pahlawan. nadia beli kasut. ijad sibuk cari penimbang berat. hamik kau. semua nak. so layan kan aje. survey jersi malaysia dekat kedai kedai dan kemudian makan. ijad tapau meksi dan nadia mengidam laksa dekat old town. so lepak jela old town. sejuk sejuk minum ais. lepak berborak macam macam hal bagai.

rasa macam dah lama tak lepak sama sama. padahal baru ahad lepas je kot makan sekali. haihh. tu la nadia cakap. kalau tak jumpa tu gundah gulana ye cik nadia. hahahhaa.




p/s : "at least kita kena jaga hati orang yang sayang kita tu, jangan tunjuk sangat sebab dia pun ada perasaan jugak" hebat ayat kau nadia. i like!

Dec 21, 2010

mak masak sedap sedap

kepala aku harini sakit. tak penah sakit tapi harini memang sakit. tadi petang keluar jalan jalan dengan dua adik aku. huhu. hilangkan bosan. ajak emak, dia malas. so aku bertiga je pegi. lepak dekat dataran pahlawan. hambar jugak tapi sebab dah ada kamera depan mata. aku main2 jelaa. seronok jugak. lepastu lepak tepi pantai tengok sunset. indahnya ciptaan allah. kagum aku.


dan malam kebosanan. nak tido tak boleh tido. so layan youtube, bye!



p/s : first time i met him aku tak habis baca lagi. tak boleh fokus membaca

Dec 19, 2010

muka ketat, macam cilaka pulak

kau orang perasan tak orang yang happy go lucky, kuat gelak dan suka ketawa adalah orang yang paling banyak menyimpan cerita kesedihannya dan perasaan sedihnya. orang demikian adalah boleh dikategorikan sebagai dahsyat. even dalam kesedihan pun dia mampu buat orang disekelilingnya tersenyum dan bergelak tawa bersamanya. dia tak pernah sekali memutuskan mood orang lain untuk bergembira. dia sentiasa ada untuk kawan kawanya even hati dia tak berapa nak cantik sangat. sini aku nak tekankan, orang tu bukan lah hipokrit cuma dia tak suka luah dan tunjukkan rasa sedihnya itu. dan mungkin hanya teman teman rapat akan tahu sendiri mengenai kesedihannnya itu kerana orang begini akan mencari teman rapatnya untuk berkongsi cerita dan meluahkan perasaan. aku berasa sangat beruntung dapat kawan yang boleh rasa apa yang aku rasa. sebab aku bukan jenis yang suka cakap pasal perasaan aku. sebab aku segan aku ni tak seberapa hebat dan cantik. takpelah. at least aku ada kawan yang suka kongsi rasa dengan aku. kalau kau terbaca entry ni nadia, kau kena senyum puas puas sebab aku tengah puji kau. hehehe


p/s : mungkin ini giliran aku untuk merasa sedih sebab dah banyak sangat happy dah gelak ketawa selama ni. ALLAH menguji kita dengan banyak dugaan, ada dugaan yang lagi besar. aku harap kau betul betul bersabar wahai eza cantik :)

siapa buat eza sampai menangis macamtu sekali?

semalam agak emosi. suasana tiba tiba menjadi tegang akibat desakan keadaan sekeliling. eza yang memang cool tiba tiba macam rasa ape ntah. memang macam sial rasa tu. aku tak boleh nak eksplain. nak menangis pun ade, nak lari pun ade. tapi aku pikir rasional balik. aku tak boleh buat macamtu. so im just acting cool even my heart was crying inside. ape bodoh sangat dak eza ni. salah satu kelemahan aku adalah aku tak boleh mengatasi rasa bangang aku dalam hal hal berkaitan perasaan. so aku memang buat muka mangkuk. cool gila macam minum coconut shake. my body is shaking. uhhhh. pertama kali aku rasa macam ni tau tak. dulu serius aku tak penah pun nak rasa macam ni. bodoh gila tau.



p/s : mujur aku ada kawan yang sering bagi nasihat, nyamankan hati aku. ape ape pun aku bangga dengan diri aku, aku hanya jadi diri aku. itu saja. aku tak penah nak kover jadi mcam bagus. goodluck eza :)

melaka putrajaya

dari jumaat aku buat kerja gila. ini pasal geng penyamun punya tabiat mengarut. tapi kami memang suka buat macamni. ulang alik melaka putrajaya mengacau orang main futsal. ah peduli apa. asalkan weekend kami terisi. penyokong dan menyokong. memang seronok. dapat jumpa kawan lama, yana. nice meeting you yana :)




p/s : malas nak tulis panjang panjang. takde kata kata aku nak huraikan betapa banyak nya dan gembira nya kami. bye!

Dec 16, 2010

senang cerita aku terus terang je cakap aku dah berpunya

AKU RASA SEJAK AKHIR AKHIR INI AKU RASA AKU BUKAN SINGLE LAGI DAH. HAHAHAH. PERASAN AKU NI. YE BETUL. AKU RASA AKU TAK SINGLE. BILA ADA LELAKI TANYA DAN NAK USYA AKU CAKAP DENGAN CONFIDENT "I'M TAKEN AND ALREADY HAVE BOYFRIEND" HAHAHAHA. JUST LOOKING TO MY PROFILE PICTURE. OH YEAHH. INI REALITY BUKAN FANTASI, BONGOK JUGAK AKU NI SEBAB RASA MACAMNI. HAIHH. TAPI APE BOLEH BUAT KALAU DAH SUKA. TERUSKAN SAJA.


aku mengaku bahawa kita ni kalau perempuan dah fell in love atau suka someone automatically kita akan menolah semua anasir anasir jahat yang mengacau kita. bila kita keluar dengan kawan lelaki pun kita akan teringat je dekat dia even just lepak lepak je. huhuhu. aku tak tahu ape aku rasa sekarang. dulu tak penah pulak rasa mcamni. sekarang betul2 dah berubahh. tapi perubahan ke arah positif. alhamdulillah. okay nanti aku sambung laa ye. nak solat jap. bye


p/s : ape lagii?

Dec 15, 2010

hormon seks banyak sangat

aku ade satu cerita. betul betul sedih. aku malam tu macam biasa. guling guling atas katil sambil berangan. henpon dekat tangan lah mcam biasa. kepala pun takde la mengantuk sangat. ade pun mesej dak ijad cakap dia nak pegi main futsal malam tu. okay. lain takde la pun. entah tiba tiba kau tertidur. mimpi sedih gile nak mampus.

aku macam tak percaya aku menangis. mimpi aku pasal dak ijad. dak ijad mati. aku langsung tak sempat jumpa dia.masa tu aku rasa dah sangat suntuk. aku berlari, kejar pun langsung tak dapat jumpa. dia hilang dari aku. muka dia pun aku tak dapat tengok. aku tau-tau dia dah takde. dia hanya pesan bagi biri2 kesayangan tu je dekat aku. so aku hanya dapat peluk dan cium biri2 tu. aku menangis bagai. kau tau tak sampai tak cukup nafas aku teresak esak. ishh betul betul mcam aku menangis masa arwah atuk aku meninggal. basah gila dah ni. entah macam mana aku tersedar. aku raba mata aku memang betul2 basah. siap sedu sedu lagi. esak esak menangis tadi masih ade lagi. aku blurr. mengucap jugak aku berpeluh2. aku terus mesej ijad. masa tu dah pukul 3.30 pagi. aku ingat lagi.

"aku mimpi kau mati, aku tak sempat nak jumpa kau dan kau pesan amik balik biri-biri tu"

ijad reply  "mimpi mainan tidur, kalau betul macamana"

aku reply "jangan nak main main hal ni" mesej tak send sebab aku dah tertido. ishh peliknye. boleh pulak mcamtu.

aku dapat bayang la weh cemane kalau orang yang kita sayang pergi, pergi tanpak kita lihat, tatap. YA ALLAH aku bersyukur gila sebab masih ade lagi orang yang aku sayang bersama dengan aku. aku tanya mak aku ape petanda nya. mak aku selamba jawab "Panjang laa umur dak Ijad tuhh" lega jugak aku dengar tapi qada' dan qadar tuhan siapa tahu kan. mungkin aku yang pergi dalam masa terdekat ni. siapa tahu.


dan aku nak cakap, rasa sedih tu memang rasa betul betul. real. mungkin sebab terlalu banyak ketawa kot selama ni. so dapat mimpi yang betul betul sedih, sedih menikam kalbu. uhuhuhuhuu.




p/s : aku tulis belog ni berdasarkan ape aku rasa, aku rasa aku ada hak nak cakap ape aku rasa. sesiapa terasa aku termakan dalam aku ucap maaf sebab aku insan biasa, aku hanya tulis ikhlas dari hati. dan harini aku nak cakap aku sangat sayangkan orang yang aku sayang. aku dah mula sedar bahawa ikhlas dan jujur itu penting. itu yang menjamin keselesaan bersama. tak perlu beria sangat. kau tahu, aku tahu itu dah cukup.

I miss you

semalam seronok gila pergi swimming. aku pegi dengan mak nenek eca dan fiza. wan pun join sekali. even aku tak reti sangat swimming tapi aku buat buat mcam reti. eca memang power beb. aku tengok memang dah macam athlete dah. lepak lepak dan karaoke. even sedang cuti sekolah semua konon nak lepaskan tension.

lepastu lepak pegi makan nasi lemak yang sedap tu dekat bukit beruang. nasi lemak kukus. aku dah selesema dah wooii.

dan sebelah malam macam biasa, pergi tengok ijad training. setakat ni belum pernah miss lagi, hehe. memang ade je. balik je terus aku tidur. bukan main lena lagi tak ingat ape.



p/s : ............

Dec 13, 2010

talented

hai readers,


saje nak kongsi berita gembira. aku dah dapat subjek mengajar aku. ADD MATH DAN MORAL FORM 4. gempak tak? paling aku terkejut adalah moral. hehehe. anyway ini satu cabaran untuk aku mengajar moral. kena banyak jugak bacaan so aku boleh bersedia. good luck eza :)




p/s : saya masih dalam  mood berbunga bunga. ishh kenapa ni eza?

susu pekat

sabtu lepas aku pergi jumpa luqman amir dan kawan kawan dia. kebetulan dia turun melaka. so ape salah aku jumpa. bukan senang bila nak jumpa nih. semua busy. teringat dulu masa dekat tanjung malim man selalu tolong aku dengan hani. bila nak beli barang je ajak dia. bila turun bas je mintak tolong dia amik. jalan jalan kat sana. lepak. hahaha. lama kita tak jumpa kan man. hakim dan kawan dia sorang lagi aku tak ingat nama. seronok dapat lepak sama sama. even tengok wayang and lepak dekat pantai je. memang seronok bergelak tawa. kawan kawan sama  gila. menjadi jadi la.


lepas lepak aku terus balik rumah sebab doang pon nak gerak balik dah. aku nak pergi kenduri rumah shikin. kenduri berkhatan, akikah dan harijadi. so macam biasa aku, ijad, yuyu dan boy pegi. semua handsome dan cantik berbaju kurung. semua puji dalam hati. tak tau kenapa malam tadi aku happy semacam. rasa macam lain  macam je. entah kenapa. hidung ni asik kembang je nak tersengih. hahahhaha



semua lauk kambing. aku makan sebab lapar gila. aku memang tak makan kambing so just makan sambal ayam je. ijad cakap amik la daging aku ni. mula mula jual mahal, pastu amik jugak. rasa je. tak banyak pun. makan punya makan sampai kenyang. borak pun dah gila gila. borak pulak pasal kenang pertama kali kami berjumpa. lepak pergi kl. memang spend time sama sama. dan satu lagi topik hot adalah gambar aku upload. gambar masa sekolah. comel gile semua. kenangan yang tak mungkin kami semua lupa. Ya ALLAH kau eratkan lah hubungan sesama kami sehingga berpanjangan. Amin.

dalam pukul11 jugak baru balik sebab dah leka berborak. ijad dah gemuk. muka dia dah berisi. badan pun dah berisi. tak macam dulu. itu laa asik makan je. hari hari berselera. ketara sebab muka dia dah tak nampak tulang. syabas. happy sangat agaknye kitaorang berlima ni. dak boy jangan cakap la. perut dah makin ke depan tapi tak mengaku gemuk jugak. hahhaa. memang kelakar bila pikir balik.





p/s : aku suka tulus apa aku rasa, sebab aku rasa perlu aku luahkan dekat sini. so kau orang semua boleh baca. takde halangan bagi aku untuk luahkan apa aku rasa. terima kasih sebab baca semua entry aku.hehehe

bila hati rasa berbunga, apakan ini cinta?

hati saya berbunga bunga sejak semalam. entah kenapa. saya tersenyum sorang sorang. ishh. susah nak jelaskan.




p/s : Ya ALLAH aku bersyukur atas nikmat pemberianMU

Dec 10, 2010

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

semua ahli penyamun dah tengok HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH. kelakar gila weh. macam nak mati gelak gelak dalam panggung. memang tak boleh lupa laa.

aku takde mood nak tulis harini. besok kita cerita lagi ye :)

Dec 8, 2010

mengantuk: cara mengatasi

macam biasa bangun pagi, kemas rumah tolong emak masak dan jaga ariysa. boy call ajak pergi jusco kejap lagi dan kebetulan adik aku si bidul nak pegi survey kamera. hehehe. so boleh jalan sekali je. boy suruh kejut ijad macam biasa. aku just drop msg je.

tadi aku betul2 lambat sebab dak bidul terhegeh2 mandi. dak boy dah mengamuk kenapa lambat amik die. haahhaha. aku dah agak dahhh. maap la ye boy. pukul 3 semua sampai jusco. pegi tengok2.

lepastu ke dataran pahlawan. jalan jalan lagi. boy dapat kamera hood dia. bidul pun dah beli kamera idaman dia. ijad beli baju baru. hahha. so aku? takde ape teringin lagi. hehe. lepastu lepak mekdi jela makan2.  haihhh malas nak tulis.. byee

p/s : mengantuk nii. esok pagi kami plan nak pegi sagil lak. harap harap jadi :)

END YEAR

hai readers, i can't wait to publish my entry. special entry. entry about my life this year. hehehe. lot of thing happens and now i'm very happy what i've done and what i've own. please don't be forget to read yeahh.


love comes, love go and now im able to catch up again. hopefully it will be the best moment and may ALLAH bless us. im not expecting too much but i'll try to be better than before, put aside the wrongs and let the love in.


p/s : special thanks to my family and besties for your support. LOVE!

Dec 7, 2010

NARNIA 3D

hai pembaca. ape buat masa cuti ini?

okay eza baru balik tengok movie. NARNIA 3D. memang awesome lah. tak rancang punn.

mula mula chatting dengan boy dekat facebook. then dia cakap dia boring dan ajak pergi memancing dekat eye on malaysia. aku layan cakap ok je. terus sms dia jadi ke tak. die suruh aku tanya ijad. aku cakap aku malas sebab ijad belum bangun lagi. bagi mesej je nanti jumpa dekat sana.

kemudian aku cepat cepat mesej nadia ajak dia, tapi dia cakap nak tengok movie. bagus jugak idea. die dah book tiket so macam biasa kami berlima kena pegi tengok. seronokk. ijad pun dah bangun so dia mahu ikut. aku siap2 kemudian pick up boy dengan ijad macam biasa. jalan pun jem. nasib baik keluar awal sikit. kalau tak tiket memang expired lah.

kami eksaited betul diberi speck 3D. harini boy dah macam budak2. aku dengan ijad bantai gelakkan dia je. boboy boboy! kau bayanglaa macam bawak adik kecik. makan popcorn sampai habis sebelum masuk tengok movie. dahsyat betul. hahahahahha.

satu lagi yang paling lawak aku toleh kiri kanan semua orang pakai speck itam. kelakar siott. terkekeh2 aku gelak. so macam biasa tengok cerita sampai habis. sempat jugak aku tido sebab mengantuk gila. kover buat2 tengok cerita padahal tido. macam biasa lah bantal buatan manusia kan ade. bahu ijad lah ape lagi aku pinjam. beria dak ijad bercakap dengan aku kot padahal aku membuta.

p/s: sorry dekat yuyu and black sebab tak dapat lepak lama. keadaan tak mengizinkan. lain kali kita pergi air panasgadek pulak. yeahhh!

apa kau dah buat?

hati eza harini tak macam bunga baru nak kembang waktu pagi. waktu embun menitik kelopak bunga akan berkembang dan menjadi sekuntum bunga yang sangat comel. kenapa orang semua sayang bunga rose? ada apa dengan bunga rose. bila jumpa bunga rose semua cakap "ahh romantiknya, wangi" kenapa??


eza harini muka dia tak macam bunga, hanya macam tisuu dah basah kena lap dengan hingus dia sendiri. hahhaa. kenapa ek? sebab kepala dia serabut. tak tahu kenapa. tapi malam tadi dia dapat satu ketenangan. ALHAMDULILLAH.


p/s : look what you've done-JET. layannn

awal muharram

hai guys. selamat menyambut tahun baru islam. AWAL MUHARRAM. ingat lagi aku masa sekolah nak ingat bulan bulan islam bukan main susah lagi. hapal jugak lagu tu. so sekarang dah steady kalau orang tanya aku kena nyanyi lagu tu dulu.

oh yeah, im getting better and better. hopefully perubahan yang berlaku bakal membawa kemanisan dalam diri kita. betul jugak orang cakap, "rasa lah kepahitan itu dulu sebelum merasa kemanisan" hehehe.

berbuatlah sesuatu perkara dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. maka kita akan rasa happy macam matahari yang baru nak naik. comel bukan?



p/s : bitter heart, sweetheart <3

special notes by SM

Dulu pernah aku bersumpah
Selalu setia jika ku mencinta
Masih melekat rasa itu
Saat cintamu datang padaku
Semua terwujud, saat kau singgah
Panasi cinta, untuk setia merindu

Kerinduan tak akan menghilang
Kan selalu ku rasa
Tak mampu ku menghindar
Kau berikan, apa yang ku pinta
Kau mengingatku dalam cinta
Temaniku dalam…
Setia (jalani hidup ini)

Aku tak pernah mengharapkan
Cinta lain datang membelaiku
Aku dapat selalu bertahan
Menahan cintamu di sukmaku
Kehadiranmu basuh jiwaku
Engkau suluhkan api cinta diriku

Dec 6, 2010

dugaan

selamat hari isnin. harini dah boleh bangkit macam biasa. semalam memang badan lemah gila. tak tahan. alhamdulillah syukur dah rasa sihat sikit. ijad cakap dekat aku "tuhan sayangkan kau, tu dia bagi dugaan" aku cakap kalau tuhan sayangkan aku, aku kena mati. kemudian ijad cakap lagi "mana tahu esok aku mati ke, itu kita tak tahu" okay. diamkan aje. kita pun tak tahu ape bakal berlaku. aku anggan ini semua dugaan. kita harus terima dengan hati yang terbuka.


oh ya, harini memang rasa nak makan macam macam. huhu. dan bangun bangun je pagi tadi aku teringat biri biri aku. aduhh rindu gilaa. entah kenapa. selalu tak macamni sangatt. betul betul rindu nihh biri-biri.



p/s : tuhan sayangkan kita tu sebab dia uji kita dengan macam macam dugaan. dia nak tahu kita kuat ke tak.

Dec 5, 2010

eza jatuh sakit sikit dah kecoh lahh

harini aku lemau gila. sejak semalam aku rasa tak sedap badan. selsema je mula mula. tolong emak basuh rumah sewa. tido lewat. and pagi dah bangun. betul2 tak cukup rest. settle semua dah pukul12 tengahari. tanya biri2 aku dah bangun ke tak. nasib baik dah bangun. emak dengan ayah dah pergi kenduri kahwen. so aku dengan adik aku je tggal rumah. mak suruh masak nasi and tapau je lauk. okay okay. sumpah tak sedap. sambal sadin lagi sedap. petang tu ikiut yuyu pegi potong seluar. sekali lagi ke dataran pahlawan. jem gilaa. satu jam tersangkut. and kami terus balik, aku tak dapat hadir pegi karaoke dengan bekas bos aku sebab mak dah bising suruh balik. hujan2 lagi nihh.so terus lah balik. hati orang tua kita kena jaga weh. kalau doang takde, siape lah kita ni. so malam tadi aku dah rasa seram sejuk. demam. ahhh. aku tido awal tapi memang tak lena. bangun dua tiga kali muntah tengah malam. serius aku tak boleh tido. macam nak mati aku muntah sampai takde ape yang keluar. tuhan aje yang tahu. tak tau la kol bape aku tertido. bangun pun awal. tak selesa. then aku update status kat fb aku muntah2 mujur ada syahrin tolong bagi advice. dia doktor dekat indon. roomate aku masa kat matrix. comel betul. dia suspek aku kena food poisoning. and dia suruh minum banyak air kelapa tau 100plus. and seek for medical help lah. risau. so now aku lagi risau tekak aku dah luka. pedih. kena banyak berehat. doktor cakap salah makan, ee mesti yang tapau petang tadi tu. masalahnye aku jalan sikit macam pening. mabuk weh. kurang air kot. huu. rileks eza. get well soon.


p/s : biri-biri bangun lambat, semalam tido lambat. hahhhh.

BLACK BIRTHDAY

malam tadi celebrate birthday black, hamek kau black. kau kena malam ni. aku pegi beli kek dengan yuyu dekat dataran pahlawan dulu. pusing pusing nak cari kek ape. pening  jugak. lastly pikir beli je marshmallow tu je. cukup.ajid call aku tanya dimana, dia dengan adam nak tengok wayang. aku cakap aku nak ke rumah ijad. simpan kek and lepak sana je sebab tak tahu nak kemana. so ajid decide ikut kitaorang pegi rumah ijad. so nak tunggu pukul 12 je. ambush dekat kedai black. so ramai jugak yang ada malam tadi. so semua jadi macam comel. pakai topi dan topeng. dah tak kira orang ramai lalu lalang dah. selamba. ijad pun dah beli telur. bulat pun dah datan. memang cantik lah. gambar semua aku dah upload dekat facebook. so kau orang boleh lah tengok tengok. memang heven. kami lepak dawood lepastu. kepenatan. dan acara penutup adalah menepung yuyu dengan black. hahahaha. amik kau. tapi yuyu marah sikit. aku dengan ijad tak tahu nak pujuk cemana. cool jugak. lama2 keadaan dah okay. im sorry yuyu. tak sengaja. hee.


yeahh ini kek memang sedapp

all of us..love love

yeahhhhaaa

birthday boy. hehe
SELAMAT HARIJADI ZAHARI, SEMOGA BERJAYA SELALU. KAMI MENDOAKAN AGAR KAU SENTIASA DILINDUNGI ALLAH DAN DILIMPAHI KURNIAAN REZEKI. HAPPY BIRTHDAY!


p/s : sayang sekali boy tak dapat join malam tu. takpe lah boy. lain kali kita celebrate lagi. tahun depan ye. YA ALLAH, SEMOGA KAU LINDUNGI KAMI DARI SEBARANG PERKARA BURUK DAN JAUHI KAMI DARI SIFAT HASAT DENGKI SERTA JADIKANLAH KESERASIAN INI SESUATU YANG BERPANJANGAN. AMIN.

Dec 3, 2010

its all about last night

its all about last night. we're having  dinner at MCD and watching futsal. hehehe. have some fun and take few photos. and now it seen im having flu. woo woo. i love wearing this shirts :) 


oh yea, i've already bought new outfits. i'll update later soon okay. love you peeps!

siapa berani buli aku??? yeahh

ape pandang pandang, cepat tangkap gambar!

ini dah macam sotong :P

wee wee kenapa gelak?

halamakkk aii..nak jugakkk

konon muka baik hehehe

tengah cakap talipon lah!






p/s : selesemaa :(

siapa kata anda hebat?

uhh malam tadi pegi tengok ijad dengan black training futsal. macam biasa lah. kebetulan aku lepak dengan ida and ayie dekat DP. yuyu dengan black pun ada. so lepastu aku angkut jela semua pegi tengok. nak jalan jalan pun bosan je. hujan renyai renyai. doang pon dah habis training. pegi minum tempat biasa. aku tekak dah sakit. rasa macam nak selsema pun ada. pukul12 semua nak balik dah. besok kerja. jumaat hari last kerja. lepastu weekend. hehe


p/s : rutin hari2 macam biasa. tengok orang main futsal, minum, balik rumah dan tido. eh kena online dulu laa haha

Dec 2, 2010

arisya

hello semua. harini seawal pukul7.30 dah bangun. emak kejut suruh bangun. emak nak pegi beli breakfast. so kalau ariysa datang, jaga dia.

penat betul. makin lasak die. jalan pun jatuh bangun lagik. tadi lepas bagi dia makan aku terus masukkan dia dalam washing mechine emak. bukan main suka lagi dia. hahaha. jom tengok :)


ini lah si gemuk yang happy sangat main main. ishh bahaya. tapi ini yang dia suka. hahahah. kalau ibu dia tahu mati akuuu



p/s : nak main layang-layang :(

Dec 1, 2010

DAH GEMOK

SEMUA ORANG DAH MENGADU GEMOK. YANG OBVIOUS SEKALI ADALAH IJAD. BONTOT DIA DAH MAKIN BESAU. PAKAI SELUAR SEMUA DAH KETAT. TIMBANG BERAT PON DAH BERKILO-KILO. NAMPAKNYA DAH BOLEH LAWAN AKU. NADIA PON SAMA. DAK BOY DAH BOROI. AKU NI JANGAN CAKAP LAA. MEMANG DAH TEMBAM. TAPI YANG PELIK SI KURUS KURUS NI SEMUA BADAN NAIK. APE KAH TANDANYA. ADAKAH TERLAMPAU KUAT MAKAN? KEJAP KEJAP NAK MAKAN. HAHAHAH.



p/s : aku rasa kuat makan malam kot. maklum la. lepas dah gelak2 macam nak gila perut dah lapar. makan la lagikk. lepasnih kena sekat sikit. yang kurus2 tu takpe. HAHAHAH

makan cendol dekat kampung jawa

hai bertemu kita lagi disini. tadi lepas lunch keluar dengan nadia. macam biasa lah dia ajak tengok2 kad harijadi untuk black. tolong teman dia lagipun bosan gila dekat rumah. ramai betul orang cuti harini. maklum lah dah hujung tahun kan. so habiskan cuti tahun je.


nadia amik aku kat rumah. aku tanya ijad macam biasa, dekat mana, buat apa? dia cakap dengan boy nak cari layang layang nak main petang ni. memang cool jugak idea. aku pun dah sampai dataran pahlawan. nadia pegi kecikkan baju kebaya batik dia. and just window2 shopping. aku cakap ijad, dekat eye on mlysia tu ada jual layang layang. cuba cari. so budak dua ekor ni dah pun sampai. layang layang takde jugak. tak tau lagi aktiviti seterusnya. just lepak jela tepi pantai yang indah tu. macam biasa borak borak, gelak gelak macam hantu, angin laut sepoi sepoi bahasa je menambahkan keayuan si gadis. cewahhhh.


MAKAN CENDOL PON SEDAP. TAPI DEKAT MANA?

nak makan dekat bangunan stadhuys tu macam susah. ijad cakap nak parking pun susah. okay pegi dekat kampung jawa je. boleh makan rojak. cool gila weh!
sampai je terus order makan rojak dan cendol. hambek kau. sedap gila. bukan banyak pun. dua pinggan kongsi empat orang. lagi sedap. borak macam macam. seronok gila sampai aku rasa taknak terkencing pun.


dan akhirnya kami nak kembali ke tempat masing masing. aku dengan nadia kena ke jusco beli barang. lain2 ke tujuan masing2.


sebelum balik sempat lagi ijad "malam lepak jom"



p/s : bincang isu bertudung, aku setuju dengan pendapat ijad dengan boy. bertudung bukan paksaan. tak pakai tudung takpe, tapi baju kena sopan. jangan terjojol sini sana. yang penting hati kena baik. woot woot. so jangan lah kita salah tafsir atau pandang serong kepada mereka yang tak bertudung ni. aku bukan nak back up sesiapa tapi pokok pangkal hati. pandai lah kita sendiri menilai. syukur dapat kawan2 yang sangat memahami dan menasihati. YA ALLAH, kau panjangkan lah usia dan eratkan lah kasih sayang kami sesama kami, keluarga dan orang sekeliling kami.

birthday arisya

yeay. harini satu december genaplah si gemuk ni umur setahun. comel betul. pagi pagi datang terus peluk aku. duduk atas katil pegang botol susu. emak cakap ibu dia dah bawak kek. yeayy. boleh celebrate. selepas mandi kan dia kami semua pakai cantik2 and terus prepare nak tipu lilin. nasib baik si haziq penyibuk takde. jom kita layan gambar :)

comotnye adikk gemukk :)

mari potong kek ni..

sabar kejap lagi hancur lah kek nii

yeahhh nantikan kehancuran kek


p/s : comel betul :)

marilah tidur

seronoknye. tadi pergi rumah yuyu dapat makan nasi kerabu emak dia. dua kali aku tambah. kebetulan makcik jamilah pun nak keluar. aku bawak sekali. so dapat la doang kenal kenal. at least takde la risau kalau keluar balik malam malam. hehehe. memang sedap gilaa nasi kerabu tu. terliur aku nii.

lepatu bawak mak aku pulak beli barang dapur dekat tesco. haha. padahal petang tadi lepas tusyen addien aku dah ke jusco dengan ida. hahhaa. balik rumah je yuyu call jemput datang rumah. cepat cepat aku suruh mak siap. hehehe


p/s : mengantukkk

Nov 30, 2010

bila si dara dapat baju baru.

baju baru siap, hehe



hai. mood aku harini sangat pink, okay sebab dah hujung tahun aku mesti dah nak pikir entry terbaik. so mcam biasa aku akan kumpul cerita awal tahun sehingga hujung tahun. akan dihimpunkan dalam satu entry dan dihiasi gambar gambar indah untuk tahun ini. love :)



p/s: tunggu ye :)

bye november, hye december

hujung hujung tahun,
ini dah hujung bulan sebelas,

haritu aku keluar dengan yuyu, beli baju! comel comel. aku beli dua pasang je. yuyu beli tiga!! tapi memang best. even takde la mahal sangat pon. comel gila.

semakin hari meniti tahun baru. sebut je tahun baru mesti nak azam baru. hahaha. tapi aku takde pon. just perbaiki azam je kot. dan ade satu lagi penambahan azam. heehee. insyallah. kerja pun dah mula. so kena ada target lah. tunggu selepas tiga bulan ye. heehee


im not expecting too much, tapi kita mahu yang lebih baik macam dulu. perubahan demi perubahan berlaku atas diri sendiri dan sekitarnya. alhamdulillah. semoga ALLAH memberkati segala galanya.




p/s : hari akhir bulan 11. bye november :)

Nov 29, 2010

hari emosi

hai readers, harini entah kenapa aku rasa macam suck je. mood gila hilang. entah apasal laa. aku rasa mungkin aku nak datang bukan. pikir bukan bukan je. haihh. and semua harini emosi dengan aku. semua nak marah marah aku. sedih gila. sob sob sob. tapi. ade sesuatu buat aku tersenyum macam kerang busuk jugak. hehhh ade laa.


p/s : Ya ALLAH, lancarkan lah hari-hari aku bersamanya dan mereka semua :)

Nov 28, 2010

ENTRY EMOSI SIKIT

SYUKUR ALHAMDULILLAH. KEADAAN DAH KEMBALI JERNIH. KAMI SEMUA DAH MAMPU TERSENYUM DAN BERGELAK KETAWA. TERIMA KASIH ALLAH KERANA MENYAYANGI HUBUNGAN IKHLAS KAMI. SEMOGA KAMI BERADA DALAM LINDUNGANMU. SESUNGGUHNYA ENGKAU LAH MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG. AMIN.



p/s : perselisihan faham adalah perkara biasa, begitu jugak kepercayaan. bonding yang terjalin antara kami sangat kuat. susah kita sama sama susah dan senang kita akan sama sama senang. aku happy dengan hidup aku sekarang. lebih tenang dan semakin matang mengatasi masalah sendiri. dulu betul betul macam budak budak. mereka yang banyak membawa perubahan dalam diri aku sesungguhnya aku bukan lah baik sangat, tapi aku mencuba untuk menjadi lebih baik atas sokongan kalian semua. lots of love (IJAD, YUYU, BLACK DAN BOY)

menyanyi riang

malam minggu yang hebat, yeah masa untuk karaoke dah melepaskan segala masalah. ahli ahli macam biasa. aku, ijad , yuyu dan boy. lengkap. black takde sebab dia berniaga. whoa memang seronok. bantai lah menyanyi lagu ape pun. yang penting semua wajib menyanyi. semua genre ada.



ahli baru pun dah datang lagi, junsu merangkap phtoghrapher official geng penyamun membawa sekali lulu dan kecik. yeahh. tangkap gambar lagi dan semua2. happy gila.

dua jam pun habis. semua keluar dengan muka puas. terngiang2 lagu dekat kepala lagi :)



p/s: aku tak sengaja ter'sayang' kau :)

Nov 27, 2010

tertanya-tanya

hai hai. kita bertemu lagi di sini.


kenapa manusia iri hati dengan kebahagiaan orang lain. tak cukup lagi ke dengan kebahagiaan sendiri. aku bukan nak sebut sesiapa tapi aku just nak cakap. ketentuan ALLAH kita kena terima seadanya. apa yang terjadi masa depan, esok atau lusa kita kena terima even pahit.

ayat yang paling senang adalah. terima lah seadanya apa yang terjadi. aku happy dengan life aku sekarang, ada kawan kawan, dan mood baru nak kerja. sangat bersemangat.

ngangkung

semakin hari semakin sayang. dah boleh tersenyum. syukur alhamdulillah. malam haritu tengok cerita ngankung. best jugak. macam gile nak gelak. tapi suasana agak hambar. entah kenapa. sendiri tertanya2 apa yang kurang sebenarnya. mana pergi?







p/s : harap semua boleh kembali jernih macam biasa. dah lama tak kena suap makan :P

PERGOLAKAN

sejak akhir akhir ini ade je benda berlaku. pasal kawan kawan dan perhubungan yang terjalin antara kami. siapa yang dengki sangat nihh. siapa dalang kepada semua yang berlaku. aku memang blurr sikit. tapi buat cool aje. sebab semua benda berlaku ada hikmah. aku rasa dengan macam macam yang berlaku ni boleh menguatkan lagi hubungan antara kami. YA ALLAH janganlah kau pecah belahkan antara kami. kami saling menyayangi antara satu sama lagi dan kami mengharapkan hubungan kami semakin erat dan akrab. Jauhkan lah kami dari hasat dengki dan ketidakpuasan hati. jauhkan kami dari orang orang yang iri hati terhadap hubungan kami. aminn.



p/s : harap harap semua kembali jernih dan kami boleh duduk semeja bergurau senda dan bergelak ketawa macam selalu. apa yang dah berlaku dan lepas biarkan jelah. buat jadi pengajaran. EZA,IJAD,BOY,YUYU DAN BLACK.

birthday ijad

pada 24 november lepas pukul 12.00 malam adalah birthday ijad.

mula mula ingat nak ambush rabu, tapi pikir balik mesti macam dah lambat. so decide malam 23 tu buat prank dekat dia. aku mintak boy buat2 ajak die g memancing. tempat macam biasa. aku pon tak mesej dia banyak. just tanye dia nak pegi mana malam tu. die cakap teman boy pegi memancing. aku jawab okay je. padahal dalam hati memang bagus pun.hehe

dengan tektik boy memujuk, dapat jugak pergi ke tempat kejadian. meriah. segala tentera aku bawak datang. mula2 pegi jusco beli cake, air dan semua. mak and ayah aku pon pelik kenapa aku eksaited gilaa malam tu.

aku amik yuyu and terus pegi. boy dah tiba. mangsa jugak ada. cynthia pon join sekali. dalam pukul 10 semua dah ada dekat situ. semua buat buat macam takde ape ape. lepak dan borak je malam tu. tengok laut. hehe.


yuyu dah bagi aku signal suruh bersedia. pukul 11.55 kot macam tu. aku bukak bonet amik tepung. ijad masih rileks tunggu ikan makan umpan. aku dengan yuyu semua dah ready sembunyi tepung dekat bontot. jalan slow2 dekat die. tepat je 12.00 terus lah kau jadi budak tepung!! habis satu badan, jangan cakap laa. kalah zombie. HAPPY BIRTHDAY IJAD!!






dan lepastuu bukak cake dan masa untuk meniup lilin :)

terkedek2 bawak kek besar dan ditiup. semoga wish kau termakbul. aminn.


SELAMAT HARIJADI IJAD. LOTS OF LOVE FROM US!

Nov 26, 2010

sweet

busy sikit tu sebab lama tak update belog. akhir sekali aku update masa memancing dua minggu lepas. sepanjang dua minggu ni mcam macam berlaku. ada suka ada duka.


last week parents aku buat kenduri kesyukuran sempena harijadi ayah aku dan aku dapat posting. alhamdulillah. semua berjalan macam biasa. tolong emak memasak. buat lepas maghrib. semua hadir malam tu. meriah sangat sangat. thanks jugak dekat kawan kawan yang terdekat datang. macam biasa, kesayangan aku semua datang.


oh ye, terlupa pulak. malam sebelum tu aku keluar. cari hadiah si ijad. tak tau sangat nak bagi ape. so just dalam kepala otak aku biri-biri. sebab kami memang suka biri-biri. entah kenapa. comel kot. so aku cari semua yang berkaitan dengan biri-biri, kumpul masuk kotak dan letak sekeping kad biri-biri jugak. cukup comel :) saje beli awal sebab senang nanti tak payah rushing. mujur aku dapat mimpi pasal biri-biri comel tu, so aku memang betul2 ade idea nak bagi seperti entry aku sebelum ni.

selepas selesai kenduri, memang tak larat lagi dah terus tidor.


pagi ahad bangun macam biasa, tolong emak kemas rumah and pergi kenduri kahwin. masa on the ke kenduri aku talipon ijad, cilaka dak boy angkat. konfiden aku cakap. rupa rupanya dak boy. hawau! ijad call aku balik, betulkan keadaan, mereka on the way ke batu pahat kenduri kahwin jugak. hahahhaa. tiba tiba yuyu call.

"rasa macam nak photoshoot petang ni, tepi laut"

"okay jom, aku cuba ajak junsu"

perancangan semua di atur rapi. pukul 5. semua datang untuk photoshoot suka suka. ijad pun dah on the way balik melaka and aku pun dah on the way balik rumah. pergi dekat eye on malaysia. junsu jadi photographer kamu. hehe. seronok!



 comel comel comel. dalam facebook aku semua :)




oh yeah. konon manis laa. hehe


p/s : jap lagi sambung

Nov 19, 2010

ikatan kuat terjalin

semalam best gila. ingat lagi tak aku lepak rumah nadia. kami planning malam tu nak pegi memancing. memang super cool. boy suruh bawak makan makan dan minuman. beress.


malam tadi, tepat pukul 9.30 malam kami semua dah berada di jambatan tepi laut tu. aku tak tau nak describe dekat mana. tapi area masjid selat tu. pertama kali ijad dan boy sampai dulu. dah pasang pancing dahh. black pon baru datang. saja takde aktiviti malam2. ijad ajak teman boy pegi mancing. ramai2 lagi best. tak dapat ikan pun takpe.

banyak betul benda lawak malam tadi. aku dengan ijad memang bengong. macam nak mampus aku gelakkan dia. mula2 dia gulung tali pancing tu, konfiden gile nihh. gulung punya gulung rupanya dah sampai atas dah mata pancing tu. penat je cari dalam air. gelap lak tu. ape lagi. aku dah terkehkeh ketawa laa. masa tu nadia dengan black g makan, boy pegi pasang umpan. so budak yang tak reti memancing ni laa jaga pancing tu. pantang dengar loceng je terus nak tengok sama ada ikan sangkut ke tak. punye la eksaited.

insiden kedua lagi lawak. aku, ijad dan boy je ade masa tu. nadia dengan cynthia pergi alihkan kereta. dak ijad beria nak balik mata kail kat laut nii. aku dah jerit2 "come on ijadd!". dak  ijad ape lagi. tunjukkan kehebatan dia la sebab aku dah memekak. dak boy tukang pantau. surrrpppppppp! dia balik. memang hebat siap kaki angkat sebelah.lepas tu aku cari kenapa tak buyi air pun. pandang atas!! alamak. MATA KAIL SUDAH SANGKUT DEKAT KABEL LAMPU!!!  hahahahahahaha macam nak mati aku gelak. kejang perut aku. dak ijad dah berguling2 tergelakkk. lawak gile laaa. semua sampai merah padam tergelakk. memang sengal laaa. dak boy pon tak tau nak cakap ape dahh. die pon gelak sama. ijad cakap "besok kau tengok gagak mati makan umpan kita" hahahaha. bengong.

nadia dengan cynthia terpinga2 je. tak tahu cerita. lepas cerita la baru semua tergelak balik. hahahaha. so kami lepak duduk amik angin malam. amik gambar. memang best! so lain kali boleh la pegi lagi :P



p/s: bonding antara kita kuat. kita susah sama susah, senang sama senang. semua kita bantu antara kita. tajuk perbualan aku dengan ijad sebelum tidur semalam. semoga kekal abadi dan dirahmati ALLAH.

raya aidiladha

sejak balik genting aku dah tak update belog. macam nak pengsan punya busy. so aku dah berhenti kerja. duduk rumah.

SELAMAT HARI RAYA KORBAN. aku tak kemana pun sebab nenek pun tak balik melaka. so aku just lepak pegi jusco dengan adik aku je.

malam pulak pegi rumah nadia kamal. lepak lagi. makan satay dengan dengan penyamun yang terdiri daripada aku, ijad, boy. nadia dan black. ade tambahan seorang lagi. pejal. hehe. kazen dak boy. seronok gila malam tu. lepak2 berborak. tergelak gelak. rasa macam feeling pertama kali jumpa pulak. love love.


riuh gelak ketawa semua orang aku tak dapat nak gambarkan. betapa mesra kami bila bersama. aku sayang dekat engkau semua.



p/s : sakit perut nak berak

Nov 14, 2010

RASA HATI

sunyi sepi,
dengkuran sang manusia besi,
kesejukan melangkaui nafsu nafsi,
dan aku masih disini,
mencari cinta suci,
agar kekal dihati,
bersama bersemi,


dulu,
tak pernah sebegini,
kesana kemari macam berlari,

kini,
terasa tenang dihati,
damai kucari sudah ada pengganti.

alhamdulillah atas segala kurniaan ilahi,
aku bersyukur atas nikmat tak terperi,

semoga KAU kekalkan cinta di hati,
dan termakbul suatu hari nanti.
amin ya rabbal alaminn..



14/11/10
Apartment Genting View, 8.25 PAGI

genting sekejap

disini aku dah dekat genting. semalam sampai pukul 1 check in dan rest. malangnya skyway tak boleh naik. so kena naik kereta je. alahai seronok gila. even tak main just lepak lepak tapi memang seronok. semua orang masih tidur lagi. kepenatan semalam. yang penting aku tido mati and bangun sebab perut aku sakit gilaa. so kena la berak. main main facebook. update belog. so lepasni tengahari dah boleh chow dah. anyway memang heaven even aku dah pegi banyak kali.


tunggu aku upload gambar :P

Nov 12, 2010

weekend ini memang best

wah malam tadi kitaorang tengok cerita unstoppable. aku, ijad, boy, yuyu,dan black. best gile la cite tu. hahahaha. boy pon dah balik.seronoknye. semua macam dah lengkap semula. boleh nyanyi lagu butterfingers lah. hahaha.

tengah busy prepare pegi genting pulak. hehe. weekend!

syukur

syukur alhamdulillah kepada allah yang bagi nikmat kepada aku. alhamdulillah dapat jugak posting. dan yang lebih menggembirakan adalah mendapat tahu anda bakal berkhidmat di negeri sendiri. masa tu dapat panggilan talipon tuhan aje yang tahu. betapa eksaitednye. nasib baik sorang2 je masa tu. aku melompat. hahah.


and so 22 haribulan kena lapor diri macam biasa lah. hahaha. tak sabar betul. lepasni tak boleh lah nak jadi macam orang gila melepak sampai tengah malam. dah ada komitment beb. so nadia kamal, kita kena tahan dan kawal nafsu untuk keluar malam. mungkin kau boleh lagi. tapi aku tak boleh. sebab takut pengetua pon tergugat tengok aku. hahaha.


thanks dekat family. haha. mak aku lagi kejam. die mintak aku pegi jauh jauh. die cakap bila aku ada yuyu asik bejalan je. hahahaha. tergelak ayah aku dengar. ni ha anak dia dah posting melaka.

hahahah. tak tahu lagi sekolah mana. so aku tak boleh bayangkan lagi environmnent atau keadaan sekolah. harap harap dapat sekolah okay. thanks ijad bagi aku kate2 semangat yang sangat meransang aku. "kau ade rezeki punya, kau jangan risau. aku doakan kau dapat" hahaha.


thanks jugak dekat yuyu yang saban hari tak putus-putus bagi semangat dekat aku. hari2 dengan aku. masin mulut kau. hahahaha. black pon sekali lah aku ucapkan terima kasih. haa dak boy pon sama.  semua comel.




p/s : selamattt

Nov 8, 2010

hadiah :)

aku terpanggil untuk menulis sesuatu yang manis. tadi masa dalam toilet aku sakit perut, lama sangat nak keluar. aku terpikir kalau suprise dekat orang. eh ok, contoh birthday lah. ape kata kita buat kelainan sikit. bagi surat by post ke, or by hand pon takpe. tapi kita tulis. comel tak. then tak payah bagi cokelat. kau cuba bagi apa yang sering kita sebut sebut atau suka, contohkan.aku suka sangat biri biri. i means kambing. so apa kata aku hadiahkan apa apa motif yang sama macam biri biri. tak kisah la teddy bear ke, botol susu ke. so that orang tu mesti teringat dekat kita. bila tengok benda tu. and satu lagi tips kalau nak bagi hadiah kat sape sape. make sure hadiah tu boleh bawak tidur. so hari hari dia akan ingat benda tu sebab kita hari hari akan tidur jugak kan?



wah kuat betul aku berangan. ala tapi apa salahnya. dah mase tu aku ade idea. so terus cepat cepat aku tulis dekat belog.

p/s : ok babai.

ini aku rasa sekarang ni

saat ini aku dah mula terpikir apa akan berlaku
berlaku pada masa akan datang, hari esok dan lusa
kenapa mesti aku rasa macam ni,
sumpah ini memang rasa dah lain.
apa kau dah buat dekat aku sampai aku jadi macamni?
aku tak pandai ambil hati orang, apetah lagi orang yang aku sayang.
aku tak pandai cakap bahawa aku sayang, aku segan.
sebab aku bukan itu macam punya orang.
memang aku segan sebab muka aku pon tak lawa, badan besar.
tapi kenapa aku...ahhhh..


p/s : eza, tolong jangan macam-macam

satu petang hujan sampai malam

nak tahu tak. sabtu lepas aku pegi jalan jalan main buggy car. hahah comel gila weh. dapat main pusing pusing dalam taman reakreasi. seronok gila. dan kemudian aku lepak rumah yuyu. salin baju dan berkejar ke DP. jumpa denga semua students aku. semua lelaki wa cakap. dah macam mak ayam pulak aku. anyway aku seronok gila even penat. puas hati. then malam macam biasa makan makan dan minum minum dengan arizad ali. tetamu jemputan. sejuksejuk malam minum barli ais. yuyu dekat sebelah dah kepanatan main facebook je. black dah blah. so tinggal aku yuyu dan ijad sahaja. ijad makan roti petak dia macam biasa. then terus balik. awal gila dah balik malam tu. tiba tiba masa nak melitas jalan, ramai betul mat rempit lalu. aku dah gelabah kat tengah jalan dengan yuyu. dak ijad hanya mampu pandang dari jauh je. hahaha. bodoh siap hon lagikkk. mentang2 ramai. cuak gila aku denga yuyu.

dah sampai rumah, ijad cakap cara aku melintas jalan salah. patutu tunggu clear baru jalan. aku cakap aku memang tak perasan. nasib baik tak mati free. haha. ok jangan main main masa melintas jalan ye.

aku balik terus cuci muka. tak larat lagi dan terus tido.

aku bajet nak join junsu buat photoshoot pagi ni. tapi aku dah tak larat. terus. memang lemau gila weh. then nak pegi tengok ijad main futsal belah petang. aku cakapm memang tak boleh join pagi tuh. maaf ye junsu. kita jumpa next time. akak kau ni busy mcam artis.

so tengahari tu aku pegi jusco dengan family aku. mak sibuk nak beli day curtain. layankan aje. lepastu aku balik then nak terus pegi tengok ijad main. nak bagi sokongkan konon. tengah pakai baju, adik aku balik. "dah habis game lah along, arizad ali pon dah balik" mula mula tak percaya jugak. aku call ijad. ye memang betul die dah balik.yuyu pon otw datang rumah aku. kami lepak2 minum air sirap. lepak dengan mak aku. sebab yuyu belum jumpa dengan mak aku. hahahaha. aku transfer gambar semalam.


p/s : nak cerita lagi? aku dah penat menaip

Nov 7, 2010

MAIN WEBCAM MACAM BUDAK BUDAK

hahahaha. hari paling seronok. aku dengan yuyu pergi lepak lepak dekat oldtown online. takde keje betul. black dah bukak kedai. so kami pon sibuk. ijad pon ade. so sempat main webcam dulu !!































seronok!