Mar 3, 2010

dah sampai waktu aku bersedia

aku dah lepas kena observe dengan en halim. lega gila kot rasenya. kau bayangkan la aku tak tenang nak tido, makan pon ntah kemana (tapi makan jugak). tahan berak pon masuk dua hari dah kot. 

"awak bersedialah next week bila2 masa saya akan datang observe" ujar en halim.

maka dengan itu bermula hari isnin aku kena jadi seorang yang busy. busy stady nak mengajar. buat lesson plan gempak punya (nak markah lebey). buat ABM canggih2, worksheet untuk budak2. hah semua laa. lengkap. so aku bertungkus lumus perah otak nak kasi budak2 seronok mase aku mengajar sekaligus en halim datang buat pemantauan. aih aih

kelas dah tengahari kepala aku pon da panas tambah pulak pakai baju sutera satin pulak. semua berjalan sengan lancar mengikut lesson plan aku. bebudak mula2 buat muka canguk "apehal teacher cakap omputeh tak berenti2. rupanya ade sorang lecturer nak masuk. ambek kau!

tapi takpe, budak2 aku best die sgt sapportive. mmg best, aku ucap thanx kat doang dan bagi cokelat je. ade masa boleh aku bagi bunga api lidi tuh. haha.

oke kat sini aku nak bagi tips kepada kengkawan yang belum di observe. ini berdasarkan aku punya ulasan la en halim cakap kat aku

"awak ni eza suara memang lantang gile sampai ke belakang sekaligus class is under control"

"explaination tadi memang bagus, students paham sebab awak guna ayat yang simple sahaja"

"awak exposed benda susah dulu dan kemudian benda mudah, MENARIK!"

"set induksi bermula dengan pemberian soalan untuk dijawab"

"muka ceria je masa mengajar walaupun kat lua dah panas gila, tahniah"
so aku puas gila laa lepas tu. en halim cakap aku kena hati2 sikit bila tulis kat whiteboard kadang2 ade salah kita tak perasan. budak main ikot je. 

syukur alhamdulillah. tggu untuk 2nd observation pulak.


p/s: aku bukan sengaja buat-buat perkataan gila tu sebab en halim pon cakap die dah guna ayat remaja sekarang. terimakasih en halim.

2 comments:

EmY yuE said...

ko memang best la darling 'p congrates!

EmY yuE said...

ko memang best la darling 'p congrates!