Dec 13, 2010

susu pekat

sabtu lepas aku pergi jumpa luqman amir dan kawan kawan dia. kebetulan dia turun melaka. so ape salah aku jumpa. bukan senang bila nak jumpa nih. semua busy. teringat dulu masa dekat tanjung malim man selalu tolong aku dengan hani. bila nak beli barang je ajak dia. bila turun bas je mintak tolong dia amik. jalan jalan kat sana. lepak. hahaha. lama kita tak jumpa kan man. hakim dan kawan dia sorang lagi aku tak ingat nama. seronok dapat lepak sama sama. even tengok wayang and lepak dekat pantai je. memang seronok bergelak tawa. kawan kawan sama  gila. menjadi jadi la.


lepas lepak aku terus balik rumah sebab doang pon nak gerak balik dah. aku nak pergi kenduri rumah shikin. kenduri berkhatan, akikah dan harijadi. so macam biasa aku, ijad, yuyu dan boy pegi. semua handsome dan cantik berbaju kurung. semua puji dalam hati. tak tau kenapa malam tadi aku happy semacam. rasa macam lain  macam je. entah kenapa. hidung ni asik kembang je nak tersengih. hahahhaha



semua lauk kambing. aku makan sebab lapar gila. aku memang tak makan kambing so just makan sambal ayam je. ijad cakap amik la daging aku ni. mula mula jual mahal, pastu amik jugak. rasa je. tak banyak pun. makan punya makan sampai kenyang. borak pun dah gila gila. borak pulak pasal kenang pertama kali kami berjumpa. lepak pergi kl. memang spend time sama sama. dan satu lagi topik hot adalah gambar aku upload. gambar masa sekolah. comel gile semua. kenangan yang tak mungkin kami semua lupa. Ya ALLAH kau eratkan lah hubungan sesama kami sehingga berpanjangan. Amin.

dalam pukul11 jugak baru balik sebab dah leka berborak. ijad dah gemuk. muka dia dah berisi. badan pun dah berisi. tak macam dulu. itu laa asik makan je. hari hari berselera. ketara sebab muka dia dah tak nampak tulang. syabas. happy sangat agaknye kitaorang berlima ni. dak boy jangan cakap la. perut dah makin ke depan tapi tak mengaku gemuk jugak. hahhaa. memang kelakar bila pikir balik.





p/s : aku suka tulus apa aku rasa, sebab aku rasa perlu aku luahkan dekat sini. so kau orang semua boleh baca. takde halangan bagi aku untuk luahkan apa aku rasa. terima kasih sebab baca semua entry aku.hehehe

No comments: