Sep 19, 2011

RUMAH TERBUKA JUNSU

tengah bersiap siap untuk ke rumah terbuka junsu sempat lagi update belog, yeah isi masa dulu sementara ada idea nak menulis. jemputan rumah terbuka dipenuhi, seronok. dalam keseronokan ada jugak kesedihan yang tak berapa nak sedih.

rentetan cerita sedih tak berapa nak sedih, wed akan mengikuti misi di somalia, tengah tunggu surat arahan, enam bulan disana, okay sedih tapi tak sedih. dia pergi berjihad itu sahaja. aku pun terasa mcam bangga, ajal maut semua letak tepi. kalau dah tertulis takdirnya aku terima, masing terima. okay menangis sikit, tapi dia tak pernah putus membahagiakan aku. subhanallah. aku patut bersyukur sangat2.


ini aku kena nanyi lagi perwira..yeayy..kekanda di medan perang, adinda di medan seri..sama2 berjuang, sama2 berbakti untuk ibu pertiwi...rela sehidup semati bersamamu perwiraku......

dalam pada itu kami bincang jugak kemungkinan yang bakal berlaku, dalam kepala tak lari dari memikirkan andai dia mati. yes mati. senang cerita. dengan nada bersahaja, cincin dua bentuk dan barang batal air sembahyang tu awak pergi pulangkan balik, duit dia awak sedekah anak yatim. itu dah cukup. sedih sampai memeleh air mata dibuatnya.
okay macamana dengan awak kalau saya mati dekat sana? saya pulang kan semua barang tu, sedekah anak yatim, agak2 dalam 3 bulan saya memang sedih tapi lepastu anak orang lain masuk meminang saya terima dan terus kawen. life must go on. wee! sentap tak ayat aku.
hahahahhaa.. ini memang satu gurauan, tapi ini lah hidup. ape pun terjadi kita kena terima tu sahaja.

"saya tahu awak memang sayang saya, awak tak akan cakap awak meroyan 3 bulan tak makan tak minum, hahaha, ini buat tiang kasih kita bertambah kukuh sayang" -such a lovely words right, aku je tak boleh blah segan konon, bye!


next adalah berita gembira cuti dua hari isnin selasa depan dah lulus sempena konvo dayah, thanks tuan pengetua sebab bagi kelulusan cuti :)



No comments: