Oct 23, 2010

ayah

sempena birthday ayah, aku nak tulis sikit pasal ayah. ROSLAN SHARIFF.

aku sangat bersyukur dikurniakan seorang ayah yang baik hati, penyayang. eh eh jap. aku tak boleh nak cakap macamni sebab tak COOL. ok kita mula lagi sekali.


uncle roslan hebat, uncle roslan kerja keras untuk bagi anak anak dan isteri dia makan. sampai semua anak anak dia sehat sehat belaka. takde sorang pon yang kurus melidi. ini semua anak uncle roslan. wife dia pon chubby. ayah kerja siang malam sebab nak dapatkan duit nak sara kami. nak kami mewah. ada handphone, pakai baju cantik, dan jugak sebab nak bayar bil internet supaya kami dapat berkomunikasi dengan kawan kawan. so sweet tak.

aku memang paling rapat dengan ayah aku sebab aku manja kot. aku nak sulung, so semua benda aku nak share. kalau pergi jauh jauh aku mesti menangis. memang menangis aje. aku tak tipu. aku tak kisah la nak gelak ke ape. aku memang macam ni. bila duduk jauh jauh aku selalu mesej ayah. ayah selalu nasihat aku. and aku tak penah lupa mintak duit. sebab aku ni boros. eh bukan boros sangat pon. tapi kadang kadang masa belajar dah hujung sem mesti tak cukup.

teringat masa praktikal dulu. dah la jauh kat teluk intan. ayah lagi kereta bawak sana. aku rasa bersyukur gila. masa tu aku macam nak menangis pon ade. mane taknye, ayah hantar aku sane dengan mak. then doang balik naik bas ke melaka. kesian lak aku nak suruh dia drive pegi balik. penat.



ayah aku memang cool bila isap rokok. dia cakap die kurus sikit bila isap rokok. dulu penah dia berhenti isap rokok. and dia tension sampai dapat diabetis. then dia decide semula nak hisap. aku setuju. and syukur alhamdulillah ayah dah bebas dari kencing manis. so aku memang faham gila kalau lelaki cakap rokok akan release tension. tapi jangan hisap banyak banyak laa.


ayah jugak sangat memahami semua naluri remaja anak-anaknya. dia faham apa yang anak anak dia mahu ketika remaja. sebab dia pernah cakap, "ayah pon penah rasa zaman muda muda dulu" tiada sebarang sekatan kalau nak berkawan dan berboifrien. asalkan tahu jaga diri dan maruah keluarga sebab segala ajaran dan didikan agama dia dah bagi. so terpulang la kita nak guna kebebasan itu, ok ni ada contoh aku nak bagi korang ye.

situasi pertama:
seorang bapa yang sangat garang dan tak bagi langsung anak dia bersosial seperti keluar dengan kawan, denga boifiren dan semuannya. disebabkan anak dia nak keluar dengan kawan kawan atau bofrien, dia terpaksa tipu ayah dia cakap die nak pergi library or sekolah. kau bayangkan apa akan jadi kalau sesuatu terjadi kat budak tu and parents die just tahu die pergi sekolah je.

situasi kedua:
seorang ayah yang faham, kemana anaknya nak pergi, dengan siapa tanpa memikirkan negatif sebab kebanyakan parents masih lagi berfikiran negatif contohnya kalau anak keluar dengan kawan, mesti buat benda tak elook, buat maksiat. oh no. bukan. aku berani cakap sebab ayah aku percaya dan kalau aku takde transpot nak jumpa kawan pon die boloeh tolong hantar. takde masalah. as long as jangan menipu dia. itu bahaya,


so dapatkah anda buat perbandingan?


balik semula pada cerita uncle roslan, hahaha. ayah memang alim. aku salute dengan ilmu agama dia. ayah pandai. selalu baca buku and pergi kelas kelas agama. and i know he's the best for my mum. ayah tak penah nak riak dengan ilmu yang dia ada. dia sampaikan dengan telus dan mulus and sampai harini aku guna pakai segala ilmu yang dia bagi. so kita sebagai anak kena hormat dan patut kepada ayah. tanpa dia siapa lah kita weh.



tiba tiba lost. takde mood. jom lah tengok gambar


ini gambar masa 2009

ini gambar terbaru raya 2010
haa ini 2008 punya.





p/s: nak makan cekodok. laparr

No comments: