Apr 18, 2011

semakin jauh, syukur hanya 14 hari sahaja.

Awak, kita semakin jauh. Kita terpaksa barjauhan selama 14 hari. Mungkin ini lah masa untuk kita masing-masing memberi ruang kepada diri sendiri dalam mengenal erti rasa ini.

Awak, saya doakan yang terbaik akan datang untuk kita dan awak membawa pulang dengan segunung harapan dan kalungan rasa cinta kepadaNYA dan sedikit untuk saya.

Awak, sejahteralah disana dan carilah ketenangan yang hakiki serta keberkatan di tanah milikNYA itu dan saya redha menerima segala ketentuanNYA andai itu takdir kita,

Awak, semoga selamat lah disana bersama keluarga awak dan jangan sesekali rindu pada saya disini kelak saya akan lebih merindui ketiadaan awak.

Awak, ini baru HARI PERTAMA :(


4:20 AM, waktu Malaysia mesej masuk:

"alhamdulillah, saya dah selamat tiba di Bahrain" -

No comments: