Dec 1, 2010

makan cendol dekat kampung jawa

hai bertemu kita lagi disini. tadi lepas lunch keluar dengan nadia. macam biasa lah dia ajak tengok2 kad harijadi untuk black. tolong teman dia lagipun bosan gila dekat rumah. ramai betul orang cuti harini. maklum lah dah hujung tahun kan. so habiskan cuti tahun je.


nadia amik aku kat rumah. aku tanya ijad macam biasa, dekat mana, buat apa? dia cakap dengan boy nak cari layang layang nak main petang ni. memang cool jugak idea. aku pun dah sampai dataran pahlawan. nadia pegi kecikkan baju kebaya batik dia. and just window2 shopping. aku cakap ijad, dekat eye on mlysia tu ada jual layang layang. cuba cari. so budak dua ekor ni dah pun sampai. layang layang takde jugak. tak tau lagi aktiviti seterusnya. just lepak jela tepi pantai yang indah tu. macam biasa borak borak, gelak gelak macam hantu, angin laut sepoi sepoi bahasa je menambahkan keayuan si gadis. cewahhhh.


MAKAN CENDOL PON SEDAP. TAPI DEKAT MANA?

nak makan dekat bangunan stadhuys tu macam susah. ijad cakap nak parking pun susah. okay pegi dekat kampung jawa je. boleh makan rojak. cool gila weh!
sampai je terus order makan rojak dan cendol. hambek kau. sedap gila. bukan banyak pun. dua pinggan kongsi empat orang. lagi sedap. borak macam macam. seronok gila sampai aku rasa taknak terkencing pun.


dan akhirnya kami nak kembali ke tempat masing masing. aku dengan nadia kena ke jusco beli barang. lain2 ke tujuan masing2.


sebelum balik sempat lagi ijad "malam lepak jom"



p/s : bincang isu bertudung, aku setuju dengan pendapat ijad dengan boy. bertudung bukan paksaan. tak pakai tudung takpe, tapi baju kena sopan. jangan terjojol sini sana. yang penting hati kena baik. woot woot. so jangan lah kita salah tafsir atau pandang serong kepada mereka yang tak bertudung ni. aku bukan nak back up sesiapa tapi pokok pangkal hati. pandai lah kita sendiri menilai. syukur dapat kawan2 yang sangat memahami dan menasihati. YA ALLAH, kau panjangkan lah usia dan eratkan lah kasih sayang kami sesama kami, keluarga dan orang sekeliling kami.

No comments: