Mar 4, 2011

seminggu sekejap

hidup bermula dengan isnin, mula dengan monday blues. agak tension bila pergi sekolah tapi dapat panggilan talifon daripada yuyu "petang ni kita pergi tengok bola dekat stadium tun fatimah" okay memang cantik pengisian petang hari aku. sebelah malam pula kami dinner bersama. ijad, yuyu, black telah ke dominos untuk makan. kesian black lapar. penat main bola. bergelak ketawa bersama, dan mungkin tiada yang lebih bahagia melainkan duduk semeja dan bercerita macam setahun tak berjumpa.


hidup diteruskan ke hari selasa. pulang sekolah dan bersiap. sekali lagi ke stadium tun fatimah. kali ini bersama emak dan bidul. nak pergi bagi moral support dekat si adik bongsu. wakil sekolah masuk final. alhamdulillah jadi johan. betul jugak orang cakap. bapak  main bola, anak anak pun akan main bola juga. hehe. bidul belanja dominos sekali lagi. so dua hari berturut turut aku makan pizza. huhu.


rabu, hari rabu diteruskan macam biasa cuma pukul3 petang ada merentas desa sekolah aku. jaga checkpoint. badan tak berapa nak sihat. balik rumah aku terus sakit kepala dan teringat aku kena settlekan jadual waktu makmal komputer sebab aku AJK. lemauu dan tidur awal.


selamat hari khamis. balik rumah lambat harini. settlekan kertas soalan untuk exam minggu depan dan sebelah malam keluar dengan yuyu. aku pun nak beli barang sekolah dan yuyu mahu shopping. masuk MNG aku dah tak boleh nak kawal nafsu. cantik gila oh baju yuyu beli. serious. nice outfits!


jumaat, dan aku masih belum mandi. sibuk melayankan arisya bermain. arini rileks. masuk sekolah sebelah petang. dan kita bakal bertemu weekend. harini birthday haziq, mak die pun dah bawak kek dan lilin. kena celebrate. hehehe. oh ya. selamat ulangtahun kelahiran jugak kepada Mr Wed yang ke 24. goodbye !

No comments: