Mar 26, 2011

bila ia tiada untuk kita, TERIMA

selamat hari sabtu. weekend lagi. sekejap masa berlalu. di pagi syahdu kelihatan matahari masik malu-malu nak keluar, dan keadaan seakan gelap manja. urghhh. mengeluh lagi. sememangnya hidup ini sangat indah, tanggapan orang. mungkin ya mungkin tidak. sesetengah orang memang dikurniakan dengan NASIB BAIK sepanjang hayatnya, kalau takde LUCK tu pun jarang. anda pulak bagaimana? kita bukan tuhan nak pertikaikan pasal luck, DIA yang bagi kita terima.

entahlah, aku cuba jugak beralih kearah lain, hmm tapi tak boleh. dah sebati dalam kepala. sehingga suatu hari nanti kita terpaksa menerima qada dan qadar tuhan, mungkin pada mulanya terpaksa tetapi selepas itu bukan paksaan, tapi rela, redha terima ketentuan Ilahi. Kita tak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang dan aku berharap sangat jika sesuatu bukan tertulis untuk kita, kita teruma dengan hati yang terbuka. anggaplah masa dan kenangan itu sebab penyuntik semangat kita untuk terus hidup. kita boleh sendiri senyum bangga sebab kita ada moments yang tak ternilai itu. apasal sayu nau hati aku pagi-pagi buta nii. okay pergi bersiap lah eza.

aktiviti harini: bersiap-siap ke jasin, rumah baby tengah musim buah. lepaskan tension dekat kebun durian bersama ecah. seronok balik kampung orang :)

No comments: