Jul 18, 2010

SEHARIAN BERMALAM ( Tak baik)

 betapa buruk muka aku makan aiskerim. ni yang capat sampai. aku rembat dulu ;p

kontrol cun weh. mana tau masuk paper kosmo ke. bagi ulasan pasal bandar melaka yang style neh.(perasan)



 PERMULAAN CERITA NENEK KEBAYAN

woh malam tadi memang happening gila weh. semalam aku tiba rumah nana dah pukul 6 lepak2 makan donut pon dah kenyang. kami ke jonjer untuk window shopping. ya window shopping sahaja memandangkan gaji masing masing tak masuk lagi. aku tengok baju. gila lawa. aku rasa shopping sini pon cun jugak daripada nak masuk mall. baju macam cilaka je suma. sini semua rare. selipar pon kalau pandai pilih boleh jadi lawa nak mampus. so aku, nana dan mata tanam hasrat akan shopping di kota jonker ni . haha tunggu gaji la.


aku pon pelik gila sebab masa berjalan2 tengok barang asik terpeluk orang, tersentuh sana sini. banyak gilaorang. crowded nak mapus sampai kau nak jalan pon hanya nampak oranh sahaja. ya orang sahaja. kedai2 pon dah tak nakpak dah. tiga2 gadis ni hanyut dalam lautan orang ayng kebanyakannya cina dan foreigner.


nana, mata dan aku lah tuu.

 masing-masing muka dah berminyak.nasib baik henpon nana cantik! haha


PERTENGAHAN CERITA GADIS KEBAYAN

eh jap. korang tau tak jonker ni ape? oke meh aku cerita sikit eh

JONKER STREET, melaka adalah sebuat tempat seperti CHINATOWN yang menjual pelbagai barang2 yang unik, antik dan kelasik seperti baju, kasut, dan macam2 lagi. style gila weh. boleh tawar2. dah kata chinatown so anda akan dikelilingi oleh kaum cina dan orang putih.

aku nak eksplen banyak pon tak reti. korang nanti datang melaka jemputla ke sini. mmang best. ala dekat bandar hilir tu je. berhampiran dengan jam besar ala2 paris tu. hehehe


sambung balik cerita aku tadi, tiba2 si fik call. die ada dekat melaka. kami ajak die join sekali and dalam pada masa yang sama kami meredah selautan orang dan rumpa rupanya ada konsert! konsert! gila. bukan konsert bangfes ke ape, tapi konset artis cina le.aku tak kenal.tapi mmg ramai gila orang and kami dah tersilap masuk kawasan. kena laa mengharungi sehingga aku terserempak dengan si faim. wahaha. membe facebook. tak penah jumpa pon. tak boleh blah betul keadaan macam tu. terhimpit2 dan aku terkontrol ayu pulak sebab segerombolan geng2 lalaki melayu kebetulan datang dari arah bertentangan. aku, nana, dan mata buat selamba ja.

TAMAT TARIKH LUPUT

hah! hah! ape jadi? aku kelur jugak dari kawasan konsert tu.kami jumpa fik and dia belanja minum dekat quayside. thanks fik sebab belanja anak dara tiga orang ni makan aiskrim fruitarre baru tu. kahkah.


p/s: anyway malam yang hangat ;) jangan terpedaya dengan tajuk entry aku. merapu dan kadang2 sedikit lucah

No comments: