Jun 24, 2011

SHARING :)

Perlu di ingat kita hidup di dunia untuk mengabdikan diri kepada Allah. Setiap manusia akan di uji keimanannya mengikut kadar kemampuan dirinya. Memang benar kita sebaiknya melakukan solat istikharah sekiranya kita diajukan oleh seseorang untuk memilih . Memilih antara 2, menerima atau menolak.

Dan anjuran agama Islam ini tidak ada pun menyebut perlu mengenali hati budi melainkan mengenali akhlak dan agamanya. Garis panduan juga antara 2, samada lelaki itu taat agama atau tidak, akhlaknya baik atau tidak. Dan melalui solat istikharah, doa sungguh-sungguh mohon Allahy berikan petunjuk adakah lelaki itu baik untuk dunia dan akhirat.

Sebab ada juga yang telah diajukan dan menemui lelaki yang baik dari segi agama dan akhlak tetapi dia tetap bukan jodoh yang Allah berikan maka tidak jadi juga.

Maka , sebenarnya tidak perlu sangat untuk kita mengenali hati budi bakal suami sebelum berkahwin, lagi pun untuk tujuan apa mengenali lebih-lebih tentang mereka? Takut jodoh tak lama? Takut tak bahagia?

Bukankah urusan jodoh , rezeki, maut , bahagia  atau derita hidup ini urusan Tuhan? Cukuplah kita tahu sikit-sikit berdasarkan luarannya, samada dia solat atau tidak, seorang pelaku maksiat atau tidak. Yang lain-lain tu tak perlu sebabnya kita sendiri atau sesiapa sahaja tidak akan tahu apa yang berlaku di masa depan kita.

Bercinta bagai  nak rak pun, ramai juga kecundang rumah tangganya. Ada juga yang langsung tidak kenal, tetapi bahagia hidupnya kerana bersedia menerima kekurangan masing-masing dan saling tampal menampal kekurangan itu apabila ditemui sesudah berumah tangga.

Jadi kesimpulannya, cukup mengenali  lelaki itu samada dia pelaku maksiat dosa besar  atau tidak. Selebihnya serahkan urusannya jodoh atau tidak, bahagia atau tidak kepada urusan Allah.




NAK CERITA LAGI TAK? AMIK JE KAT SINI

No comments: