Dec 19, 2010

muka ketat, macam cilaka pulak

kau orang perasan tak orang yang happy go lucky, kuat gelak dan suka ketawa adalah orang yang paling banyak menyimpan cerita kesedihannya dan perasaan sedihnya. orang demikian adalah boleh dikategorikan sebagai dahsyat. even dalam kesedihan pun dia mampu buat orang disekelilingnya tersenyum dan bergelak tawa bersamanya. dia tak pernah sekali memutuskan mood orang lain untuk bergembira. dia sentiasa ada untuk kawan kawanya even hati dia tak berapa nak cantik sangat. sini aku nak tekankan, orang tu bukan lah hipokrit cuma dia tak suka luah dan tunjukkan rasa sedihnya itu. dan mungkin hanya teman teman rapat akan tahu sendiri mengenai kesedihannnya itu kerana orang begini akan mencari teman rapatnya untuk berkongsi cerita dan meluahkan perasaan. aku berasa sangat beruntung dapat kawan yang boleh rasa apa yang aku rasa. sebab aku bukan jenis yang suka cakap pasal perasaan aku. sebab aku segan aku ni tak seberapa hebat dan cantik. takpelah. at least aku ada kawan yang suka kongsi rasa dengan aku. kalau kau terbaca entry ni nadia, kau kena senyum puas puas sebab aku tengah puji kau. hehehe


p/s : mungkin ini giliran aku untuk merasa sedih sebab dah banyak sangat happy dah gelak ketawa selama ni. ALLAH menguji kita dengan banyak dugaan, ada dugaan yang lagi besar. aku harap kau betul betul bersabar wahai eza cantik :)

No comments: