Apr 28, 2011

nesh nesh!

layan punya layan youtube sekali terplay lagu nash zahir tak terucap. gatal sangat tangan nak dengar. hamik kau. kemang kemik hidung, berair semacam. pehh sesedih teramat pulak aku. hehh! ADE KAITAN KE???







p/s: aku sebenarnya ada menyimpan kasih padamu., cuma zahir tak terucap kerana dibayang rasa sangsi. aku terpaksa kuburkan walapun kasih ku ada, kerana dia masih memerlukanmu. Firstime kott!

Apr 24, 2011

maaf, lupa letak tajuk

uwahhh, last post adalah semasa 3 hari lepas, now dah hari keenam.

Tiga hari lepas yang tak bermaya, mata kuyu membuatkan aku surrender ke klinik. Dapat mc dua hari cukup untuk rehatkan badan. Memang lesu habis badan pun sakit-sakit. Doktor cakap kena jangkitan, haihh.

"Alhamdulillah, saya dah habiskan yang dituntut, cuma hari-hari buat yang sunat, tunggu saya balik"

Setiap hari mesti ada perkembangan, cukup sekadar mengatakan hati dan perasaan dan kadang kala kedengaran suara.

Menunggu Rabu tak sabar rasanya. Rabu ini hari paling penting sebab ada interview SPP. Kena banyak study dan baca buku, isu semasa itu paling banyak ditanya. Risau betul menunggu Rabu. Wish me luck untuk hari Rabu ni ye.

"Hari Sabtu saya sudah di Malaysia" - Mr. Wed.

Whoaaa, lambatnye Sabtu.


p/s: tertanya-tanya mana Ijad hilang, tercari-cari dan tertanya-tanya kemana lah biri-biri kesayangan aku yang sorang nii :(


tambahan, reply dari Ijad "kat KL, sabtu ahad futsal, isnin selasa kursus kat bangi" aku reply semula "dan rabu pula aku interview, cuak gile"
uwahhh, last post adalah semasa 3 hari lepas, now dah hari keenam.

Tiga hari lepas yang tak bermaya, mata kuyu membuatkan aku surrender ke klinik. Dapat mc dua hari cukup untuk rehatkan badan. Memang lesu habis badan pun sakit-sakit. Doktor cakap kena jangkitan, haihh.

"Alhamdulillah, saya dah habiskan yang dituntut, cuma hari-hari buat yang sunat, tunggu saya balik"

Setiap hari mesti ada perkembangan, cukup sekadar mengatakan hati dan perasaan dan kadang kala kedengaran suara.

Menunggu Rabu tak sabar rasanya. Rabu ini hari paling penting sebab ada interview SPP. Kena banyak study dan baca buku, isu semasa itu paling banyak ditanya. Risau betul menunggu Rabu. Wish me luck untuk hari Rabu ni ye.

"Hari Sabtu saya sudah di Malaysia" - Mr. Wed.

Whoaaa, lambatnye Sabtu.


p/s: tertanya-tanya mana Ijad hilang, tercari-cari dan tertanya-tanya kemana lah biri-biri kesayangan aku yang sorang nii :(


tambahan, reply dari Ijad "kat KL, sabtu ahad futsal, isnin selasa kursus kat bangi" aku reply semula "dan rabu pula aku interview, cuak gile"

Apr 20, 2011

ketiak busuk

deringan the beatles berbunyi sayup, angkat dan jawab. Alhamdulillah.

"Cakap pun dah macam Arab ye"


Awak, ini baru hari KETIGA. Dah okay sikit. Semua berjalan lancar :)

Apr 19, 2011

selamat

Pagi selasa yang sungguh selesa, terkejut melihat notifikasi telefon berkelip kelip minta dibuka.

"You have 18 missed called at 12.34 pm." "4 received messages"

Ya Allah, tidur mati aku malam tadi. Tertera nombor dari tanah Arab 9665555.....panjang semacam.

"Awalnye awak dah tido" "Ehem, rindu awak" dan "..............."

Satu lagi dari yuyu, sorry aku tak balas sebab dah tido jugak :P

Dengan tenang lepas kelas pukul10.30 pagi aku balas

"Sorry, tido awal malam tadi. Harap awak sihat disana" pendek dan padat. Mahal laa roaming :(

"Alhamdulillah, saye sihat, semua sihat. Kau awak pergi sama mesti lagi best"

Dah tak boleh nak balas lagi, kredit habis :(


Awak, terima kasih. Ini baru hari KEDUA

Apr 18, 2011

semakin jauh, syukur hanya 14 hari sahaja.

Awak, kita semakin jauh. Kita terpaksa barjauhan selama 14 hari. Mungkin ini lah masa untuk kita masing-masing memberi ruang kepada diri sendiri dalam mengenal erti rasa ini.

Awak, saya doakan yang terbaik akan datang untuk kita dan awak membawa pulang dengan segunung harapan dan kalungan rasa cinta kepadaNYA dan sedikit untuk saya.

Awak, sejahteralah disana dan carilah ketenangan yang hakiki serta keberkatan di tanah milikNYA itu dan saya redha menerima segala ketentuanNYA andai itu takdir kita,

Awak, semoga selamat lah disana bersama keluarga awak dan jangan sesekali rindu pada saya disini kelak saya akan lebih merindui ketiadaan awak.

Awak, ini baru HARI PERTAMA :(


4:20 AM, waktu Malaysia mesej masuk:

"alhamdulillah, saya dah selamat tiba di Bahrain" -

Apr 12, 2011

SELAMAT MALAM

selamat menjelang malam. saya rindu dengan MEREKA. hmm.


SELAMAT MALAM :)

Apr 8, 2011

i love you honey!

hai, saye memang dah mengantuk teramat. di dalam makmal komputer. jam menunjukkan pukul empat petang, pelajar masih berehat dan si guru duduk melamun dan menyiapkan setiap inci tugasan dan rancangan pengajaran esok hari. dalam hati masih gusar memandangkan fail induk masih belum disiapkan kerana tiada rujukan. aduhh. mana guru lama yang kononnya sepatut memberi tunjuk ajar. okay takpe. sila buat dengan segera. besok sekolah dan si guru masih memikirkan apakah aktiviti menarik untk pelajarnya. sabtu adalah cuti mengikut sebahagian mentaliti. dan makanya mood adalah cuti dan sukar menerima apa yang bakal di ajar. si guru mengeluh, besok bawak laptop dan cari bahan secara online bersama pelajar. jenguk facebook. mungkin menarik!


p/s: haii dekat sini youtube kena block. so nak layan ape eh? oh ya hobi baru adalah bermain math games untuk kanak-kanak. seronokk!

APE APE PUN BOLEH JADI LAAAA

berkepul-kepul idea nak menulis harini. hahaha. banyak benda aku nak ulas, banyak benda aku nak pangkah, banyak benda aku nak sokong. cikgu perlukan cuti rehat, cuti kena cukup supaya ada energi nak mengajar. bukan nak mengeluh tapi memang busy bukan main tau. tapi kita kena laa terima sebab ini dah memang kerja kita.

"APE NAK CAKAP NI LAGI, NAK CAKAP PUN TAK TAHU"

hai, ini indah ok

wahai kaum adam telah allah berikan kamu sebuah taman syurga yg sungguh indah dgn kupu2 yg sungguh cantik dtg mengerumuni mu,igtlah jgnlah engkau merosakkan tmn syurgamu dengan serangga yg berbisa..sesungguhnya taman syurgamu itu adalah isteri yg solehah,dan kupu2 itu adalah ank2 yg soleh dan solehah...

sila fahami isi petikan di bawah dan kemudian cari makna tersembunyi

saat menunggu nak ke sekolah, sempat lagi nak update belog. hmm. banyak benda nak cerita. okay kita mulakan dengan kesemua kesayangan aku. bermula dengan yuyu, makin kurus kawan aku sorang nih, haihh. tak makan ke hape. cepat cepat sihat yuyu, jangan dera diri tak makan. awak tu kena gemuk kasi pipi tembam. hehehe. ape ape pun yang terjadi kita kena tabah dan terima segalanya. aku harap kau sentiasa bahagia okay. the day will coming soon! hoyeah, aku adalah orang paling happy tau! HEE

okay masuk bab kedua, ijad. haihh, eh apasal mengeluh? okay saje je. lame gila tak jumpa. masing-masing dah busy, game, sekolah dan segala bagai. tapi aku betul-betul cuak dengan mimpi aku haritu thats why aku cepat-cepat mesej kau, tanya kau sebab aku takut mati dalam keadaan bersalah. hukhuk. dahsyat. okay, just wish you selamat manjalani hari-hari. bila tak busy kita boleh jumpa. insyaallah. I MISS YOU OHH BIRI-BIRI!

BLACK, opps terbesar lak hurufnya, hahaa. yang ini pun aku dah lama gila tak jumpa. tapi tak la segila lama tak jumpa ijad. hahaha. aku buat muka kerek je lalu depan kedai die. haha. dear black, just want to wish you semoga happy, buat apa sahaja keputusan tanpa sebarang paksaan atau terburu-buru. nescaya kita akan mendapat pulangan yang elok. tak salah untuk kita mencuba nasib sebab itulah kita kena terima QADA DAN QADAR ALLAH. jadikan pengalaman lepas sebagai rujukan, mesti kebun bunga anda yang disiram baja akan kelihatan rimbu dihiasi bunga dan kumbang. selain itu ia wangii sepanjang masa, itu yang kita mahukan. INSYALLAH.

boy..alaaa mane budak ni. lama tak contact cuma sekadar balas-balas komen dekat facebook je. takpelah daripada lost contact. so juara dalam carta yang paling lama aku tak jumpa adalah boy. hehehe. balik la boy. senang-senang boleh lepak. anak-anak awak ni semua tunggu kau tau!



ISI PEMBELAJARAN YANG BOLEH DIDAPATI DI DALAM PETIKAN DI ATAS IALAH:




  1. Sifat kasih-sayang sesama insan yang tidak berbelah bagi walaupun pelbagai dugaan yang datang menimpa.
  2. Sikap tidak mudah putus asa dalam memperbaiki sesuatu perhubungan supaya kekal harmoni dan ceria sepanjang masa.
  3. Menghargai satu sama lain dengan saling ingat mengingatkan dan jujur dalam segala hal.
  4. Cinta bukan datang dengan paksaan, ia datang dengan sendiri. Sekali dah jatuh cinta memang tak boleh nak bangun!
  5. Kerjasama antara insan, sama-sama sedih, sama-sama gembira. Sikit sama sikit, banyak sama banyak. 
  6. Alangkah indahnya apa yang kita impikan menjadi kenyataan, tetapi kita harus ingat juga bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 
  7. Terima seadanya setiap dugaan dan berusaha memperbaiki selagi boleh.
  8. Sikap tidak materialistik, nak tengok contoh tak? aku tak belanja mereka ni lagi. Tapi belum ada sebarang komplen pun. Ini yang buat aku makin sayang dengan sikap saling memahami kerjaya masing-masing. HAHAHAHA!

Apr 5, 2011

tiada masa

hai, aku tak suka nak cerita tapi. okay aku cerita. dalam hidup kita ditimpa pelbagai dugaan dan cabaran. semua ada. pahit manis. cuma kadang-kadang kita tak kuat nak tempuh. ada saja yang datang jenguk. hal itu lah. hal ini lah. cuma yang aku boleh katakan dekat sini, aku macam errr..ah entahlaa. aku tak reti nak gambarkan apa aku rasa. yang pasti ade rasa pahit-pahit macam ubat sikit. tapi dah kata ubat kan, kena laa telannn jugak :)



p/s: anyway, harap ALLAH memberikan petunjuk yang baik