Jan 4, 2010

senang je kalau tahu mcm mana nak buat

yeah seperti yang dijanjikan aku nak bagi resepi. yep semalam aku telah buat karipap sardin haha. dengan selamba menguli. oke jom same2 ikot step dia oke.


bahan-bahan inti karipap:
sardin, kentang dadu, garam, serbuk perisa, bawang merah didadu.

step 1: goreng kentang yang didadu tadi. sampai garing dan empuk.

step 2: masukkan bawang merah dadu. goreng sampai naik bau.

step 3: masukkan sardin hancur. masuk sikit je air.

step 4: agak2 dah kering boleh masuk semua perisa dan garam.

step 5: angkat dan sejukkan dan sedia dijadikan inti karipap.

bahan-bahan untuk tepung karipap:
tepung gandum, minyak masak, garam, air.

step 1: masukkan secawan minyak masak dalam kuali. panaskan.

step 2: sediakan bekas berisi tepung gandum tadi. kalau boleh bekas yang agak tebal sebab nak masuk minyak panas tadi.

step 3: bila minyak sudah panas masukkan ke dalam tepung tadi. korang semua boleh lihat sendiri tepung tu masak. mendidih siot. hati-hati taw. PANAS!

step 4: larutkan garam ke dalam secawan air. dan masukkan ke dalam adunan tadi. uli sampi sebati dan mudah dibentuk.

step 5: tadaaa. dah siap uli kemudian pecah2kan kepada bentuk bulat kecik2. senang nak gelek.

step 6: sedia dibentuk menjadi karipap.




ini lah rupa aduan yang dah diuli dengan sebati. pakai tangan je uli. senang ;)



sedia digelek dan dibentuk jadi karipap.



lawa tak? mak aku yang tolong buat tang tepi tuh. hahaha



p/s : teringat buat karipap ngn natt masa sama2 duduk rumah die. ah rindu suasana kuliah pulak ;(

No comments: