Jan 11, 2010

gara-gara overdose makan ubat selesema

semalam badan memang rasa lain macam. bukan rasa perut kempis, bukan jugak badan ringan tapi badan rasa mcm nak demam. dari kat kampung aku dah rasa lain mcm tapi takde ubat sebab aku pon bukan suka makan ubat sangat bila sakit. tahan dulu sampai tak larat baru makan.

sampai rumah dah petang. pukol6 then ayah keluar nak beli nasi kerabu kat pasar malam. semua dah malas2 nak keluar makan. so beli je tapau. gile sakit kepala mcm nak pecah. dengan hidung yang rase tak selesa. aku mandi. yes aku mandi. tak lega jugak. then terus makan nasi kerabu. wah gile sedappp. ini last kot dpt mkn nasi kerabu sebab pasnih susah jugak atau jarang2 la dapat balik.

aku telan dua bijik ubat selesema dalam laci tu. stengah jam kemudian aku mcm mamai. yes mamai gila dan layu terus aku baring kat katil. tido. zzz. bajet nak tengok juara lagu tak jadi. haha.

tapi nasib baik pundi kencing aku nak mengeluarkan air rembesen so dapat la bangun dan tengok sape yang menang. eh Aizat menang? tahniah ;)


p/s : tengah lap hingus. terbersin kat skrin laptop lak. haih

1 comment:

shaf lina said...

yup ramai yang disagree aizat win .lagu propa sungguh