Nov 30, 2010

bila si dara dapat baju baru.

baju baru siap, hehe



hai. mood aku harini sangat pink, okay sebab dah hujung tahun aku mesti dah nak pikir entry terbaik. so mcam biasa aku akan kumpul cerita awal tahun sehingga hujung tahun. akan dihimpunkan dalam satu entry dan dihiasi gambar gambar indah untuk tahun ini. love :)



p/s: tunggu ye :)

bye november, hye december

hujung hujung tahun,
ini dah hujung bulan sebelas,

haritu aku keluar dengan yuyu, beli baju! comel comel. aku beli dua pasang je. yuyu beli tiga!! tapi memang best. even takde la mahal sangat pon. comel gila.

semakin hari meniti tahun baru. sebut je tahun baru mesti nak azam baru. hahaha. tapi aku takde pon. just perbaiki azam je kot. dan ade satu lagi penambahan azam. heehee. insyallah. kerja pun dah mula. so kena ada target lah. tunggu selepas tiga bulan ye. heehee


im not expecting too much, tapi kita mahu yang lebih baik macam dulu. perubahan demi perubahan berlaku atas diri sendiri dan sekitarnya. alhamdulillah. semoga ALLAH memberkati segala galanya.




p/s : hari akhir bulan 11. bye november :)

Nov 29, 2010

hari emosi

hai readers, harini entah kenapa aku rasa macam suck je. mood gila hilang. entah apasal laa. aku rasa mungkin aku nak datang bukan. pikir bukan bukan je. haihh. and semua harini emosi dengan aku. semua nak marah marah aku. sedih gila. sob sob sob. tapi. ade sesuatu buat aku tersenyum macam kerang busuk jugak. hehhh ade laa.


p/s : Ya ALLAH, lancarkan lah hari-hari aku bersamanya dan mereka semua :)

Nov 28, 2010

ENTRY EMOSI SIKIT

SYUKUR ALHAMDULILLAH. KEADAAN DAH KEMBALI JERNIH. KAMI SEMUA DAH MAMPU TERSENYUM DAN BERGELAK KETAWA. TERIMA KASIH ALLAH KERANA MENYAYANGI HUBUNGAN IKHLAS KAMI. SEMOGA KAMI BERADA DALAM LINDUNGANMU. SESUNGGUHNYA ENGKAU LAH MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG. AMIN.



p/s : perselisihan faham adalah perkara biasa, begitu jugak kepercayaan. bonding yang terjalin antara kami sangat kuat. susah kita sama sama susah dan senang kita akan sama sama senang. aku happy dengan hidup aku sekarang. lebih tenang dan semakin matang mengatasi masalah sendiri. dulu betul betul macam budak budak. mereka yang banyak membawa perubahan dalam diri aku sesungguhnya aku bukan lah baik sangat, tapi aku mencuba untuk menjadi lebih baik atas sokongan kalian semua. lots of love (IJAD, YUYU, BLACK DAN BOY)

menyanyi riang

malam minggu yang hebat, yeah masa untuk karaoke dah melepaskan segala masalah. ahli ahli macam biasa. aku, ijad , yuyu dan boy. lengkap. black takde sebab dia berniaga. whoa memang seronok. bantai lah menyanyi lagu ape pun. yang penting semua wajib menyanyi. semua genre ada.



ahli baru pun dah datang lagi, junsu merangkap phtoghrapher official geng penyamun membawa sekali lulu dan kecik. yeahh. tangkap gambar lagi dan semua2. happy gila.

dua jam pun habis. semua keluar dengan muka puas. terngiang2 lagu dekat kepala lagi :)



p/s: aku tak sengaja ter'sayang' kau :)

Nov 27, 2010

tertanya-tanya

hai hai. kita bertemu lagi di sini.


kenapa manusia iri hati dengan kebahagiaan orang lain. tak cukup lagi ke dengan kebahagiaan sendiri. aku bukan nak sebut sesiapa tapi aku just nak cakap. ketentuan ALLAH kita kena terima seadanya. apa yang terjadi masa depan, esok atau lusa kita kena terima even pahit.

ayat yang paling senang adalah. terima lah seadanya apa yang terjadi. aku happy dengan life aku sekarang, ada kawan kawan, dan mood baru nak kerja. sangat bersemangat.

ngangkung

semakin hari semakin sayang. dah boleh tersenyum. syukur alhamdulillah. malam haritu tengok cerita ngankung. best jugak. macam gile nak gelak. tapi suasana agak hambar. entah kenapa. sendiri tertanya2 apa yang kurang sebenarnya. mana pergi?







p/s : harap semua boleh kembali jernih macam biasa. dah lama tak kena suap makan :P

PERGOLAKAN

sejak akhir akhir ini ade je benda berlaku. pasal kawan kawan dan perhubungan yang terjalin antara kami. siapa yang dengki sangat nihh. siapa dalang kepada semua yang berlaku. aku memang blurr sikit. tapi buat cool aje. sebab semua benda berlaku ada hikmah. aku rasa dengan macam macam yang berlaku ni boleh menguatkan lagi hubungan antara kami. YA ALLAH janganlah kau pecah belahkan antara kami. kami saling menyayangi antara satu sama lagi dan kami mengharapkan hubungan kami semakin erat dan akrab. Jauhkan lah kami dari hasat dengki dan ketidakpuasan hati. jauhkan kami dari orang orang yang iri hati terhadap hubungan kami. aminn.



p/s : harap harap semua kembali jernih dan kami boleh duduk semeja bergurau senda dan bergelak ketawa macam selalu. apa yang dah berlaku dan lepas biarkan jelah. buat jadi pengajaran. EZA,IJAD,BOY,YUYU DAN BLACK.

birthday ijad

pada 24 november lepas pukul 12.00 malam adalah birthday ijad.

mula mula ingat nak ambush rabu, tapi pikir balik mesti macam dah lambat. so decide malam 23 tu buat prank dekat dia. aku mintak boy buat2 ajak die g memancing. tempat macam biasa. aku pon tak mesej dia banyak. just tanye dia nak pegi mana malam tu. die cakap teman boy pegi memancing. aku jawab okay je. padahal dalam hati memang bagus pun.hehe

dengan tektik boy memujuk, dapat jugak pergi ke tempat kejadian. meriah. segala tentera aku bawak datang. mula2 pegi jusco beli cake, air dan semua. mak and ayah aku pon pelik kenapa aku eksaited gilaa malam tu.

aku amik yuyu and terus pegi. boy dah tiba. mangsa jugak ada. cynthia pon join sekali. dalam pukul 10 semua dah ada dekat situ. semua buat buat macam takde ape ape. lepak dan borak je malam tu. tengok laut. hehe.


yuyu dah bagi aku signal suruh bersedia. pukul 11.55 kot macam tu. aku bukak bonet amik tepung. ijad masih rileks tunggu ikan makan umpan. aku dengan yuyu semua dah ready sembunyi tepung dekat bontot. jalan slow2 dekat die. tepat je 12.00 terus lah kau jadi budak tepung!! habis satu badan, jangan cakap laa. kalah zombie. HAPPY BIRTHDAY IJAD!!






dan lepastuu bukak cake dan masa untuk meniup lilin :)

terkedek2 bawak kek besar dan ditiup. semoga wish kau termakbul. aminn.


SELAMAT HARIJADI IJAD. LOTS OF LOVE FROM US!

Nov 26, 2010

sweet

busy sikit tu sebab lama tak update belog. akhir sekali aku update masa memancing dua minggu lepas. sepanjang dua minggu ni mcam macam berlaku. ada suka ada duka.


last week parents aku buat kenduri kesyukuran sempena harijadi ayah aku dan aku dapat posting. alhamdulillah. semua berjalan macam biasa. tolong emak memasak. buat lepas maghrib. semua hadir malam tu. meriah sangat sangat. thanks jugak dekat kawan kawan yang terdekat datang. macam biasa, kesayangan aku semua datang.


oh ye, terlupa pulak. malam sebelum tu aku keluar. cari hadiah si ijad. tak tau sangat nak bagi ape. so just dalam kepala otak aku biri-biri. sebab kami memang suka biri-biri. entah kenapa. comel kot. so aku cari semua yang berkaitan dengan biri-biri, kumpul masuk kotak dan letak sekeping kad biri-biri jugak. cukup comel :) saje beli awal sebab senang nanti tak payah rushing. mujur aku dapat mimpi pasal biri-biri comel tu, so aku memang betul2 ade idea nak bagi seperti entry aku sebelum ni.

selepas selesai kenduri, memang tak larat lagi dah terus tidor.


pagi ahad bangun macam biasa, tolong emak kemas rumah and pergi kenduri kahwin. masa on the ke kenduri aku talipon ijad, cilaka dak boy angkat. konfiden aku cakap. rupa rupanya dak boy. hawau! ijad call aku balik, betulkan keadaan, mereka on the way ke batu pahat kenduri kahwin jugak. hahahhaa. tiba tiba yuyu call.

"rasa macam nak photoshoot petang ni, tepi laut"

"okay jom, aku cuba ajak junsu"

perancangan semua di atur rapi. pukul 5. semua datang untuk photoshoot suka suka. ijad pun dah on the way balik melaka and aku pun dah on the way balik rumah. pergi dekat eye on malaysia. junsu jadi photographer kamu. hehe. seronok!



 comel comel comel. dalam facebook aku semua :)




oh yeah. konon manis laa. hehe


p/s : jap lagi sambung

Nov 19, 2010

ikatan kuat terjalin

semalam best gila. ingat lagi tak aku lepak rumah nadia. kami planning malam tu nak pegi memancing. memang super cool. boy suruh bawak makan makan dan minuman. beress.


malam tadi, tepat pukul 9.30 malam kami semua dah berada di jambatan tepi laut tu. aku tak tau nak describe dekat mana. tapi area masjid selat tu. pertama kali ijad dan boy sampai dulu. dah pasang pancing dahh. black pon baru datang. saja takde aktiviti malam2. ijad ajak teman boy pegi mancing. ramai2 lagi best. tak dapat ikan pun takpe.

banyak betul benda lawak malam tadi. aku dengan ijad memang bengong. macam nak mampus aku gelakkan dia. mula2 dia gulung tali pancing tu, konfiden gile nihh. gulung punya gulung rupanya dah sampai atas dah mata pancing tu. penat je cari dalam air. gelap lak tu. ape lagi. aku dah terkehkeh ketawa laa. masa tu nadia dengan black g makan, boy pegi pasang umpan. so budak yang tak reti memancing ni laa jaga pancing tu. pantang dengar loceng je terus nak tengok sama ada ikan sangkut ke tak. punye la eksaited.

insiden kedua lagi lawak. aku, ijad dan boy je ade masa tu. nadia dengan cynthia pergi alihkan kereta. dak ijad beria nak balik mata kail kat laut nii. aku dah jerit2 "come on ijadd!". dak  ijad ape lagi. tunjukkan kehebatan dia la sebab aku dah memekak. dak boy tukang pantau. surrrpppppppp! dia balik. memang hebat siap kaki angkat sebelah.lepas tu aku cari kenapa tak buyi air pun. pandang atas!! alamak. MATA KAIL SUDAH SANGKUT DEKAT KABEL LAMPU!!!  hahahahahahaha macam nak mati aku gelak. kejang perut aku. dak ijad dah berguling2 tergelakkk. lawak gile laaa. semua sampai merah padam tergelakk. memang sengal laaa. dak boy pon tak tau nak cakap ape dahh. die pon gelak sama. ijad cakap "besok kau tengok gagak mati makan umpan kita" hahahaha. bengong.

nadia dengan cynthia terpinga2 je. tak tahu cerita. lepas cerita la baru semua tergelak balik. hahahaha. so kami lepak duduk amik angin malam. amik gambar. memang best! so lain kali boleh la pegi lagi :P



p/s: bonding antara kita kuat. kita susah sama susah, senang sama senang. semua kita bantu antara kita. tajuk perbualan aku dengan ijad sebelum tidur semalam. semoga kekal abadi dan dirahmati ALLAH.

raya aidiladha

sejak balik genting aku dah tak update belog. macam nak pengsan punya busy. so aku dah berhenti kerja. duduk rumah.

SELAMAT HARI RAYA KORBAN. aku tak kemana pun sebab nenek pun tak balik melaka. so aku just lepak pegi jusco dengan adik aku je.

malam pulak pegi rumah nadia kamal. lepak lagi. makan satay dengan dengan penyamun yang terdiri daripada aku, ijad, boy. nadia dan black. ade tambahan seorang lagi. pejal. hehe. kazen dak boy. seronok gila malam tu. lepak2 berborak. tergelak gelak. rasa macam feeling pertama kali jumpa pulak. love love.


riuh gelak ketawa semua orang aku tak dapat nak gambarkan. betapa mesra kami bila bersama. aku sayang dekat engkau semua.



p/s : sakit perut nak berak

Nov 14, 2010

RASA HATI

sunyi sepi,
dengkuran sang manusia besi,
kesejukan melangkaui nafsu nafsi,
dan aku masih disini,
mencari cinta suci,
agar kekal dihati,
bersama bersemi,


dulu,
tak pernah sebegini,
kesana kemari macam berlari,

kini,
terasa tenang dihati,
damai kucari sudah ada pengganti.

alhamdulillah atas segala kurniaan ilahi,
aku bersyukur atas nikmat tak terperi,

semoga KAU kekalkan cinta di hati,
dan termakbul suatu hari nanti.
amin ya rabbal alaminn..



14/11/10
Apartment Genting View, 8.25 PAGI

genting sekejap

disini aku dah dekat genting. semalam sampai pukul 1 check in dan rest. malangnya skyway tak boleh naik. so kena naik kereta je. alahai seronok gila. even tak main just lepak lepak tapi memang seronok. semua orang masih tidur lagi. kepenatan semalam. yang penting aku tido mati and bangun sebab perut aku sakit gilaa. so kena la berak. main main facebook. update belog. so lepasni tengahari dah boleh chow dah. anyway memang heaven even aku dah pegi banyak kali.


tunggu aku upload gambar :P

Nov 12, 2010

weekend ini memang best

wah malam tadi kitaorang tengok cerita unstoppable. aku, ijad, boy, yuyu,dan black. best gile la cite tu. hahahaha. boy pon dah balik.seronoknye. semua macam dah lengkap semula. boleh nyanyi lagu butterfingers lah. hahaha.

tengah busy prepare pegi genting pulak. hehe. weekend!

syukur

syukur alhamdulillah kepada allah yang bagi nikmat kepada aku. alhamdulillah dapat jugak posting. dan yang lebih menggembirakan adalah mendapat tahu anda bakal berkhidmat di negeri sendiri. masa tu dapat panggilan talipon tuhan aje yang tahu. betapa eksaitednye. nasib baik sorang2 je masa tu. aku melompat. hahah.


and so 22 haribulan kena lapor diri macam biasa lah. hahaha. tak sabar betul. lepasni tak boleh lah nak jadi macam orang gila melepak sampai tengah malam. dah ada komitment beb. so nadia kamal, kita kena tahan dan kawal nafsu untuk keluar malam. mungkin kau boleh lagi. tapi aku tak boleh. sebab takut pengetua pon tergugat tengok aku. hahaha.


thanks dekat family. haha. mak aku lagi kejam. die mintak aku pegi jauh jauh. die cakap bila aku ada yuyu asik bejalan je. hahahaha. tergelak ayah aku dengar. ni ha anak dia dah posting melaka.

hahahah. tak tahu lagi sekolah mana. so aku tak boleh bayangkan lagi environmnent atau keadaan sekolah. harap harap dapat sekolah okay. thanks ijad bagi aku kate2 semangat yang sangat meransang aku. "kau ade rezeki punya, kau jangan risau. aku doakan kau dapat" hahaha.


thanks jugak dekat yuyu yang saban hari tak putus-putus bagi semangat dekat aku. hari2 dengan aku. masin mulut kau. hahahaha. black pon sekali lah aku ucapkan terima kasih. haa dak boy pon sama.  semua comel.




p/s : selamattt

Nov 8, 2010

hadiah :)

aku terpanggil untuk menulis sesuatu yang manis. tadi masa dalam toilet aku sakit perut, lama sangat nak keluar. aku terpikir kalau suprise dekat orang. eh ok, contoh birthday lah. ape kata kita buat kelainan sikit. bagi surat by post ke, or by hand pon takpe. tapi kita tulis. comel tak. then tak payah bagi cokelat. kau cuba bagi apa yang sering kita sebut sebut atau suka, contohkan.aku suka sangat biri biri. i means kambing. so apa kata aku hadiahkan apa apa motif yang sama macam biri biri. tak kisah la teddy bear ke, botol susu ke. so that orang tu mesti teringat dekat kita. bila tengok benda tu. and satu lagi tips kalau nak bagi hadiah kat sape sape. make sure hadiah tu boleh bawak tidur. so hari hari dia akan ingat benda tu sebab kita hari hari akan tidur jugak kan?



wah kuat betul aku berangan. ala tapi apa salahnya. dah mase tu aku ade idea. so terus cepat cepat aku tulis dekat belog.

p/s : ok babai.

ini aku rasa sekarang ni

saat ini aku dah mula terpikir apa akan berlaku
berlaku pada masa akan datang, hari esok dan lusa
kenapa mesti aku rasa macam ni,
sumpah ini memang rasa dah lain.
apa kau dah buat dekat aku sampai aku jadi macamni?
aku tak pandai ambil hati orang, apetah lagi orang yang aku sayang.
aku tak pandai cakap bahawa aku sayang, aku segan.
sebab aku bukan itu macam punya orang.
memang aku segan sebab muka aku pon tak lawa, badan besar.
tapi kenapa aku...ahhhh..


p/s : eza, tolong jangan macam-macam

satu petang hujan sampai malam

nak tahu tak. sabtu lepas aku pegi jalan jalan main buggy car. hahah comel gila weh. dapat main pusing pusing dalam taman reakreasi. seronok gila. dan kemudian aku lepak rumah yuyu. salin baju dan berkejar ke DP. jumpa denga semua students aku. semua lelaki wa cakap. dah macam mak ayam pulak aku. anyway aku seronok gila even penat. puas hati. then malam macam biasa makan makan dan minum minum dengan arizad ali. tetamu jemputan. sejuksejuk malam minum barli ais. yuyu dekat sebelah dah kepanatan main facebook je. black dah blah. so tinggal aku yuyu dan ijad sahaja. ijad makan roti petak dia macam biasa. then terus balik. awal gila dah balik malam tu. tiba tiba masa nak melitas jalan, ramai betul mat rempit lalu. aku dah gelabah kat tengah jalan dengan yuyu. dak ijad hanya mampu pandang dari jauh je. hahaha. bodoh siap hon lagikkk. mentang2 ramai. cuak gila aku denga yuyu.

dah sampai rumah, ijad cakap cara aku melintas jalan salah. patutu tunggu clear baru jalan. aku cakap aku memang tak perasan. nasib baik tak mati free. haha. ok jangan main main masa melintas jalan ye.

aku balik terus cuci muka. tak larat lagi dan terus tido.

aku bajet nak join junsu buat photoshoot pagi ni. tapi aku dah tak larat. terus. memang lemau gila weh. then nak pegi tengok ijad main futsal belah petang. aku cakapm memang tak boleh join pagi tuh. maaf ye junsu. kita jumpa next time. akak kau ni busy mcam artis.

so tengahari tu aku pegi jusco dengan family aku. mak sibuk nak beli day curtain. layankan aje. lepastu aku balik then nak terus pegi tengok ijad main. nak bagi sokongkan konon. tengah pakai baju, adik aku balik. "dah habis game lah along, arizad ali pon dah balik" mula mula tak percaya jugak. aku call ijad. ye memang betul die dah balik.yuyu pon otw datang rumah aku. kami lepak2 minum air sirap. lepak dengan mak aku. sebab yuyu belum jumpa dengan mak aku. hahahaha. aku transfer gambar semalam.


p/s : nak cerita lagi? aku dah penat menaip

Nov 7, 2010

MAIN WEBCAM MACAM BUDAK BUDAK

hahahaha. hari paling seronok. aku dengan yuyu pergi lepak lepak dekat oldtown online. takde keje betul. black dah bukak kedai. so kami pon sibuk. ijad pon ade. so sempat main webcam dulu !!































seronok!

tengok takers

malam deepavali aku pergi tengok wayang. aku bajet nak tengok cerita estet. tapi tak jadi. so aku tengok takers. ahli ahli yang menengok wayang adalah ahli tetap. macam biasa. pelakon semua hansome. ok tu je aku nak cakap. bye :)

Nov 2, 2010

011110

malam tadi aku, ijad, yuyu and black pegi tengok wayang. aku dengan ijad saje datang lambat lambat sebab nak kasi chance dekat yuyu dengan black. lame tak jumpa. haha.

hujan lebat pulak tu malam tadi. aku keluar rumah pukul 9.40. lebat gila. aku singgah rumah junsu amik gambar photoshoot haritu. lepak kejap. ah aku lupa pagi nak amik hairband aku dekat junsu. ok takpe. lain kali aku datang. tengok jam dah pukul 10.10. tiket pukul 10.30. sempat ke ni? hujan lebat. aku call ijad. adik dia jawab. sah lah dia tido. nasib baik adik dia kejutkan. aku cakap aku dah otw amik dia.


mak aii lebat. bawak kete slow slow. dah malam aku pon buta. ijad cakap jangan bawak laju laju. ye tak laju tapi aku tak nampak. sampai je parking luar. payung pon ade. so ape lagi. terkedek2 la aku kene basah hujan. dua dua basah. dah memang lebat kalau pakai payung pon tak guna. basah laa jugak. si ijad sengal sempat menyanyi lagu pengantin baru pulak. aku dah basahla woi.cepat2 la jalan masuk dalam. fuhh.



kesian dak black kena tunggu kitaorang. sorry gila kat kau. aku dengan ijad mintak maaf. aku tau black marah. tak tegur pon. hmm. lama lama dah ok. so kami just enjoy movie sampai habis. hujan pon masih lagi. sejuk nak mampus. lepak minum la ape lagi. pekena milo panas. lega sikit sejuk. borak punya borak. black  pon dah senyum. lega sikit aku tengok. yuyu bagi aku facial foam clinique, moisturizer. mesti lawa muka aku lepas neh. hahaha


terimakasih jugak dekat black sebab bagi kopok lekor kat kami berdua. ole ole dari terengganu. terima kasih daun keladi. kalau ada bagi lagi :)

so sekarang tunggu ole ole penang pulak :)

ahad, kemenangan arizad :)

hai hai. aku happy. happy sebab apa?

hari ahad lepas aku pergi tengok ijad main futsal. sabtu punya game dia kalah. aku cakap takpe. boleh usaha lagi. fokus untuk game ni aje.

mula mula niat aku dengan yuyu nak pergi dp tengok syampoo tapi terbantut sebab kami bajet nak pegi tengok kejap je. tapi dah melekat. orang cakap nak bagi semangat tu. and finally ijad menang. sukanya aku. wee. yeah arizad ali ketawa puas. sebab aku kan dah cakap "kau sentiasa juara" woot woot. tahniah tahniah. so lepas habis aje aku dengan yuyu terus pegi makan bakso. dekat peringgit. memang sedap gila. and kebetulan lagi ayie pon nak lepak sama. ishh. ape lagi. kita open table.


balik dalam pukul8 malam. penat sebab badan aku rasa semacam je.

mak aku bukan main sibuk tanya dak ijad menang. belum sempat aku masuk lagi. aku cakap dah rezeki. ijad cakap kalau aku ade tengok die main "kau mcam pembakar semangat aku" wahhh perasan aku sekejap. kembang kuncup hidung aku ni jad. pape pon tahniah. aku tahu kau boleh.