Dec 28, 2011

entry last kot untuk 2012

holaaa,..

lama aku tak update belog kan? setiap kali update mesti ini laa permulaan ayat aku...huarghhh..oh ye memang lama pun...


busy dengan preparation my uncle wedding, afham dan kak nora...so gorgeous! tak sabar betul nak tengok..

preparation oh hantarans and decoration of bilik pengantin telah dibuat...semua modern, simple dan menyejukkan mata..no satin bed okay...

hhmm anyway dalam sibuk prepare orang punya, kita sedikit sebanyak dapat pengalaman dari kak nora..oppss after this kena panggil aunty lah kot..lot of gossip sambil2 buat hantaran...macam2 hal kan? besttt!



jom layan sikit gambar :)


ketiinggg...anjatt boboy...semoga dipermudahkan...harini kesana kemari settle  itu ini...sambil2 tu boleh dating kan??alhamdulillah :)

Dec 12, 2011

mari makan makan banyak sampai gemuk hahaha

hollas..lama tidak update kan? kehkeh


busy laa tau, kita sibuk2 pegi sana pegi sini. wahh kemain kan? semangat tau. hari2 ade je planning dengan mak kita. ariysa tukang teman dan tukang sibuk.


alhamdulillah so far semua dah settleserba sedikit  :)



musim ni kuat selesema, kuat batuk, kuat demam. uhukkk!

Dec 5, 2011

KAHWIN DAN TUNANG 2011

GORGEOUS QAT..CONGRATULATIONS SAYANGGG...CANTIK GILAA KOT AWAK...(muka dia memang natural beauty, jadi pengantin..bertambah serinya..)

this is ILANI...CONGRATULATIONS..my best friend masa dekat MUNSHI..ramai press datang sebab dia kerja dekat media prima :)

this is Awesome Nadia, cantiknye awak...tahniah kerana telah mengikat tali pertunangan..cecepat kawen!

this is Hayah..my Upsian classmate..tahniah Hayah dan Azaed :)

I LOVE THIS PICTURE SO MUCH. PHOTOGRAPHER TOLONG CAPTURE KAN.  LAWA...

TAHNIAH MURNI...KAU MEMANG COMEL! dari dulu muka dia baby face sangat :)

deal the date :)

hope the coming 5/5/12 soon...





later, 12/11/12 or 1/12/12... insyallah...is it too offensive? okay. Barakallah hu lakuma...amin...

Dec 1, 2011

duabelas

First we meet on 1/1/11




Officially deal of the day 1/12/11




Okay, RM 12 121.2...macam best!




addict kejap dengan 12 :)

the day they come :)

1/12/11...DEAL OF THE DAY





















yay! just wait for my next entry...Malay called Risik, but for me its enough to deal the day and get to know ecah other. Rilaxss :)

deal the day

Hollas guys :)

"when parents meet parents and discussing, dealing, etc something about the day altogether, Malay called Risik"


oh yes, is it wrong if we are skipping the risik? hmm hmm..

do we need to refer to atuk and nenek? my parents want to skip risik and atuk ask to do risik. heee.

okay nevermind. i think its better to come officially and discussing :) horrayy!

Nov 29, 2011

:)

eheh! sama kaler laaaa :P


I’ve got the best thing in the world
Coz’ I got you in my heart
And this screw little world
Let’s hold hand together
We can share forever

Nov 27, 2011

MIDAH WEDDING :)


hehehhee bagi la chance aku

adorable betul kan? dua2 niiii

YEAYYY ini lepas nikah

alamakk ini masa sanding, ecah jadi pengapit lak. kita ada wedding dekat JB :(

izuan berangan letewww

comelnyeeee midah

pengawal peribadi yeahhh, izuan rejab

Midah nerves masa nikah :) ehhehe kita punnn!

Nov 21, 2011

soseh sosehh

haii semua. sihat? kita sihat je. 
nak cerita apa eh? hmm..oh ye sabtu lepas ke bangi, tengok2 dekat minaz butik. best. banyak baju dan tudung semua. kita sempat rembat tiga tudung, murah je tak mahal. kemudian malam kita jumpa wed. lepak sana rumah makcik. bestt.


pejam celik hampir setahun hubungan kami bina, Ya Allah masih dalam proses kenali hati budi masing-masing. banyak dugaan, terutama kita ni perempuan kan? lelaki memang steady je. yang penting kita jangan mudah gelabah. ramai orang jahat kacauu hidup kita kan? sebab dia cemburu tak dapat kasih sayang macam kita dapat kot.

1st January 2013 will be coming, and the day genap setahun perkenalan. mahu tengok kembang api lagi macam first date kita. yay! depan KLCC haha. jahattt!


so far alhamdulillah, kita happy bersama. suka duka banyak ajar kami supaya tolak ansur semua. dalam sejarah ada bf aku ini kot paling lama. almost a year. harap berkekalan hendaknya. 


satu je kita tak mampu tengok, tahap caring dia dekat kita. uuhuuu, mudah sangat terharu. yelaaa kan kita ni perempuan. semua benda dia buat kita happy dan dimanjai.

rasa sangat beruntung bila dimanja begitu. sangat dimanja. terima kasihh cinta :)


I LOVE YOU

I LOVE YOU

I LOVE YOU

I LOVE YOU



ALWAYS :)

Nov 13, 2011

wedding

hollas, saya lupa nak update. this picture was taken on 11/11/11 untuk menyambut kedatangan sultan mizan. daulat tuankuu..kami mengibarkan bendera bersama2. seronokkk...(ensem nyee)

this is weird, nak pergi wedding kampung belah emak..boleh tengok apa yang ada dalam goodies bag kan?

emak kitaaa....

yay! gula2 ni memang dari zaman kecik2. sekarang dia dah repack kan. gula2 susu. macam2 perisa adaa. sebijik 5 sen je dulu tauuu....

ini adalah my all time favourite..sesedaappp ahhh! zaman sekolah suka makan niii

MALAM ANUGERAH INOVASI 2011i

suka pose ni, comel lah hahaha :)

anugerah, yay!

ehehehehee

mak datin youuuuu!


holla peeps!

disini saya nak update sikit pasal malam anugerak inovasi sekolah kita. ini last minute punya planning sebab takde baju nak pakai. kombinasi warna yang sangat comel. thanks dekat kak ita sebab jahitkan..last minute tau!


ok ini gabungan fabrik chiffon yang kaler biru tuu, comel dan menawan dan kemudian saye padankan dengan warna shocking pink, lagi lah anggun, buat kaff dan butang comel. dekat pinggang ada tali belakang...ahhahaha

mula2 risau sebab takut jadi macam baju mengandung tapi bila pakai..wahhh. ala2 princess gituu..

ingat lagi masa kecik2 maklong suka buatkan baju macamni tapi guna cotton. then zaman fesyen sekarang pun dah keluar balik maxi dress ni. macam2 pesennn...

kita nak beli siap leceh sebab kita ni gemuk tembam, so tempah. ohh memang cantik dan sangat ADORABLE...bye...

ececehhh macam ye ye je kan?

eh eh, kalau kaler pink campur creme sikit2 tu panggil kaler ape eh? ahahha yelaa. kaler tu laaa. comel kan?


so just wait and see akan datang. yang penting kena tempah dulu. amboi2 encik wed dalam tak sedar dah ade 3 pasang baju melayu tempah. amboii. kite semangat ke die yang semangat?



okay, jumpa lagi ehh. oh ye..kita busy gila dekat hujung tahun sebab kita jaga SPM dekat sekolah STPM..takpe amik ni sebagai pengalaman, uolllss takde kan? elaun pun banyakk! yayy! tambah dekat bajet kita nanti..berbaloi..


salam sayang,
eza.....

hello guys!

setiap persiapan dijalankan sikit2..kalau nak ikutkan kalau nak beli segedebuk memang pengsan. s yang pertama sekali baju. yay!

bawak emak pergi cari kain, yelah kita anak emak kan so takboleh nak beli n pilih sendiri. nak jugak emak rekemen. so aku just pilih yang simple dan sedap mata memandang. biasa2 je janji sweet macamtu. perisian hari itu yang perlu, penuh makna dan penuh kasih sayang. bukan baju liplap2 macam lampu kelip2. jeng jeng jeng...

sama-sama lah kita menyediakan apa yang perlu. ehh ini dah hujung tahun, awal tahun akan disambut dengan wedding pakcik, buat dekat dewan hang tuah. tapi busy sebab kena incharge bahagian gimmik pada harituu. wuuu. mesti seronok kan?

diikuti bulan februari ofkoslah kita sibuk settelkan anak anak kita yang ramai tuu. dah form5 every week kena ade extra class, every holiday pun extra class. memang kita kena prepare lah awal2.

tahun depan adalah paling busy, sekolah, persiapan tunang dan persiapan kahwin. semoga kami dapat melaksanakannya. grrr grrr..





makan ikan bakar

makan ikan bakar? nyumm nyumm memang sedap gila kot. makan dekat muara tapi kedai yang lebih belakang tu. memang awesome.

mula2 pegi sekolah ecah ajak makan malam ni, ok yes.. aku on je. aku bawak encik wed aku. ok on..

balik sekolah lepas meeting panitia math aku memang betul dapat suprise, double suprise haha. pertama aku jadi setiausaha panitia math 2012. terbaiklahh.

keduanya dalam kita penat2 balik tiba2 dapat delivery coconut shake. kuih muih minum petang. thanks wed. minum petang sama family, wahhh macam dalam drama pulak kan. hehehehe.

malamtu lepas isyak terus gerak makan ikan bakar lak. izuan, bibek, ecah dan sham pun join sekali,,meriah uoallllsss...memang kenyang gila malam tu..udang, ketam, ikan dua ekor dan sotonggg..fuhh terbaikk.

masakan dia memang masak betul2. masak betul2 maksudnya masak dia bukan instant macam kedai lain2. main goreng je ikan dan kemudian siram kuah. tak sedapp. yang ini dia masak macam mak kita masak kat rumah tau..maveles..


yay! seronok yay! wed balik putrajaya esok :(

Nov 7, 2011

inter back..

hahaha boleh tak nak cerita raya pertama?
 buat entry raya kedua dulu lak ye..hahahaha.. semalam keluar dengan nana, mate.. sangat seronok..duduk semeja cerita pasal kerja, boyfriend, dan macam2 lagi..semua sangat comel...macam budak2 kecik pulak rasa...bukan senang nak duduk sama2 berborak sampai lebam..

balik sampai rumah dah pukul8, emak ajak balik rumah atuk..yeayy yeayy! call wed konon nak tanya2 tapi sepuluh kali ehhh tak..lebih laa...tak jawabb...grrr..takkan tidur pulak pukul8 kan? pelikk..masuk kali ke berapa ntah baru dijawab..suara mamai, tertidur katanya..hahahha..

makan ketupat rumah nenek, kenyangg then ayah ajak balik..

wed msg : kita dah dekat rumah ni, melaka. lepas kerja tadi kita balik...hahahahaha

makkk aiii, aku dah menyumpah!

eza reply : menipu lahhh, malam nak layan ok!

wed : call mak kita, tak percaya kan..call

eza: malas!

wed : serius, dah balik dah tadi. rindu :)

eza: awak tipu awak siap! (memang aku takde mood dah, mengantuk)

tibatiba, kereta dia pun tercongok depan rumah, nak kata apa lagi eza oiiii!

terkesima, nasib baik tak tukar baju lagi, ayah geleng kepala, mak tegelak2..sebab dari dalam kete aku mengamuk sebab aku ingat die tipu aku..


cairr laa wehh...auuwww! keluar makan, macam biasa :)




ok tu je nak cerita, so harini kami plan macam nak jalanjalan tapi tak tahu nak kemana.. esok sekolah dahh tapi dia cuti lagi...


p/s: selalu balik melaka nampaknya, pantang ada off berdesup balik melaka...grr grr! LYSM

raya haji kedua

salam guys, lama jugak tak update belog kan. sejak-sejak ni busy sikit. bukan busy ape. malam nak on lappy, so on kat henpon je.


terlebih dahulu saya nak ucap selamat hari raya aidiladha. seronok malam raya balik kampung. tak plan langsung tapi tiba2 nenek cakap nak balik. so jom enjoy kejap gambar2 saye :)

ini sebelum balik kampung, kita kirim dekat bakal mak mertua rendang dan ketupat. kek batik kita buat pun ada :)
credit tu wed yang tolong capture

i love this pose so muchhh! dia kata saya banyak songeh tapi comell! hehehe

baru sampai rumah nenek, nenek dari putrajaya pun tak sampai lagi. hee. kelip2 you...



seronok raya haji kalini, sangat bermakna. bersederhana sahaja dan semua happy. alhamdulillah. tak sia-sia pengorbanan kita kali ini kan?

Oct 30, 2011

great Sunday morning

hello peeps..buat apa harini? program orang kahwin banyak kan? dah nak masuk musim cuti sekolah kan kan..

malam tadi tengok game terengganu vs negeri 9 dan of course anak jantan n9 monang...suko eh den..den memang suko samo ujang..hehe

malamni keluar awal sikit, kenapa? dah rindu sangat letew..eh takde lah. sesaje je. comel je tengok wed bawak kain pelikat, nak solat senang..aihh aihh. jangan memain ye.. ini serius. satu ciri yang aku nak pengsan tengok dia terkedek2 turun kereta pakai kain pelikat. tak susah pun kan. nak pergi solat..

dulu nak keluar kena lepas isyak, tapi sejak kita dah bagi dia idea bawak kain pelikat, menjadi pulak. alhamdulillah. bawak kain pelikat sebab tak sopan nak masuk masjid atau surau dengan seluar pendek. syukur alhamdulillah aku ditemukan dengan orang yang boleh membimbing aku, soleh gitu kan?

yelah kan, teringat dulu2..hubungan banyak yang tak menjadi semua takde ciri2 ni semua. auhh auhh..ok kita sambung cerita balik tadi k..


PEREMPUAN MEMANG TAK SUKA LELAKI UNGKIT PASAL GF LAMA DIA. ok fine. tak betul sebab aku boleh mendengar kenapa hubungan mereka tak menjadi. kita sama2 discuss apa yang kurang sebenarnya. rupanya emosi kuat die nii. dengan aku pulak dah pandai kontrol, sejuk je. ahahahaaiiii sukenyewwww!

LELAKI MEMANG TAK SUKA AWEK DIE CECITA BF LAMA DIA. takk. anda silap. dia sendiri tanya dan mintak dicerita dan dibincang. face to face. sesudahnyaa kami sama2 serba kekurangan dan cuba untuk mengatasi masalah tersebut. saya boleh tenang mendengarnya. takde gelabah tetek cemburu bukan2 dan begitu juga dia..


ehh ehh dah melalut nii...ok malam tadi pukul4 pagi kita baru balik tauu. kita teman dia macam2. sebab dia nak balik pukul5..so kesian lepak jelah sama2. tu yang jadi macam rancangan brainwash tu. uhuhu. sangat puas sebab dapat makan dominos dan ice cream mekdi. nyammmm!


7 balas sembilan..nak tanya sikit lah kan..kalau tujuh dulang hantaran pihak lelaki berbalas 9 dulang hantaran perempuan cemana tuu? cincin tu termasuk sekali dalam kiraan dulang hantaran tu ke??



nak kena tanya makk ni. huhu. emak pun tak tahu sebenarnyee..:P



okay lah, nak berkemas2 rumah. besok kita dah sekolah. love youuu!

Oct 25, 2011

gedebak gedebuk

yeah, gedebak gedebuk besok dah raya deepavali. so sempena deepavali saya nak buat entry khas untuk anda semua sebab sama-sama happy dekat belog eza yeahh.


saja nak show off gelang india. haha. ok original from india tau!

jom tengok. sebab muka aku je exposed lebih. ini semua tak edit. kau tengok jelaa kk

ini hanya separuh, selebihnya adik2 dah angkut dahhhh

kelas kau kannnnn hahahaha

main cakk cakkk ye

pengsan kejap tengok kajol...

ini konon berangan shah rukh khan dekat depan laa niii

ini macam bipasha basu pakai bikini hehehhehe

Oct 24, 2011

seharian

fuhh fuhh penat gila..

buat akaun maybank baru dah settle
makan coconut shake dah settle
teman orang potong rambut dah settle
pergi tempah baju pun dah settle


alhamdulillah :)



eza mmg tak boleh behave kalau duduk macamnii ok

ehehehhee, kau ingat kiut sangat ke muka kau eza?? hadoiii 

cuti sekolah pun bermula

wed balik ahad, isnin dan selasa. lama cuti so macam2 kitaorang buat dan selesaikan. ahad memang wajib makan makan tempat feveret sebab tahap mengidam aku memang kena tunaikan jugakk. kesian die balik penat2 aku buat tak tahu, yelah kann aku takde mood sebab datang bulan. lama2 baru ok sikit. so harini macam2 hal nak kena setelkan. isnin pejabat bukak, bank bukak, kedai baju pun bukak. ikot planning harini nak kena teman dia potong rambut, kemudian tempah baju, kemudian pegi bank simpan duit, lepastu pegi sane, pegi sini. ok banyak betul benda kena buat. ape ape pun ini dah hampir hujung tahun beb. tak sdarkan..

banyak benda kena buat, persiapan rapi kena dirancang dan segala-gala adalah wang, tak sabar menanti Mei..biar lambat asalkan selamat dan berkekalan insyallah..

perempuan dan senggugut

perempuan dan sengugut. elok elok balik kursus, jumaat dah senggugut woii. ok ape ape pun layan kejap gambar sepanjang kursu berlangsung...

isi borang peserta, ahah comel-comel je kann

permulaan taklimat, bersama si bakal pengantin dan saye adalah pengapitnya. takperlu masuk semua muka katanya..seri kena jaga hehehe, dan hanes interprem!

ini kawan baru hehehe, arina dan solehah kot hehe

yeahhh oldskul habessss


ok berbalik pada senggugut, perangai kita akan serba tak kena, itu tak boleh ini tak boleh.

Oct 17, 2011

ini adalah entry khas untuk anda semuaa

masa ni ariysa ok lagi tak menangis nak ikut pergi coconut shake, lepastu dia melalak mcam orang gila. kesian kau dekk..


two special for me, satu mana cukup kan? hehehe

oh NO! I left this entry for you :)

ready to go! I'll miss you :)


tadaaaa! dah tengok pic tak? okay dah ye, so dendiam duduk eza belanja makan mekdi. bye!

Oct 16, 2011

he's back before i went course!

hello, he'll back today. hehehe
















tu je nak cakap bye!

induksi

seronok dah dapat surat panggilan ke induksi, aku dengan midah dapat kat KL, JALAN TAR..memang kelass kauu eza..shopping sempat tak? ok ok. bila surat dah datang itu tandanya kena siapkan assigment. kerja-kerja seorang student bermula lagi. huhuhu teringat pulak masa buat thesis pun mampu apatah lagi assigment ni je kann. tiba2 bangga pulak sebab dah ade thesis sendiri. thanks to Prof Dr Mazeta  as my SV..

sempena meraikan kemeriahan kami pergi makan makan dakn karoke macam biasa. makan dekat cristal bay. dan pagi itu ada lawan boleh. heheh. dapat tempat ketiga untuk grouping. jadi laaa kann.

balik2 terus pulun buat sampai malam dan siapkan and pagi nii aku teru bawak pegi binding. lega weh dah siap. hadoiii. ni laaa hasilnyeee

tadaaaa....! siap dah pun


hehehe okay dah tengok kan? sesiapa yang nak tengok contoh boleh la komen dan letakkan email anda. saya akan send email dekat korang sebagai rujukan ok tak? dan lagi satu anda juga boleh mencari di facebook jika saya gagal berbuat demikian. thanks :)

Oct 9, 2011

bajet 2012

bajet 2012..berita gembira untuk penjawat awam khususnya guru. alhamdulillah kenaikan gaji, bonus dan kenaikan pangkat terbaru. alhamdulillah ini namanya rezeki tahun depan. insyallah insyallah..

taknak cakap lebih ah..kita tunggu tahun depan ok guys...


love you so much!



weekend

hai..

nak cerita pasal weekend boleh tak? sangat happy gila this week dimulakan dengan malam sabtu. yeah. mula2 pegi makan tempat feveret all time nasi lemak ayam dara dekat uptown dataran pahlawan. sesampai terus terjah kedai black dan kelihatan hanya ajie dan black di situ, cik yuyu ada dinner katanya.

duduk cari tempat makan mcam biasa, wah tauke kedai pun cakap lama tak nampak batang hidung aku dengan ecah. ok ok. order dulu. aku makan char ktiow dan ecah makan nasi lemak ayam dara. reserve tempat untuk si izuan, amin dan blank. yuyu pun datang join sekaki, borak bagai nak rak macam tak penah jumpa.

mula sesi bakar lemak dengan karok. kau tak caye kan kami bakar lemak? ok fine. selain karok kami juga mengamalkan menari bagai sampai berpeluh2, yela gile kot kau dah makan sampai gemuk kau karok duduk je. tak owsom! orang cakap. so...ape lagi dua jam kau hentam..kak zaida dengan hubby die pun datang meriahkan suasana. best!




malamtu jugak planning sagil, wuhuhu kebetulan si amin nak pegi. aku dengan ecah join laa. pagi kol8 gerak dah tunggu kat uma izuan memang terbaik. siap masuk bilik kejut die lagi..kau ade???


daki tanpa warning up memang main gila, korang jangan cari pasal ok. aku dah rasa. mula2 kita akan rasa peluh banyak sangat tanpa henti dan seakan ini pitam, wahhh. nasib baik ini kejap je jadi. teruskan misi ke puncak destinasi muri macam lagu asmaradana tu kan..daki sampai paling atas, memang cantik. aku dah rasa aku macam puteri gunung ledang je tau!

suratan atau kebetulan..tengah aku mandi aku nampak mamat ni macam kenal je, baru datang n letak beg baik punya kat tempat aku..die turun dekat air, aku pandang die, die pandang aku..
uhh amir hafiz kan? kawan facebook beb! hahahahah so ape lagi borak2 sakan la weh. rupanya kawan si sabit. sekolah agame lak dengan aku dulu. memang cantik ahhh..

mandi2 sampai kol2 baru naik, kecut bagai semua badan woii..enjoy sangat dan terus balik, emak si izuan siap masak lemak ketam lagi. kitaorang sebat dulu makan rumah die dan balik. so tired.

pukul5 dah kat rumah dapat la tido jap. kejap je stengah jam. bangun terus makan mak masak mihun sup untuk makan malam.  malam nak tengok al hijab pulak. ecah dinner rumah aku dan terus ke wayang

al hijab memang seram, aku punya penakut sampai aku pakai sekop dalm henbag aku wat tutup mate. dah macam penyamun je rupa. ecah dok gelak je. aku ingat balik memang kelakau tapi itulaa. aku takut asik tepanjat2 je, baik aku tutup mate aku dgn skaf aku tu at least takde la jelas muka antu aku nampak tu kan...sampai habis cerita ...tenang sikit aku hahahaha.

al hijab memang bes. tak rugi tengok.

lepas habis wayang boy ijad ajak lepak dawood. macam biasa. gelak ketawa yang tak pernah lekang, masih macam dulu. senda gurau tak habis2. seronok.kol2 balik rumah dan membuta.

pagi2 bangun mak dah masak. sebab nak hantar dayah balik JB. barang banyak nak naik bas pun susah. mak and ayah antau, aku ditugaskan kemas rumah macam mak kemas, yeahh berjaya beb.

lepastu sebab nak release stress mamat yang esok exam math, aku ajak die dengan ida tengok johny english. takpe aku tengok dua kali pun..asal dapat gelak dengan adik2 tersayang aku..


kemuncak hari ahad apabila wed balik.

opkos lah jumpa, kena jumpa jugak. hehehe. so tak boleh nak jelaskan betapa happynya..! so sekarang ni aku tengah siap2 nak keluar dating..alahaii gatal je bunyik!

Oct 3, 2011

KELAKAR

harini hari paling kelakar main facebook. sengaja mengusik kawan2 dengan propa. haha. saje saje. dengar lagu ni memang best. gara2 aisa rosti yang sengal tu. aku dengar lagu nii dann....aku terkagum dengan mamat ni. sepupu kepada mbe aku jugak, kak aniha. tiba2 rasa nak buat baik dengan dia. hahaha bodek!


dann aku terus sekodeng lelaki bermisai nipis dan ini lah dia...

sorry this is for suka2..anyway i like the way you are babe :) akak aniha  hehehehe


haii, anda semua jangan terkejut..hehehe
saya google!

dating dengan aisa :)

muka kontrol...

ini kenduri rumah pakcik osman..

ini lepas makan cendol jam besar tuu tauuu sedapppp

kita beratur beli tiket wayang,,hehehhe