Aug 31, 2010

merdeka

malam tadi keluar dengan nadia kamal sambut merdeka. haha sambut la sangat. keluar pon dah pukul 9 malam. bila perempuan jumpa perempuan ofkos la gosip dan luahan perasaan. sekali lagi aku balik pon dah pukul 12.30 talipon mana yang patut. punch card kate nadia. memang betul pon beb. infom je.


so aku takde kesempatan lagi nak upload gambar nih.


Aug 30, 2010

bila hal kecik sengaja dibesarkan segalanya akan musnah

aku memang tak perlukan perhatian yang teliti. bukan macam perempuan lain yang inginkan sentiasa ditanya kemana. aku tak kisah pon. as long as aku tahu dengan siapa aku berkawan. terlalu caring pon akan buat seseorang serabut sehingga masa bersama kawan diganggu. cuba faham aku. ramai kawan , kawan lelaki. so aku memang jenis keluar dengan lelaki lepak sana sini. tapi aku tahu siapa aku sayang. cukup sekadar aku tak menipu sebab aku keluar pon ramai2 bukan berduaan. kalau berduaan pon bukan aku buat denda tak senonoh.sekadar nak pinjam telinga dengar masalah kawankawan. thats all.



p/s : lain kali jangan tambah serabut sebab bila aku dengan kawan2 sure henpon aku letak tepi. sorry.

Aug 25, 2010

raya beb

kita mulakan hari rabu dengan gembira. hati pon gembira tengok si gemok arysa datang rumah pagi2. alahai makin lama makin comel dan tembam. sempat main2 kejap je sebab aku kena gerak kerja.


ini dah pukul 10 pagi masih lagi aku sensorang dalam opis nih. entah manela pegi. aku ingat kalau mcmni, taukeh besi pon boleh tutup kedai. hahaha. tapi best jugak. gaji aku jalan. kerja takde.



semalam aku dah hantar banci. lega gila babi. fuuhh.




p/s : harini dah 15 puasa. so lagu raya dah boleh dengar

Aug 20, 2010

happy harini, kalau esok?

oh harini dah hari jumaat. sorang-sorang jugak dekat ofis. harini jugak aku tak sabar nak balik berbuka. ada tetamu special harini. yeah welcoming RAJA NUR SHAHIRA ke melaka. hahaha. tak sabar betul la. nak jumpa. dia mintak aku tolong ajar kalkulus. fuhh kena study balik la nii.tapi yang best adalah dapat berkenalan dengan si gila ni. selalu main kontek2 talipon je. hahahaha.


dan esok mula la hari eksaited bagi geng2 kam. tak ramai pon. tiga orang. aku mata n nana. so nana ada kelas sampai pukul satu. then amik farid dekat seremban dan terus ke bukit jalil. wah seronoknye. hahhaha. bukan senang nak gathering tau. masam memang tak de. kalau ada mesti ada yang tak jadi. so esok mintak2 la jadi. huhu.


p/s: happy nye saya harini ;)

Aug 19, 2010

kedua

dah dua hari kerja. siap boleh online. tak la busy sangat pon. hehe.

Aug 18, 2010

risau jugak

wink wink wink. tengah kerja boleh online hahaha. kerja arini hanya briefing je. semoga selamat semuanya ;)




p/s : mahu perlindungan insurans?

Aug 17, 2010

satisfy people

aku memang tak boleh memuaskan hati semua orang. yep. sebab orang tak pernah nak puaskan hati aku. kejam kan.

oh ye ada berita gembira. tadi aku dapat offer job. best jugak. esok dah boleh mula kerja. wish me luck ;)

Aug 15, 2010

miang miang keladi

lama tak update belog kan kan. itu lah ayat standet bila nak mulakan entry ahhahaa. sekarang sudah ahad semalam sabtu emak dah mula pegi tengok2 pasu bunga dan pokok bunga. beli cat jugak nek mengecat. aku layankan. ayah semalam dah mula jak pergi tengok baden baden bundle. dia ada sangkut dekat kasut ni. lawa aku suka tapi takde saiz kecik.kesian dekat ayah.

serabai tak semalam? hahahaha. sambil tunggu ayah drive thru basuh kereta.

lambat sangat tunggu turn. aku capture je. kesian bangla tuh hahaha.




p/s : balik pon dah penat terus keboom. terbongkang terkangkang. letih siot walaupon tak kemana sangat pon

Aug 10, 2010

persiapan puasa

bila semua nak rasa sakit. tula tuhan baru bagi dugaan sikit dah mengeluh banyak. come on lah eza. sakit ape? sakit perut maakkk.


terlampau banyak masa luang pon tak bagus jugak. sebab bila kita terlampau free kita akan merasakan diri kita diabaikan. sebab orang lain busy. betul tak? cuba kita busy kan diri kita sampai orang lain akan anggap kita abaikan dia juga. benda yang sama. so eza kau tak yah la nak bising-bising lagi.





p/s : ape yang kurang?

Aug 9, 2010

sepatu gladiator idaman hati

 

dah lama kita cari baru.

 







agak-agak masa konvo boleh tak pakai heel ni?








p/s : baru berangan nak beli. tolong sape2 belikan. hehe

the one i really proud.

pernah rasa ade best girlfriend tak? jeng jeng jeng..

dalam dunia ni aku mmg rasa bersyukur pada ALLAH sebab memang kurniakan aku kawan-kawan yang sangat penyayang. tu yang paling aku nak bangga sekali. oke, my best gila girlfriend is nana. lama gila kawan. tak penah sikit pon kami lupa antara satu sama lain. since form 4 aku pindah masuk sekolah baru. takde kawan and she's one of my first friend dekat sekolah baru tuu.

ape aku bangga lagi pasal die?

she's the one who understand me sebab kitaorang memang jenis tak ramai kawan. pergi tuisyen sama, balik tuisyen sama averything sama. bila ada beli baju baru mesti aku adore nak baju macam dia even aku chubby sikit. hahahah!

nana terer gila fizik masa dekat sekolah. jeles tau sebab die mesti dapat kira momentum la, speed la. semua pasal fizik bagi dekat dia. aku setakat boleh kira molekul dan atom2 je. best mmg best zaman sekolah.

masuk matrix pon sama2. hehe. tempat tido je tak sama. belok sebelah tapi mesti hari2 jumpa sebab kuliah sama. makan pon sama-sama. aku selalu pinjam beg and sweater die. (muka tak malu) .bila weekend kami adalah orang yang sentiasa fly even bukan hari outing untuk perempuan. yeah! sorok2 dengan pakgad tunduk dalam kereta. nak balik rumah. makan sedap2. selalu tumpang nana balik jugak. hee.

bila bulan puasa masa matrix mmg best. makan berbuka mesti sama-sama. nana selalu bawak balik lauk. kita share2 makan. kalau tak puasa aku selalu rompak dekat bilik die. nana banyak koko krunch dan susu.

setahun dekat matrix pon habis. nana pergu ukm, aku pergi upsi. bagi aku dekat gila je. dua minggu sekali pon boleh jumpa. selalu la muka tak malu ni tido atas katil dekat ukm tuh. yang penting luangkan masa bershopping dan jalan jalan. everything we share. ketawa, nangis, kesesakan duit, dan macam-macam la lagi. empat tahun beb. semua benda yang sama. empat tahun mcam sekejap je.

nana buat master, tu tambah aku lagi bangga. aku jelous teramat weh. sumpah tak tipu punya. tapi mmg bangga gila la weh. dah master aku tak penah dia lupa. tak pernah abaikan aku. tak pernah nak sombong dan bangga diri, i love the way she is. sangat menyenangkan (ni bukan puji2  tau. serius ni) hahaha.

and now, she's starting her life with new environment. yes. membina kerjaya. and i hove everything goes well. semoga kita sama-sama berjaya. amin.




p/s : really can't wait for my turn. tik tok tik tok tok! 

Kau ade ke kawan mcam ni?

Aug 8, 2010

nak ke tak nak nak!

wahh ape ni? sengih sengih.


takde ape ape. saje je ;p


cakap laaa hey


nope! sorry ;)





nanti kita cerita eh.ehh!






p/s : tak sedia nak kena ikat ;)

selamat puasa

hai hai. lama tak jumpa. lama tak tanya khabar. sehat tak sehat? oke ni mengarutt.






anyway aku just nak cakap selamat menyambut puasa. semoga bulan puasa memberi kita lebih keberkatan dan kebahgiaan. oppss. bahgia ke? ehem ehem








p/s : kurma ade badam