Jul 21, 2010

sesuatu hari aku...

harini aku kerj apetang. lepas asar terus je memecut kereta. semangat gila. aku taget sesape yang takde rumah tu aku bagi surat je. pandai2 la isi sendiri atau nak isi online. aku dah fed up nak layan orang yang banyak songeh.

kau bayang la keadaan macamni:

" i nak tengok tag you. i takut sebab orang mintak maklumat nanti dia pecah rumah i"

" kenapa mesti tanya income i?"

" aiya, lu kasi tipu la income i"

aku rasa nak ludah je la. tak paham2 ke. aku pon ada polisi aku beb. tu semua privacy. dah kata borang tu private and confidential dan ade cop kerajaan pulak tu! takkan la aku nak pergi tayang2 dekat penyamun yang nak samun rumah kau tu. macamni punya orang pon ade kan.

tapi sekejap je aku hot sebab aku pon taknak buat muka tua macam dia. dah la ajing dia gesel2 bulu dekat kaki aku. meremang bulu roma aku woo. tak sedar kau dah melanggar sensitiviti. sabar jelaa.

ade pakcik tu siap bagi aku sebotol air mineral lagi suruh aku minom. aku terus senyum kambing dan nak je tersasul mulut aku tanya "pakcik ade anak lelaki sebaya saya tak? ingat nak ajak borak " hahahahah.

eh caye ke aku nak buat macam tu? dengan kawan2 boleh kot. tapi masa kerja jangan buat pasal. kelak aku kan di gam. haha


balik pon tadi dah magrib and mak aku suruh buat beger keju untuk dia. ayah pon sama nak makan. aku dengan happy buatkan untuk mereka. lazat!





p/s : malam ni mesti tido awal. ni pon macam dah mengantuk dah

No comments: