Oct 31, 2010

semalam yang hangat cont

ok aku lepak old town dengan nana dan mata. lega dapat duduk. muka selekeh, rambut pon dah basah. baju jangan cakap laa. boleh nampak semua dah. cerita pasal lama tak jumpa. hujan pon tak berhenti. junsu, ida, dan ayip pon ade sekali duduk semeja. aku dah tak tahan sejuk. nak terkencing pon ade.

tiba-tiba,,ha ape ape? kau pikir la. aku taknak cerita benda ni. so kami tunggu ujan berhenti then pergi jonker. jalan kaki. yeay. aku rasa enjoy sangat jalan ramai2. memang best woo. aku nana dan mate dah jalan dulu ke depan. geng2 junsu dekat belakang masih tangkap tangkap gambar lagi. aku pon dah macam lemau gila semalam. balik terus rasa nak slesema. seram sejuk.


p/s: tiba-tiba aku rindu dekat ijad. hahaha. rindu weh.malam tadi dah la mimpi kau. bongek betulll!

semalam yang hangat

hai selamat pagi. aku pagi ji lemau lagi. semalam bagai nak rak pegi buat photoshoot. ok aku nak terus mula cerita pasal semalam.



pukul 11 tepat aku dah dekat rumah junsu, then terus gerak ke dataran pahlawan. dak junsu muka air liur basi lagi. punye lah semangat. keadaan pon masih terkawal lagi. dah jalan-jalan semua perut dah lapar. so hentam je mekdi lunch meal. dak junsu cakap nak pergi rumah berhantu petang sikit. baru feel. tengahari kita naik bukit st paul dulu. perut dah penuh daki bukit st paul. babi betul. semua tak guna. harap badan je kecik tapi naik bukit pon tak larat.

oh ye sebelum tu kami just lepak lepak dekat padang, tengok budak town punya karenah. macam sial pon ade. sakit mata kadang kadang. rambut jilat lembu, rambut berkarat, mat kaus, mat pit, mat gam semua ada. sumpah aku duduk memgumpat dan gelakkan budak budak lalu lalang tu je. bak kata junsu "inilah generasi bakal kau tempuh dekat sekolah nanti" aku jawab balik "nasib baik dekat sekolah semua pakai uniform, tak laa teruk nau"


daki punya daki dah sampai klimaks. opps puncak. dak junsu mainkan peranan dia. entah macamana la dia suruh aku dengan ida buat. aku nak terajang je dia bila dia snap aku tak kaver perut aku. mcam cilaka. hahaha, puas lah hati jugak sebab aku pakai dress, nampak spender tu biase lahh. lepast shoot atas bukit aku kena naik tangga kat atas sekali tu. bodh junsu paksa aku buat. aku takut orang bawah nampak spender aku. aku puas kepit kepit kasi kover. nampakk jugakk.

dah turun bukit, kami terjah playground. lagi sengal. kena panjat yang besi palang palang tu sampai atas. dak junsu memang saja je. nasib baik aku pakai skirt, dak idaa die suruh tonggeng ke bawah kaki ke atas. hampeh. tapi memang cantik laa pose semua. nampak luar biase.


lepastu pegi jadi tarzan dekat satu pokok puaka ni. punyela besar. aku disuruh duduk dekat batang akar tu. aduh. nasib baik tak miang.


tunggu dak adee pon dah tiba, pukul5 kot gerak sana, rumah hantu tu. jalan kaki dari banda hilir ke sana. dah macam pelancong siot. dengan kamera. aku pulak dengan spek belalang. terbaik. horror memang horror kawasan tu. masuk baca bismillah dulu. langkah baik baik. cantik gila. kedai buruk je. pose dan pose. dah malam gelap kena la balik weh. dak ayip pon join sekali. ayip demam. haha


langkah je keluar terus ujan lebat. kami nekad redah je. basah kuyup. nana pon dah call die dah sampai dataran pahlawan. semua kusut masai berlari2 anak. jauh gila. tapi puas dengan basah hujan semua, aku sampai terus lepak old town. haaa lepastuuuuu..banyak benda nak cerita. mak aku dah suruh lipat baju..nanti kang aku sambung..daaa

Oct 28, 2010

geng penyamun punya motif

tadi terbaca dekat status boy pasal cinta yang tak dihargai. hmm aku tak pandai nak komen lebih sebab ilmu cinta pon tak penuh di dada sangat. so apa yang aku boleh cakap, alangkah sedih jika tak dihargai. tak kisah la dari segi cinta atau sebaliknya.



menghargai dan dihargai adalah satu yang sangat subjektif. bukan cukup dengan tingkah laku dan percakapan tapi mesti lah telus dan tulus ikhlas dari hati. orang tua cakap "baru laa makan dalam"

so hargailah sesuatu yang kita sayang, hargailah cinta yang datang. hargailah masa lapang bersama. hargailah segalanya. sebab kalau dah hilang dan tiada dipandangan, memori itulah yang akan kita paling paling hargai dan kita ingati. sebab itu yang paling indah pernah kita ada. jangan kita pernah mengeluh dalam apa jua cara kerana kita hanya menerima ujian yang mendatang dari tuhan dengan hati yang sangat terbuka.



segalanya mungkin akan berlaku dan sesuatu yang berlalu mesti ada alasan, ada hikmah. cuma kita tak perasan. so aku nak tegaskan. hargailah sesuatu perhubungan kerana kita akan merinduinya suatu masa nanti.


kalau pasal cintaa, aku hanya boleh cakap banyakkan bersabar. jangan patah semangat boy. kerana cinta adalah comel, kita tak boleh ubah jadi cantik. dia ada tempatnya sendiri. dalam hati.






so dengan rasminya aku nak letak tema geng penyamun "KERANA KITA ADALAH CINTA"



p/s : dengan nama ALLAH, indah sungguh :)

Oct 27, 2010

makan roti tisu

ape nak cerita malam ni? ok ok aku dah memang takde cerita nak cerita. so ape kata kita cerita benda bodoh. ok tak ok tak?

aku baru balik makan dengan nadia kamal. macam biasa lepak borak hal kerja, hal kawan kawan. so malam tadi aku dah jumpa sorang kawan lama. ok lama tak jumpa. dia cakap aku dah gemok. aku tak kisah pon. im happy what. badan pon naik laa. tapi aku memang pelik apasal dia cari aku sekarang. aku tanya dia cakap baru putus dengan awek. adakah? ok aku buat andaian baik baik je. haha.





p/s: im not acting cool malam tadi. seriously. wenggg

Oct 25, 2010

satu per empat rakyat malaysia

okay sekarang aku tengah dekat opis. baru je balik buat clain dekat hospital putra. terhegeh hegeh jumpa doktor zu, dr zaki dan doktoer faizal. lepastu nak deposit chek pulak dekat maybank/ aku pegi yang dekat jalan munshi. hati aku tak sedap sebab aku rasa nak pegi dekat maybank air keroh tapi tapi. aku pegi jugak kat jalan munshi. dah dekat.

aku selamba masuk parking nak reverse sikit ejas keta. gedebuk. cilaka gua dah tergesel kereta belakang. aku gabra laahh. depan depan bank lak tu. memang baik punya parking. semua tengok. aku kaget sekejap. aku keluar buat buat kalut. padahal bukan banyak pon melecet. aku tunggu jugak sape owner kete sebab maybe nak kene bayar. then ade pakcik tu datang and ade brother tu semua cakap takde hal ni dik. aku blah je.. aku cakap takpe ke aku blah. ok. aku nekad aku blah je laa. sebab pakcik ketayap tu yang suruh. tapi bila pikir balik bukan teruk sangat pon kot. orang tu mesti tak perasan. so dengan selamba aku pegi ayer keroh settlekan check tu. malang betul nasib harini beb. tapi ape nak buat. dah nak jadi.


so aku bajet lepasni ade mafia akan cari and pukul aku sebab langgar lagi. tu pon kalau saksi kejadian tu semua cakap no plet kete aku. majal siot. hahahaha




oh ye. malam tadi best pegi umah yuyu. emak yuyu buat sate sebab besday mama yuyu. datang datang aku dah peluk ciom makcik. haha. seronoknya kan. so aku lepak2. black pon ade. eh mesti la ade kan. nak tunggu ijad pon lambat sangat then kami keluar lepak minom mamak. tengok bola. tu diaaa ijad kesayangan ku dah datang. hati bunga2 sebab lama gila kot tak jumpa sejak ke bandung. aku tak kisah pon la takde ape ape souvenir po. tak de hal. sebab aku tau kau memang sengal. cerita cerita pasal bandung, tengok gambar semua. wahh. jeles jugak. nanti aku nak pegi berdua je dengan yuyu. shopping :)




tu la kan orang cakap, kalau kita asik happy je mesti ade perkara sedih berlaku. begitu juga sebaliknya. malam tadi happy. ni tengah sedih sikit sebab aku cuai bawak kete. ape kau berangan ni eza??


sekrang dah pukul3.30. petang. tak sabar nak tunggu balik. nak main dengan arysa gemok dulu. hehe



p/s : jangan paksa-paksa lah

Oct 23, 2010

ayah

sempena birthday ayah, aku nak tulis sikit pasal ayah. ROSLAN SHARIFF.

aku sangat bersyukur dikurniakan seorang ayah yang baik hati, penyayang. eh eh jap. aku tak boleh nak cakap macamni sebab tak COOL. ok kita mula lagi sekali.


uncle roslan hebat, uncle roslan kerja keras untuk bagi anak anak dan isteri dia makan. sampai semua anak anak dia sehat sehat belaka. takde sorang pon yang kurus melidi. ini semua anak uncle roslan. wife dia pon chubby. ayah kerja siang malam sebab nak dapatkan duit nak sara kami. nak kami mewah. ada handphone, pakai baju cantik, dan jugak sebab nak bayar bil internet supaya kami dapat berkomunikasi dengan kawan kawan. so sweet tak.

aku memang paling rapat dengan ayah aku sebab aku manja kot. aku nak sulung, so semua benda aku nak share. kalau pergi jauh jauh aku mesti menangis. memang menangis aje. aku tak tipu. aku tak kisah la nak gelak ke ape. aku memang macam ni. bila duduk jauh jauh aku selalu mesej ayah. ayah selalu nasihat aku. and aku tak penah lupa mintak duit. sebab aku ni boros. eh bukan boros sangat pon. tapi kadang kadang masa belajar dah hujung sem mesti tak cukup.

teringat masa praktikal dulu. dah la jauh kat teluk intan. ayah lagi kereta bawak sana. aku rasa bersyukur gila. masa tu aku macam nak menangis pon ade. mane taknye, ayah hantar aku sane dengan mak. then doang balik naik bas ke melaka. kesian lak aku nak suruh dia drive pegi balik. penat.



ayah aku memang cool bila isap rokok. dia cakap die kurus sikit bila isap rokok. dulu penah dia berhenti isap rokok. and dia tension sampai dapat diabetis. then dia decide semula nak hisap. aku setuju. and syukur alhamdulillah ayah dah bebas dari kencing manis. so aku memang faham gila kalau lelaki cakap rokok akan release tension. tapi jangan hisap banyak banyak laa.


ayah jugak sangat memahami semua naluri remaja anak-anaknya. dia faham apa yang anak anak dia mahu ketika remaja. sebab dia pernah cakap, "ayah pon penah rasa zaman muda muda dulu" tiada sebarang sekatan kalau nak berkawan dan berboifrien. asalkan tahu jaga diri dan maruah keluarga sebab segala ajaran dan didikan agama dia dah bagi. so terpulang la kita nak guna kebebasan itu, ok ni ada contoh aku nak bagi korang ye.

situasi pertama:
seorang bapa yang sangat garang dan tak bagi langsung anak dia bersosial seperti keluar dengan kawan, denga boifiren dan semuannya. disebabkan anak dia nak keluar dengan kawan kawan atau bofrien, dia terpaksa tipu ayah dia cakap die nak pergi library or sekolah. kau bayangkan apa akan jadi kalau sesuatu terjadi kat budak tu and parents die just tahu die pergi sekolah je.

situasi kedua:
seorang ayah yang faham, kemana anaknya nak pergi, dengan siapa tanpa memikirkan negatif sebab kebanyakan parents masih lagi berfikiran negatif contohnya kalau anak keluar dengan kawan, mesti buat benda tak elook, buat maksiat. oh no. bukan. aku berani cakap sebab ayah aku percaya dan kalau aku takde transpot nak jumpa kawan pon die boloeh tolong hantar. takde masalah. as long as jangan menipu dia. itu bahaya,


so dapatkah anda buat perbandingan?


balik semula pada cerita uncle roslan, hahaha. ayah memang alim. aku salute dengan ilmu agama dia. ayah pandai. selalu baca buku and pergi kelas kelas agama. and i know he's the best for my mum. ayah tak penah nak riak dengan ilmu yang dia ada. dia sampaikan dengan telus dan mulus and sampai harini aku guna pakai segala ilmu yang dia bagi. so kita sebagai anak kena hormat dan patut kepada ayah. tanpa dia siapa lah kita weh.



tiba tiba lost. takde mood. jom lah tengok gambar


ini gambar masa 2009

ini gambar terbaru raya 2010
haa ini 2008 punya.





p/s: nak makan cekodok. laparr

harini dalam sejarah

melaka harini hujan woo. lebat. sedap gila aku tido. tadi tengahari semua makhluk yang di BANDUNG online. masing masing dah tak sabar sangat nak balik MALAYSIA. kebetulan aku pon tengah online. terhibur hati jugak. balik hati hati ya. semoga selamat sampai sini.



oh ya, harini birthday ayah. takde sambutan yang gempak sangat. just mak masak and kami duduk semeja makan. bukan senang nak makan sama. tu pon bidul and angah takde. so just teruskan. makan dengan penuh keberkatan dan kesederhanaan. alhamdulillah.


teringat pulak aku mesej ayah. pasal birthday. you are great ayah, nurul sayang ayah. you are cool, understanding. thanks ALLAH for giving us man like ayah. ayah siap reply, hopefully we are having happy ending till akhirat. sayu siot ;(




p/s: so kiss me and smile for me

Oct 22, 2010

HURUF BESAR UNTUK JIWA BESAR

AKU RASA NAK TULIS DALAM HURUF BESAR DAN MERAH. AKU RASA MASA BERSAMA AKU MAKIN SUNTUK. SO I HAVE TO GO WHEREVER YANG DAH TERTULIS. BAK KATA IJAD, "ITU REZEKI KAU EZA, REZEKI KAU DAH KAT SITU. KENA TERIMA. PASAL MASA AKAN DATANG KITA TAK TAHU" SO AKU BETUL BETUL PERCAYA. BETUL JUGAK. KENA TINGGALKAN APA YANG MANIS. KENA MAKAN YANG PAHIT DULU DAN MUNGKIN MANIS ITU AKAN MENYUSUL. TAK PERLU TERBURU BURU. OHH EZA, WE LOVE YOU. perasan kejap. SO WE HAVE TO LET GO THINGS TO LET IN SOMETHING. NAMPAK SENANG BUKAN. KALAU BUAT BUKAN MAIN SUSAH LAGI.



SO SEKARANG AKU KENA BERSEDIA WALAU APA TERJADI SEKALI PON. DAN MUNGKIN INI SAAT YANG TAK MUNGKIN AKU LUPA.





p/s: sudah sudah la tu huruf besarrrr

orang ke BANDUNG

harini hari kedua doang takde. aku betul betul rindu dekat ijad. rindu dekat senyum black. dengan yuyu pon aku rindu sebab aku macam sunyi gila bila dia tak online. oh ape rasa nii? eza kau kenape eza. dah gila ke hape. baru dua hari takde kau dah macam ape. ish ish. jangan ikut sangat perasaan tu. nanti merana.

aku rindu sebab pagi pagi tadi aku pergi kerja takde orang mesej mengacau good morning ke hape. aku rasa lain. siot dak ijad tak tinggal ape ape pesan nak pegi. kau memang laa ijad. takde orang nak geli geli kan hati aku. malam malam pon macam boring so habis semua gambar aku tengok balik. eh eh dak eza dah macam orang gila dahh. bukan pergi lama sangat pon. tiga hari je weh. TIGA HARI OK. so aku paham yuyu rasa macamana. hahaha.


oh ye. sebelum terlupa semalam aku teman yuyu pergi beli jumpsuit. comel gila doh. memang worth it dia beli. nasib baik tak beli sepuluh. hahaha. aku tak muat. macam sarung nangka. buat orang pandang terbeliak je kang. so si manis aku dah beli ape dia nak. bukan main happy lagi. seronok dalam rindu. untuk yuyu aku tuju kan. hahaha.


pesanan kepada yang berada di bandung, hati hati dengan perempuan sana. HAHAHAHHA.



p/s: rileks sudahhh

bila jauh kita sentap sikit

Ijad dengan black semalam dah pergi bandung. sehari sebelum tu kebetulan semua cuti. melaka maju 2010. so kami spent time sama sama, lepak chill, berborak, tengok movie and tengok black main futsal. seronok gila. balik rumah pon dah pagi. so letih teramat pagi tu. bangun bangun je terus online, wahh semua bangun awal arini sebab nak packing. rindu gila woh. baru sehari tak jumpa. so aku dan yuyu keluar pergi beli kain dan baju. saja jalan jalan. memang terasa gila la. aku cakap kat yuyu kena tahan sikit. so maybe ahad boleh la jumpa. ape boleh buat. dah dekat sane semua lost. nak call tak boleh. nak mesej pon lagi tak boleh. huhu. ijad aku rindu kat kau. auh auhhh. black pon same. aku dengan yuyu duduk je rumah tak buat ape ape. kita tunggu kau orang balik.




p/s: jauh pulak rasa. padahal bukan ape sangat pon. tapi dah terbiasa. we will miss you!

Oct 18, 2010

kisah kawan kawan

aku dah memang malas nak menulis. asik busy je memanjang. aku penat kadang kadang. bukan penat ape. aku balik just melayan facebook. kat tempat kerja pon aku main facebook. memang saje nak hilangkan bosan aku ni. aku tak tau lagi mana tempat nak mengadu. tapi sejak akhir akhir ini aku dah macam kelawar. aku bukan nak ape. nak perhatian. kita kongsi, dengar cerita, chill, makan asap rokok sikit sikit tu dah memadai. aku seronok dan aku bersyukur dikurniakan kawan kawan. last week boy dah balik sarawak. so kami dah tinggal berempat. aku nak story sikit lah pasal diaorang ni.





BOY:
boy macam abang aku sendiri. walaupun aku baru kenal dia. tapi die baik dan sikap garang dia aku suka. baru lah anak2 penyamun ni semua takut sikit. kalau berjalan tu mesti dia yang lead. dia lah ketua. dia lah ayah kitaorang. aku respek gila kat boy. tapi boy dah balik. dah takde lagi dah orang nak marah2 aku pusing2 kepala dalam kereta. boy tak suka sebab rambut aku mesti kena muka dia. maklom la duduk belakang tiga orang. aku bontot paling besar duduk tengah. ijad belah kanan, boy belah kiri aku. aku rindu kau boy. cepat la balikk.. nati kita boleh lepak sama sama and jalan jalan sementara aku masih ade dekat sini.


BLACK:
black memang baik. selalu layan aku dengan yuyu. nak kemana mesti dia bawak. die memang gentle, yuyu cakap kat aku. haha. aku selalu kacau die. tapi black ni main futsal terer. asik skor je. and team bertam ulu die mesti selalu menang. aku selalu pegi tengok sebab memang kebtulan adik aku selalu lawan dengan team dia. aku denga yuyu penyokong padu! sentiasa sokong walaupon dengan senyuman dan kata kata semangat. yang paling bagi semangat dekat black adalah yuyu. disiti kita nampak permainan dia. hahaha. lagi satu black selalu belanja sebab die selalu menang tournament. aku memang muka tak malu ponn.


IJAD:
ijad ijad. kawan aku paling rapat masa kat sekolah. tak sangka baru baru ni aku jumpa dia. kami rapat. dah banyak kami kongsi, masalah, makan, minum semuanya. ijad suka buat lawak. aku rasa kalau dia takde aku bosan. kalau dia takde aku takde mood. semua orang akan rasa sunyi. ijad jugak selalu pinjamkan bahu dia kat aku. aku selalu tumpang tidur kat dia dan dia pon sama. terlentok2 tido. aku tak kisah pon. ada duit lebih dia belanja. tu aku suka. sebab dalam banyak2 aku je yang tak keje lagi. so macam dimanjakan laa. so ijad, you always make us smile and happy ;)

YUYU:
aku pon baru jumpa yuyu. tak sangka boleh melekat rapat. aku tak tau ape hantu dah rasuk aku ni asik nak bersama yuyu je. mana pegi mesti nak ada yuyu. die pon same. aduii. aku sayang gila kat kawan aku sorang nihh. dah la manja, so aku pulak acting cool. kita macam bodyguard dia. dah la kuat shopping. aku pon suka tengok. sebab aku suka tengok orang happy. aku just nak make sure dia happy ape dia buat. tu aje. so selagi aku ada dekat melaka aku akan cuba nak luangkan masa dengan dia selalu. sebab kalau lepasni aku pergi jauh jauh atku tak dapat lagi keluar dengan dia. share masalah dengan dia. makan dengan dia. tu yang paling aku rindukan. sama jugak macam yang lain lain. mesti aku tambah rindu dekat ijad jugak. ok ok. emo dah aku.



p/s : caught in a middle of life. i dont know where to go and i love them.

Oct 17, 2010

kuat semangat

kena kuat semangat. jangan patah semangat.


"ini peluang kau, ini rezeki kau. kau kena terima."



thanks for support. i dont think this is the beginning but im really sure that is something. hehehe.

Oct 16, 2010

outdoor photoshoot GRADUASI dengan family














penat tapi puas.

hari GRADUASI

aku konvo sesi petang. so pagi pon boleh gerak. ayah gerak pegi sepang dulu then baru ke tanjung malim. nak cerita mood aku pon macam suam-suam kuku. aku tak tahu kenapa la. tapi entah. ok dah jangan cerita lagi. so sampai sana aku terus daftar. jumpa balik kawan kawan lama. dah jom tengok gambar je.

woo woo saje buat muncung nampak seksi

hai hai nak kenal boleh?

sentiasa disisi walaupon tak canggih mana pon

dah sampaii

thanks idaa..

bungaa! nak bunga dari geng penyamun semua

kawan kawan upsi

nak masuk hall

mekap dulu ehh

beratur panjangg


kesimpulannya. penat jugak lahh.

sehari sebelum hari GRADUASI

balik je kerja dah kena terkejar-kejar amik baju. tempah pon tak siap. apakan daya. nasib baik sempat jugak siap. so sampai je rumah aku mandi and keluar. bajet nak cari getah rambut dan penyepit. bukan main sampai jusco. aku dengan ida dah sampai jusco siap boleh patah balik. amik nadia kamal. aku rasa tak lengkap hidup aku takde die. haha. dah biasa ada orang teman. bukan main eksaited lagi.


cantik kan kan?

bawak kereta pon nak happy semacam

i love you and you love me

eza roslan senget

sayang gila dekat max

tempat bermanja

awak suka tak tengok orang comel macamni?

everything ape ape lahh..

so kesimpulannya aku pegi jusco semata mata nak cari getah rambut yang hanya berharga dua ringgit. tapi saya suka. hehe. lantak lah.

Oct 12, 2010

dah jatuh cinta lagi

hehehe esok aku update belog eh. tunggu.

Oct 11, 2010

hari graduasi bakal tiba

aku dah nak konvo jumaat ni. whoa mcam tak percaya je. baju konvo pon belum nak fitting lagi. busy je. kesian jubah aku tu tak terusik. hope everything done according to plan. insyallah. dengan berkat Allah juga.

ape nak cakap lagi

hai hai, dah lama gila kot tak update belog. busy gile. busy ape? hahaha busy berjalan. busy melepak. elok sangat laa tu. lepas maghrib hilang je ntah kemana. mak aku pon dah pelik semacam. bukan ape la. isi masa lapang. kita borak dengan kawan kawan. karaoke. makan. aku rasa sangat happy.

sekarang ni dah macam ikot jadual. tiap minggu wajib tengok movie. wajib karaoke. wajib tengok futsal. hahaha. so ape nak cakap lagi. dah stop stop.









kerja aku pon tak berapa sangat, cuma internet je takde. aku boring kat opis.

Oct 3, 2010

my day ;)

senyum sikit

alamak weh, ini ape aku bawak nii

ok, ijad tinggi

hehe, memang pendek

busy sangat bercakap

kenapa ni?

jalan jalan hehe

hold my hand lah hahhaa

cakk cakk!

woooooo

muka bingai dua ekor

lapar tak?


satu hari ;)

pergi zoo

just nak cerita sedikit pasal perkembangan terbaru. jom tengok gambar lagi


bermula dengan kami beraya sakan.


me and nadia kamal. hehehe


i love jonker walk

new hot celebrities, zoo

okay, hati2 takut kena patuk ular

muka selepas hujan haha

girrafe


ice cream
last weekend kami plan pergi zoo. seronok gila, ijad, boy, yuyu and black semua ada. happy sangat dapat tengok binatang. hahhaa.


picture of the day ;)