Oct 31, 2010

semalam yang hangat

hai selamat pagi. aku pagi ji lemau lagi. semalam bagai nak rak pegi buat photoshoot. ok aku nak terus mula cerita pasal semalam.



pukul 11 tepat aku dah dekat rumah junsu, then terus gerak ke dataran pahlawan. dak junsu muka air liur basi lagi. punye lah semangat. keadaan pon masih terkawal lagi. dah jalan-jalan semua perut dah lapar. so hentam je mekdi lunch meal. dak junsu cakap nak pergi rumah berhantu petang sikit. baru feel. tengahari kita naik bukit st paul dulu. perut dah penuh daki bukit st paul. babi betul. semua tak guna. harap badan je kecik tapi naik bukit pon tak larat.

oh ye sebelum tu kami just lepak lepak dekat padang, tengok budak town punya karenah. macam sial pon ade. sakit mata kadang kadang. rambut jilat lembu, rambut berkarat, mat kaus, mat pit, mat gam semua ada. sumpah aku duduk memgumpat dan gelakkan budak budak lalu lalang tu je. bak kata junsu "inilah generasi bakal kau tempuh dekat sekolah nanti" aku jawab balik "nasib baik dekat sekolah semua pakai uniform, tak laa teruk nau"


daki punya daki dah sampai klimaks. opps puncak. dak junsu mainkan peranan dia. entah macamana la dia suruh aku dengan ida buat. aku nak terajang je dia bila dia snap aku tak kaver perut aku. mcam cilaka. hahaha, puas lah hati jugak sebab aku pakai dress, nampak spender tu biase lahh. lepast shoot atas bukit aku kena naik tangga kat atas sekali tu. bodh junsu paksa aku buat. aku takut orang bawah nampak spender aku. aku puas kepit kepit kasi kover. nampakk jugakk.

dah turun bukit, kami terjah playground. lagi sengal. kena panjat yang besi palang palang tu sampai atas. dak junsu memang saja je. nasib baik aku pakai skirt, dak idaa die suruh tonggeng ke bawah kaki ke atas. hampeh. tapi memang cantik laa pose semua. nampak luar biase.


lepastu pegi jadi tarzan dekat satu pokok puaka ni. punyela besar. aku disuruh duduk dekat batang akar tu. aduh. nasib baik tak miang.


tunggu dak adee pon dah tiba, pukul5 kot gerak sana, rumah hantu tu. jalan kaki dari banda hilir ke sana. dah macam pelancong siot. dengan kamera. aku pulak dengan spek belalang. terbaik. horror memang horror kawasan tu. masuk baca bismillah dulu. langkah baik baik. cantik gila. kedai buruk je. pose dan pose. dah malam gelap kena la balik weh. dak ayip pon join sekali. ayip demam. haha


langkah je keluar terus ujan lebat. kami nekad redah je. basah kuyup. nana pon dah call die dah sampai dataran pahlawan. semua kusut masai berlari2 anak. jauh gila. tapi puas dengan basah hujan semua, aku sampai terus lepak old town. haaa lepastuuuuu..banyak benda nak cerita. mak aku dah suruh lipat baju..nanti kang aku sambung..daaa

No comments: