Jul 16, 2010

seharian saya di rumah

ape cerita terbaru kau?


bila jumpa orang semua tanya benda yang sama. penat nak jawab. oke la nak sangat tau kan aku sekrang buat ape.

pertama sekali aku nak cakap aku dah abes dah stady aku and now tengah tunggu konvo. aku tak tau la aku lepas neh posting mane. tak berani nak cakap dulu. yang penting aku pilih dekat2 je. teruk tak. tapi aku dah tanam dalam otak aku ni iaitu andai ditakdirkan aku ke seberang laut aku redha je. muda lagi ape nak takut. ceh ceh ceh. mak aku la cakap macam tu. so aku pon macam dah kene racun fikiran. betul jugak cakap mak tu. tak kisah la mane2.

dalam sedang aku menunggu saat untuk konvo dan kemudiannya dipostingkan aku telah menjadi pegawai banci. ya pegawai banci. kawan kawan aku semua macam tak caya muka aku jadi pembanci. tau kenapa? muka sengal ni nak ketuk pintu rumah orang. anyway sambutan sangat memberansangkan. setakat ni takde lagi ke ketuk pintu rumah orang tutup balik. semua siap ajak masuk minum2 and aku pulak kena banci nak buat menantu lak lepastu.

pada masa yang sama aku jugak fulltime ade dekat rumah sebab banci pon bukan hari2. ikot suka hati aku nak buat bila. so aku dekat rumah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak yang rajin iaitu menjadi babysitter kelolaan emak aku. so ariysa aku kena jaga, baru 7 bulan. comel gilaa macam dalam gambar entry2 lepas aku.

babies make my life happy and fun! wah dah macam emak2 orang pulak punya cakap. tapi betul ape. jaga baby seronok tau. dan yang paling penting automatically kita akan happy je ;)




p/s: sunyi gila rumah sebab dua gorgeous adik perempuan aku takde ;( yang ade hanyalah sang lelaki (adik) ps! ps! ps!

No comments: