Aug 23, 2011

BN Youth Job Fair 2011 MELAKA


Lebih 8,000 peluang pekerjaan ditawarkan

23/07/2011 8:45pm

MELAKA – Pameran kerjaya BN Youth Job Fair 2011 peringkat negeri Melaka menawarkan 8,500 peluang pekerjaan, kata Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, pameran selama tiga hari bermula semalam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, menyasarkan 20,000 pengunjung yang ingin mencari pekerjaan.
"Setakat hari ini sudah 12,000 orang mengunjungi program ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pameran itu oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di MITC, hari ini

Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata, pameran kerjaya itu akan diadakan di Sabah selama tiga hari bermula 29 Julai ini diikuti Kuala Lumpur Oktober ini, manakala di Perak dan Terengganu tarikh belum ditetapkan. – Bernama


sumber dari sini

No comments: