Oct 28, 2010

geng penyamun punya motif

tadi terbaca dekat status boy pasal cinta yang tak dihargai. hmm aku tak pandai nak komen lebih sebab ilmu cinta pon tak penuh di dada sangat. so apa yang aku boleh cakap, alangkah sedih jika tak dihargai. tak kisah la dari segi cinta atau sebaliknya.



menghargai dan dihargai adalah satu yang sangat subjektif. bukan cukup dengan tingkah laku dan percakapan tapi mesti lah telus dan tulus ikhlas dari hati. orang tua cakap "baru laa makan dalam"

so hargailah sesuatu yang kita sayang, hargailah cinta yang datang. hargailah masa lapang bersama. hargailah segalanya. sebab kalau dah hilang dan tiada dipandangan, memori itulah yang akan kita paling paling hargai dan kita ingati. sebab itu yang paling indah pernah kita ada. jangan kita pernah mengeluh dalam apa jua cara kerana kita hanya menerima ujian yang mendatang dari tuhan dengan hati yang sangat terbuka.



segalanya mungkin akan berlaku dan sesuatu yang berlalu mesti ada alasan, ada hikmah. cuma kita tak perasan. so aku nak tegaskan. hargailah sesuatu perhubungan kerana kita akan merinduinya suatu masa nanti.


kalau pasal cintaa, aku hanya boleh cakap banyakkan bersabar. jangan patah semangat boy. kerana cinta adalah comel, kita tak boleh ubah jadi cantik. dia ada tempatnya sendiri. dalam hati.






so dengan rasminya aku nak letak tema geng penyamun "KERANA KITA ADALAH CINTA"



p/s : dengan nama ALLAH, indah sungguh :)

No comments: