Apr 8, 2011

sila fahami isi petikan di bawah dan kemudian cari makna tersembunyi

saat menunggu nak ke sekolah, sempat lagi nak update belog. hmm. banyak benda nak cerita. okay kita mulakan dengan kesemua kesayangan aku. bermula dengan yuyu, makin kurus kawan aku sorang nih, haihh. tak makan ke hape. cepat cepat sihat yuyu, jangan dera diri tak makan. awak tu kena gemuk kasi pipi tembam. hehehe. ape ape pun yang terjadi kita kena tabah dan terima segalanya. aku harap kau sentiasa bahagia okay. the day will coming soon! hoyeah, aku adalah orang paling happy tau! HEE

okay masuk bab kedua, ijad. haihh, eh apasal mengeluh? okay saje je. lame gila tak jumpa. masing-masing dah busy, game, sekolah dan segala bagai. tapi aku betul-betul cuak dengan mimpi aku haritu thats why aku cepat-cepat mesej kau, tanya kau sebab aku takut mati dalam keadaan bersalah. hukhuk. dahsyat. okay, just wish you selamat manjalani hari-hari. bila tak busy kita boleh jumpa. insyaallah. I MISS YOU OHH BIRI-BIRI!

BLACK, opps terbesar lak hurufnya, hahaa. yang ini pun aku dah lama gila tak jumpa. tapi tak la segila lama tak jumpa ijad. hahaha. aku buat muka kerek je lalu depan kedai die. haha. dear black, just want to wish you semoga happy, buat apa sahaja keputusan tanpa sebarang paksaan atau terburu-buru. nescaya kita akan mendapat pulangan yang elok. tak salah untuk kita mencuba nasib sebab itulah kita kena terima QADA DAN QADAR ALLAH. jadikan pengalaman lepas sebagai rujukan, mesti kebun bunga anda yang disiram baja akan kelihatan rimbu dihiasi bunga dan kumbang. selain itu ia wangii sepanjang masa, itu yang kita mahukan. INSYALLAH.

boy..alaaa mane budak ni. lama tak contact cuma sekadar balas-balas komen dekat facebook je. takpelah daripada lost contact. so juara dalam carta yang paling lama aku tak jumpa adalah boy. hehehe. balik la boy. senang-senang boleh lepak. anak-anak awak ni semua tunggu kau tau!



ISI PEMBELAJARAN YANG BOLEH DIDAPATI DI DALAM PETIKAN DI ATAS IALAH:




  1. Sifat kasih-sayang sesama insan yang tidak berbelah bagi walaupun pelbagai dugaan yang datang menimpa.
  2. Sikap tidak mudah putus asa dalam memperbaiki sesuatu perhubungan supaya kekal harmoni dan ceria sepanjang masa.
  3. Menghargai satu sama lain dengan saling ingat mengingatkan dan jujur dalam segala hal.
  4. Cinta bukan datang dengan paksaan, ia datang dengan sendiri. Sekali dah jatuh cinta memang tak boleh nak bangun!
  5. Kerjasama antara insan, sama-sama sedih, sama-sama gembira. Sikit sama sikit, banyak sama banyak. 
  6. Alangkah indahnya apa yang kita impikan menjadi kenyataan, tetapi kita harus ingat juga bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 
  7. Terima seadanya setiap dugaan dan berusaha memperbaiki selagi boleh.
  8. Sikap tidak materialistik, nak tengok contoh tak? aku tak belanja mereka ni lagi. Tapi belum ada sebarang komplen pun. Ini yang buat aku makin sayang dengan sikap saling memahami kerjaya masing-masing. HAHAHAHA!

1 comment:

Muhamad Siddiq said...

LOL..please click my nuffnang ads!!!