Jan 8, 2010

isi lama aku sengaja hangatkan

benci tengok berita kat tv. hari hari isu sama. tak penah nak settle. lagi teruk ade la.

cuba difikirkan sejenak. ini hasil pemikiran yang tak berapa nak ade ilmu dari aku. tapi cukup nak bual-bual. oke ini bagi aku la. sekitar jiran aku semua cina dan india. sebelah rumah aku siap india tu pelihara anjing. tak kisah sgt sebab die tahu menjaga sensitiviti semua pihak terutama islam yakni rumah aku.

ini pulak jiran cina aku yang fasih sebut ALLAH dan LAILAHAILLALLAH. ye jangan tak percaya. tak berbelit pon lidah kalau berborak dengan mak aku. tak pulak berunsur penindasan atau perlekehan terhadap islam.

satu jela aku nak cakap. mentaliti kite si melayu kena la berpada. kau nak pikir benda buruk mmg la buruk je padahnya. siapa yang bakar gereja tu? siapa? sudahlah.

aku bukan nak pertahankan sape2 sebab aku ilmu agama pon tak cukup sgt nak cakap. tapi yang penting pemikiran dan kewarasan. biarlah mereka yang lebih arif. ye aku tahu kite ade hak bersuara tapi kita negara demokrasi. ade prosedur. ini tidak. dah mcm dekat thailand je aku tengok.

p/s : tunjuk perasaan dalam perasaan terkawal. bukankan itu lebih didengar berbanding dengan terpekik-pekik sambil ade percikan darah. peace.

No comments: