Nov 19, 2010

ikatan kuat terjalin

semalam best gila. ingat lagi tak aku lepak rumah nadia. kami planning malam tu nak pegi memancing. memang super cool. boy suruh bawak makan makan dan minuman. beress.


malam tadi, tepat pukul 9.30 malam kami semua dah berada di jambatan tepi laut tu. aku tak tau nak describe dekat mana. tapi area masjid selat tu. pertama kali ijad dan boy sampai dulu. dah pasang pancing dahh. black pon baru datang. saja takde aktiviti malam2. ijad ajak teman boy pegi mancing. ramai2 lagi best. tak dapat ikan pun takpe.

banyak betul benda lawak malam tadi. aku dengan ijad memang bengong. macam nak mampus aku gelakkan dia. mula2 dia gulung tali pancing tu, konfiden gile nihh. gulung punya gulung rupanya dah sampai atas dah mata pancing tu. penat je cari dalam air. gelap lak tu. ape lagi. aku dah terkehkeh ketawa laa. masa tu nadia dengan black g makan, boy pegi pasang umpan. so budak yang tak reti memancing ni laa jaga pancing tu. pantang dengar loceng je terus nak tengok sama ada ikan sangkut ke tak. punye la eksaited.

insiden kedua lagi lawak. aku, ijad dan boy je ade masa tu. nadia dengan cynthia pergi alihkan kereta. dak ijad beria nak balik mata kail kat laut nii. aku dah jerit2 "come on ijadd!". dak  ijad ape lagi. tunjukkan kehebatan dia la sebab aku dah memekak. dak boy tukang pantau. surrrpppppppp! dia balik. memang hebat siap kaki angkat sebelah.lepas tu aku cari kenapa tak buyi air pun. pandang atas!! alamak. MATA KAIL SUDAH SANGKUT DEKAT KABEL LAMPU!!!  hahahahahahaha macam nak mati aku gelak. kejang perut aku. dak ijad dah berguling2 tergelakkk. lawak gile laaa. semua sampai merah padam tergelakk. memang sengal laaa. dak boy pon tak tau nak cakap ape dahh. die pon gelak sama. ijad cakap "besok kau tengok gagak mati makan umpan kita" hahahaha. bengong.

nadia dengan cynthia terpinga2 je. tak tahu cerita. lepas cerita la baru semua tergelak balik. hahahaha. so kami lepak duduk amik angin malam. amik gambar. memang best! so lain kali boleh la pegi lagi :P



p/s: bonding antara kita kuat. kita susah sama susah, senang sama senang. semua kita bantu antara kita. tajuk perbualan aku dengan ijad sebelum tidur semalam. semoga kekal abadi dan dirahmati ALLAH.

No comments: