Dec 15, 2010

hormon seks banyak sangat

aku ade satu cerita. betul betul sedih. aku malam tu macam biasa. guling guling atas katil sambil berangan. henpon dekat tangan lah mcam biasa. kepala pun takde la mengantuk sangat. ade pun mesej dak ijad cakap dia nak pegi main futsal malam tu. okay. lain takde la pun. entah tiba tiba kau tertidur. mimpi sedih gile nak mampus.

aku macam tak percaya aku menangis. mimpi aku pasal dak ijad. dak ijad mati. aku langsung tak sempat jumpa dia.masa tu aku rasa dah sangat suntuk. aku berlari, kejar pun langsung tak dapat jumpa. dia hilang dari aku. muka dia pun aku tak dapat tengok. aku tau-tau dia dah takde. dia hanya pesan bagi biri2 kesayangan tu je dekat aku. so aku hanya dapat peluk dan cium biri2 tu. aku menangis bagai. kau tau tak sampai tak cukup nafas aku teresak esak. ishh betul betul mcam aku menangis masa arwah atuk aku meninggal. basah gila dah ni. entah macam mana aku tersedar. aku raba mata aku memang betul2 basah. siap sedu sedu lagi. esak esak menangis tadi masih ade lagi. aku blurr. mengucap jugak aku berpeluh2. aku terus mesej ijad. masa tu dah pukul 3.30 pagi. aku ingat lagi.

"aku mimpi kau mati, aku tak sempat nak jumpa kau dan kau pesan amik balik biri-biri tu"

ijad reply  "mimpi mainan tidur, kalau betul macamana"

aku reply "jangan nak main main hal ni" mesej tak send sebab aku dah tertido. ishh peliknye. boleh pulak mcamtu.

aku dapat bayang la weh cemane kalau orang yang kita sayang pergi, pergi tanpak kita lihat, tatap. YA ALLAH aku bersyukur gila sebab masih ade lagi orang yang aku sayang bersama dengan aku. aku tanya mak aku ape petanda nya. mak aku selamba jawab "Panjang laa umur dak Ijad tuhh" lega jugak aku dengar tapi qada' dan qadar tuhan siapa tahu kan. mungkin aku yang pergi dalam masa terdekat ni. siapa tahu.


dan aku nak cakap, rasa sedih tu memang rasa betul betul. real. mungkin sebab terlalu banyak ketawa kot selama ni. so dapat mimpi yang betul betul sedih, sedih menikam kalbu. uhuhuhuhuu.




p/s : aku tulis belog ni berdasarkan ape aku rasa, aku rasa aku ada hak nak cakap ape aku rasa. sesiapa terasa aku termakan dalam aku ucap maaf sebab aku insan biasa, aku hanya tulis ikhlas dari hati. dan harini aku nak cakap aku sangat sayangkan orang yang aku sayang. aku dah mula sedar bahawa ikhlas dan jujur itu penting. itu yang menjamin keselesaan bersama. tak perlu beria sangat. kau tahu, aku tahu itu dah cukup.

No comments: