Jan 8, 2010

kajian kes: santan basi sebab ape?

puncanya dengan bersaing dengan ida nak bakar kalori sape paling banyak sekali. pergi ke padang luas belakang rumah sambil bertemakan pokok pisang merimbun. wah. apek cina dah potong rumput semalam. mak upah die suruh potong rumput belakang rumah sebab nak dapatkan efek khas padang golf ujar emak. pagi2 lagi ddah eksaited ke belakang dan mengambil penyapu menyapu bersih laman yang luas tu. aku ngn dia dah siap berlumba nak tengok kalori sape terbakar cepat. lawa gila. pagi tadi meriah jugak sebab anak2 dara cik milah (emak aku) keluar menyapu. wah. ramai sang teruna fewwiit! fewwitt! tanda mengusik. dengan selamba berbaju kelawar merah maroon menyapu rumput. aku cakap sama kau kalau makcik2 lalu sure nak buat menantulah. hahhaa. selepas sejam mengumpul, menarik, mengaut, mengangkat dan melonggok semua padang dah bersih.

mak lekas2 pergi amik kelapa yang minggu lepas die cilok kat kampung. (balik sekejap ke kampung semata2 nak minum air kelapa muda-minggu lepas). nampak sangat rumah taman takde buah kelapa muda. pokok pon takde!

mak tunjuk skill mengopek kelapa pakai parang. belom lagi tunjuk pakai gigi. lagilah korang kagum kang. sudah2 je mak cakap "nah, amik ni g parut. nak buat masak lemak ayam" aku ngn ida pergi buat je. dua bijik kelapa sekali nak parut.

sedang aku lena parut2 dengan muka steady dan konfiden habes tiba2 tersasar cemane ntah kepala kat tangan aku. dah berdarah. lekas aku bangun basuh tangan. sumpah taknak parut lagi pakai benda alah tu.

p/s : mujur darah tak masuk kat kelapa parut tu. takut2 jadi zombie lak semua. hahaha

No comments: