Dec 31, 2010

ENTRY AKHIR TAHUN 2010

Hai semua. Harini dah last day untuk tahun 2010. Sekejap je rasa kot. Pejam celik pejam celik dah masuk 2011. Aku taknak cerita azam sebab azam aku semua hampeh je. Tak payah nak tahu la. Masuk 2011 ni aku pun melangkah alam baru alam pekerjaan. Okay aku taknak cerita lebih pasal tahun 2011 tapi nak cerita sikit summary tahun 2010.

ini masa mula mula masuk praktikal dekat sekolah. HAIH. kesian budak dapat cikgu mcam aku



Permulaan tahun dimulakan dengan keperitan praktikal di tempat jauh. Teluk intan. Hahaha bagi aku jauh kot. Menangis aku sebab jauh dengan mak, tak boleh balik selalu.  Nasib baik ayah bagi guna kereta.  Seronok jumpa kawan kawan baru. Tamat praktikal ngam ngam hari guru. Dah bulan MEI. Bulan besday aku. Banyak dapat hadiah sebab kebetulan hari guru dan anak murid bagi sekali denga hadiah hari jadi. Satu kereta penuh aku punya bunga rose. Thanks my students. Cikgu sayang korang.




Habiskan masa tak lama pun kat rumah. BANCI 2010 aku terlibat. Pegi buat banci sebab gaji dia lumayan. Boleh aku buat shopping2 nak raya. Hahaha. Seronok weh. Habis je banci aku dapat offer keje dekat PRUDENTIAL. Kali ni kerja memang seronok. Sungguhpun jadi PA Manager je tapi aku happy keje ni. Aku keje sampai aku grad.  Bulan 10 je aku behenti sebab nak duduk rumah.



Hari raya tahun ni paling best sebab dapat berkumpul dengan kawan kawan lama. Jumpa bekas pakwe lama.  Itu semua dulu. Tak sangka kamcing sampai sekarang.  Aku betul betul happy. Hidup aku terisi. Kalau dulu aku takde kawan nak tengok wayang, tapi sekarang aku ada 5 kawan yang boleh spent time dengan aku tengok wayang dan tergelak-gelak. Kalau lama tak jumpa mesti rindu gila. Hari2 antara kami tahu apa aktiviti masing masing. Aku yang dulu tak penah ikut orang memancing pun dah mula mengekor orang memancing. Seronok.  Dulu asik bawak mak pegi stadium tengok bola tapi kali ni kami lak yang dibawa untuk tengok bola. Its really heaven sampai aku tak boleh nak jelaskan.

ini masa kerja PRUDENTIAL BSN TAKAFUL.



Life aku hujung tahun ni betul betul happy.  Alhamdulillah. Dengan dapat offer posting dekat sokolah sebelah rumah aku. Aku betul betul bersyukur. Tahun 2010 ni banyak ajar aku supaya lebih yakin dengan hidup, percaya bahawa sayang itu datang dari hati, cemburu itu sebenarnya sayang dan cinta yang berputik tanpa sengaja. Aku mengaku dulu aku tak macamni. Aku suka buat hal aku. Tapi sekarang, baru aku sedar bahawa aku ada orang yang aku sayang, dan aku seharusnya jujur pada diri sendiri. Mereka mengubah aku. Ubah aku yang dulu ego, degil dengan hati dan perasaan.


Aku just harap ada sinar yang lebih terang sebab orang cakap harapan tu kena berpada. Tak berharap sangat pun tak boleh. So kita hanya harapkan yang terbaik. Mulakan tahun baru dengan harapan yang membunga dan cantik macam pelangi. Insyallah kita semua boleh mengecapi bahagia. LOVE 

Special thanks to yuyu sebab selalu ada dengan aku, dengar cerita aku, share problem. Masalah itu masalah ini. Banyak betul aku dah kongsi dengan dia selama ni. Aku pulak bukan jenis suka cerita pasal cerita hati dan perasaan aku dekat orang lain. Aku malu sebab kurang konfiden sikit. So aku biasa aku pendam dan orang selalu cerita problem kat aku. Aku tempat doang luah perasaan. Aku tak kisah sangat pun. Kalau okay aku boleh nasihat je. Sebab aku pun bukan terer sangat. Eh yuyu thanks gila layan kan aku yang gila sawan ni. Aku memang macamni. Sebab aku tau kau tak penah pun nak malu jalan dengan aku even aku pakai selekeh2 je. Dan lagi satu aku selalu buat benda bodoh dan kadang2 agak luar jangkaan. Aku suka buat macamtu bukan apa, aku suka sangat tengok orang gelak. Aku tak kesah orang nak gelakkan aku atau ape. Hahahaha. Alamakk ini dah macam tulis surat cinta dekat pakwe lak weh. Weh yuyu aku betul2 ni. Nak cakap depan2 aku segan. Ini hujung tahun 2010, hari last disember, hari last tahun 2010 aku tulis entry ni untuk kau. Kau banyak tolong aku, selalu belanja aku makan dan baru2 ni aku dapat baju kau bagi. Ahahhaa. Bestnye. Aku sayang kau tahu!!



comel kan kami? hehehe