Mar 31, 2011

sekali sekala saya layan siti nurhaliza

uwaaa, takmo cakap sebab tak suka. uwaaa nak nangis. uwaaa tak sukaaa. mak tolong, ayah tolong. nak pergi planet hitam. taknak jumpa semua orang, tak nak jumpa orang aku sayang lagi. taknak taknak. biar aku bawak diri aku. bye!

Mar 26, 2011

SAYA COPY

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.






SUMBER DARI SINI

bila ia tiada untuk kita, TERIMA

selamat hari sabtu. weekend lagi. sekejap masa berlalu. di pagi syahdu kelihatan matahari masik malu-malu nak keluar, dan keadaan seakan gelap manja. urghhh. mengeluh lagi. sememangnya hidup ini sangat indah, tanggapan orang. mungkin ya mungkin tidak. sesetengah orang memang dikurniakan dengan NASIB BAIK sepanjang hayatnya, kalau takde LUCK tu pun jarang. anda pulak bagaimana? kita bukan tuhan nak pertikaikan pasal luck, DIA yang bagi kita terima.

entahlah, aku cuba jugak beralih kearah lain, hmm tapi tak boleh. dah sebati dalam kepala. sehingga suatu hari nanti kita terpaksa menerima qada dan qadar tuhan, mungkin pada mulanya terpaksa tetapi selepas itu bukan paksaan, tapi rela, redha terima ketentuan Ilahi. Kita tak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang dan aku berharap sangat jika sesuatu bukan tertulis untuk kita, kita teruma dengan hati yang terbuka. anggaplah masa dan kenangan itu sebab penyuntik semangat kita untuk terus hidup. kita boleh sendiri senyum bangga sebab kita ada moments yang tak ternilai itu. apasal sayu nau hati aku pagi-pagi buta nii. okay pergi bersiap lah eza.

aktiviti harini: bersiap-siap ke jasin, rumah baby tengah musim buah. lepaskan tension dekat kebun durian bersama ecah. seronok balik kampung orang :)

Mar 21, 2011

satu per 4

saat kita merasa cinta begitu dekat, ia menjauhi seperti tertinggal keretapi. kita tak mungkin dapat gerabak yang sama. berbeza. dan juga saat kita merasa mungkin manis seperti gula cendol, rasa lemak-lemak manis membuat kita teringat-ingat.


kenapa kita diberi takdir begini? kenapa dia begitu? jangan pernah kita kesal kerana setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. kita mungkin tak rasa macam kita bahagia keluar date dengan bf kita tapi kita kena terima, rasa itu ada dan sentiasa ada. jujurlah wahai hati..sebab memang comel gila muka kalau tengah happy macam dapat bunga bf kita bagi. hahaha.


bersyukurlah apa yang kita dapat sekarang ni even orang selalu cakap, kau berhak dapat yang lebih baik tapi apakan daya, terima lah seadanya dan semoga ia membahagiakan kita selamanya.

Mar 17, 2011

cuti sekolah

malam tadi pergi tengok movie 127 hours dengan yuyu, ijad dan black. lagipun duduk rumah memang bosan. so takpe kita spent time tengok movie sebab aku pun rasa macam dah lama tak keluar malam. hahaha. cerita yang bagi aku menggerunkan, memang real sampai terangkat bontot aku tengok. lepastu pegi mencekik, takde la lapar sangat pun sebab dah makan waffle sebelum tu. sume makan cikencop. aku tukang bedal. aku malas nak cerita kelakar, bodoh tau. HAHAHHA


P/S : pagi-pagi mengantuk, hai cuti sekolah

TULISAN MERAH

bila situasi mengatasi kata-kata, maka tiada gunanya lagi. keadaan memang sempit jika kita sendiri menutup ruang dimensi. betulkah orang kata "ini balasa kau" UNTUK APA? okay sebelum terlanjur menulis tengok lah sorang perempuan ni. orang ramai cakap gemuk tak cantik. ini buktinya.




pandangan depan, lepas makan pil kurus. HAHAHAH



p/s: satu je aku nak pesan, BERSYUKURLAH APE YANG KITA ADA, APA YANG TUHAN BAGI. GEMUK KE KURUS KE TAKDE MASALAH. YANG PENTING HATI KENA BERSIH. BETUL TAK? 

menunggu mati

hai readers, sudah agak lama tak update belog kan? lot of thing happened sepanjang minggu ni. saat masa yang kita lalui terasa terlalu singkat, saat sayang hilang macam kita tertelan gulagetah. ini semua mungkin salah kita sendiri. okayy.

Mar 10, 2011

MARKS WILL BE UPDATE SOON

DEAR MY STUDENTS..


THIS IS MY OFFICIAL SITE ABOUT ME. I WILL UPDATE YOUR MARKS HERE. HOPE YOU WILL REFER AFTER THIS. 


I WILL UPDATE AS SOON AS POSSIBLE DURING THIS SCHOOL HOLIDAY. THANKS AND REGARDS.

Mar 4, 2011

demam

harini rasa nak demam. selesema dah makin menjadi-jadi. haihh. itu sakit ini sakit. aku tak sure larat keluar ke tak malam ni. nampak makin teruk je :(

seminggu sekejap

hidup bermula dengan isnin, mula dengan monday blues. agak tension bila pergi sekolah tapi dapat panggilan talifon daripada yuyu "petang ni kita pergi tengok bola dekat stadium tun fatimah" okay memang cantik pengisian petang hari aku. sebelah malam pula kami dinner bersama. ijad, yuyu, black telah ke dominos untuk makan. kesian black lapar. penat main bola. bergelak ketawa bersama, dan mungkin tiada yang lebih bahagia melainkan duduk semeja dan bercerita macam setahun tak berjumpa.


hidup diteruskan ke hari selasa. pulang sekolah dan bersiap. sekali lagi ke stadium tun fatimah. kali ini bersama emak dan bidul. nak pergi bagi moral support dekat si adik bongsu. wakil sekolah masuk final. alhamdulillah jadi johan. betul jugak orang cakap. bapak  main bola, anak anak pun akan main bola juga. hehe. bidul belanja dominos sekali lagi. so dua hari berturut turut aku makan pizza. huhu.


rabu, hari rabu diteruskan macam biasa cuma pukul3 petang ada merentas desa sekolah aku. jaga checkpoint. badan tak berapa nak sihat. balik rumah aku terus sakit kepala dan teringat aku kena settlekan jadual waktu makmal komputer sebab aku AJK. lemauu dan tidur awal.


selamat hari khamis. balik rumah lambat harini. settlekan kertas soalan untuk exam minggu depan dan sebelah malam keluar dengan yuyu. aku pun nak beli barang sekolah dan yuyu mahu shopping. masuk MNG aku dah tak boleh nak kawal nafsu. cantik gila oh baju yuyu beli. serious. nice outfits!


jumaat, dan aku masih belum mandi. sibuk melayankan arisya bermain. arini rileks. masuk sekolah sebelah petang. dan kita bakal bertemu weekend. harini birthday haziq, mak die pun dah bawak kek dan lilin. kena celebrate. hehehe. oh ya. selamat ulangtahun kelahiran jugak kepada Mr Wed yang ke 24. goodbye !