Oct 30, 2011

great Sunday morning

hello peeps..buat apa harini? program orang kahwin banyak kan? dah nak masuk musim cuti sekolah kan kan..

malam tadi tengok game terengganu vs negeri 9 dan of course anak jantan n9 monang...suko eh den..den memang suko samo ujang..hehe

malamni keluar awal sikit, kenapa? dah rindu sangat letew..eh takde lah. sesaje je. comel je tengok wed bawak kain pelikat, nak solat senang..aihh aihh. jangan memain ye.. ini serius. satu ciri yang aku nak pengsan tengok dia terkedek2 turun kereta pakai kain pelikat. tak susah pun kan. nak pergi solat..

dulu nak keluar kena lepas isyak, tapi sejak kita dah bagi dia idea bawak kain pelikat, menjadi pulak. alhamdulillah. bawak kain pelikat sebab tak sopan nak masuk masjid atau surau dengan seluar pendek. syukur alhamdulillah aku ditemukan dengan orang yang boleh membimbing aku, soleh gitu kan?

yelah kan, teringat dulu2..hubungan banyak yang tak menjadi semua takde ciri2 ni semua. auhh auhh..ok kita sambung cerita balik tadi k..


PEREMPUAN MEMANG TAK SUKA LELAKI UNGKIT PASAL GF LAMA DIA. ok fine. tak betul sebab aku boleh mendengar kenapa hubungan mereka tak menjadi. kita sama2 discuss apa yang kurang sebenarnya. rupanya emosi kuat die nii. dengan aku pulak dah pandai kontrol, sejuk je. ahahahaaiiii sukenyewwww!

LELAKI MEMANG TAK SUKA AWEK DIE CECITA BF LAMA DIA. takk. anda silap. dia sendiri tanya dan mintak dicerita dan dibincang. face to face. sesudahnyaa kami sama2 serba kekurangan dan cuba untuk mengatasi masalah tersebut. saya boleh tenang mendengarnya. takde gelabah tetek cemburu bukan2 dan begitu juga dia..


ehh ehh dah melalut nii...ok malam tadi pukul4 pagi kita baru balik tauu. kita teman dia macam2. sebab dia nak balik pukul5..so kesian lepak jelah sama2. tu yang jadi macam rancangan brainwash tu. uhuhu. sangat puas sebab dapat makan dominos dan ice cream mekdi. nyammmm!


7 balas sembilan..nak tanya sikit lah kan..kalau tujuh dulang hantaran pihak lelaki berbalas 9 dulang hantaran perempuan cemana tuu? cincin tu termasuk sekali dalam kiraan dulang hantaran tu ke??



nak kena tanya makk ni. huhu. emak pun tak tahu sebenarnyee..:P



okay lah, nak berkemas2 rumah. besok kita dah sekolah. love youuu!

Oct 25, 2011

gedebak gedebuk

yeah, gedebak gedebuk besok dah raya deepavali. so sempena deepavali saya nak buat entry khas untuk anda semua sebab sama-sama happy dekat belog eza yeahh.


saja nak show off gelang india. haha. ok original from india tau!

jom tengok. sebab muka aku je exposed lebih. ini semua tak edit. kau tengok jelaa kk

ini hanya separuh, selebihnya adik2 dah angkut dahhhh

kelas kau kannnnn hahahaha

main cakk cakkk ye

pengsan kejap tengok kajol...

ini konon berangan shah rukh khan dekat depan laa niii

ini macam bipasha basu pakai bikini hehehhehe

Oct 24, 2011

seharian

fuhh fuhh penat gila..

buat akaun maybank baru dah settle
makan coconut shake dah settle
teman orang potong rambut dah settle
pergi tempah baju pun dah settle


alhamdulillah :)



eza mmg tak boleh behave kalau duduk macamnii ok

ehehehhee, kau ingat kiut sangat ke muka kau eza?? hadoiii 

cuti sekolah pun bermula

wed balik ahad, isnin dan selasa. lama cuti so macam2 kitaorang buat dan selesaikan. ahad memang wajib makan makan tempat feveret sebab tahap mengidam aku memang kena tunaikan jugakk. kesian die balik penat2 aku buat tak tahu, yelah kann aku takde mood sebab datang bulan. lama2 baru ok sikit. so harini macam2 hal nak kena setelkan. isnin pejabat bukak, bank bukak, kedai baju pun bukak. ikot planning harini nak kena teman dia potong rambut, kemudian tempah baju, kemudian pegi bank simpan duit, lepastu pegi sane, pegi sini. ok banyak betul benda kena buat. ape ape pun ini dah hampir hujung tahun beb. tak sdarkan..

banyak benda kena buat, persiapan rapi kena dirancang dan segala-gala adalah wang, tak sabar menanti Mei..biar lambat asalkan selamat dan berkekalan insyallah..

perempuan dan senggugut

perempuan dan sengugut. elok elok balik kursus, jumaat dah senggugut woii. ok ape ape pun layan kejap gambar sepanjang kursu berlangsung...

isi borang peserta, ahah comel-comel je kann

permulaan taklimat, bersama si bakal pengantin dan saye adalah pengapitnya. takperlu masuk semua muka katanya..seri kena jaga hehehe, dan hanes interprem!

ini kawan baru hehehe, arina dan solehah kot hehe

yeahhh oldskul habessss


ok berbalik pada senggugut, perangai kita akan serba tak kena, itu tak boleh ini tak boleh.

Oct 17, 2011

ini adalah entry khas untuk anda semuaa

masa ni ariysa ok lagi tak menangis nak ikut pergi coconut shake, lepastu dia melalak mcam orang gila. kesian kau dekk..


two special for me, satu mana cukup kan? hehehe

oh NO! I left this entry for you :)

ready to go! I'll miss you :)


tadaaaa! dah tengok pic tak? okay dah ye, so dendiam duduk eza belanja makan mekdi. bye!

Oct 16, 2011

he's back before i went course!

hello, he'll back today. hehehe
















tu je nak cakap bye!

induksi

seronok dah dapat surat panggilan ke induksi, aku dengan midah dapat kat KL, JALAN TAR..memang kelass kauu eza..shopping sempat tak? ok ok. bila surat dah datang itu tandanya kena siapkan assigment. kerja-kerja seorang student bermula lagi. huhuhu teringat pulak masa buat thesis pun mampu apatah lagi assigment ni je kann. tiba2 bangga pulak sebab dah ade thesis sendiri. thanks to Prof Dr Mazeta  as my SV..

sempena meraikan kemeriahan kami pergi makan makan dakn karoke macam biasa. makan dekat cristal bay. dan pagi itu ada lawan boleh. heheh. dapat tempat ketiga untuk grouping. jadi laaa kann.

balik2 terus pulun buat sampai malam dan siapkan and pagi nii aku teru bawak pegi binding. lega weh dah siap. hadoiii. ni laaa hasilnyeee

tadaaaa....! siap dah pun


hehehe okay dah tengok kan? sesiapa yang nak tengok contoh boleh la komen dan letakkan email anda. saya akan send email dekat korang sebagai rujukan ok tak? dan lagi satu anda juga boleh mencari di facebook jika saya gagal berbuat demikian. thanks :)

Oct 9, 2011

bajet 2012

bajet 2012..berita gembira untuk penjawat awam khususnya guru. alhamdulillah kenaikan gaji, bonus dan kenaikan pangkat terbaru. alhamdulillah ini namanya rezeki tahun depan. insyallah insyallah..

taknak cakap lebih ah..kita tunggu tahun depan ok guys...


love you so much!



weekend

hai..

nak cerita pasal weekend boleh tak? sangat happy gila this week dimulakan dengan malam sabtu. yeah. mula2 pegi makan tempat feveret all time nasi lemak ayam dara dekat uptown dataran pahlawan. sesampai terus terjah kedai black dan kelihatan hanya ajie dan black di situ, cik yuyu ada dinner katanya.

duduk cari tempat makan mcam biasa, wah tauke kedai pun cakap lama tak nampak batang hidung aku dengan ecah. ok ok. order dulu. aku makan char ktiow dan ecah makan nasi lemak ayam dara. reserve tempat untuk si izuan, amin dan blank. yuyu pun datang join sekaki, borak bagai nak rak macam tak penah jumpa.

mula sesi bakar lemak dengan karok. kau tak caye kan kami bakar lemak? ok fine. selain karok kami juga mengamalkan menari bagai sampai berpeluh2, yela gile kot kau dah makan sampai gemuk kau karok duduk je. tak owsom! orang cakap. so...ape lagi dua jam kau hentam..kak zaida dengan hubby die pun datang meriahkan suasana. best!




malamtu jugak planning sagil, wuhuhu kebetulan si amin nak pegi. aku dengan ecah join laa. pagi kol8 gerak dah tunggu kat uma izuan memang terbaik. siap masuk bilik kejut die lagi..kau ade???


daki tanpa warning up memang main gila, korang jangan cari pasal ok. aku dah rasa. mula2 kita akan rasa peluh banyak sangat tanpa henti dan seakan ini pitam, wahhh. nasib baik ini kejap je jadi. teruskan misi ke puncak destinasi muri macam lagu asmaradana tu kan..daki sampai paling atas, memang cantik. aku dah rasa aku macam puteri gunung ledang je tau!

suratan atau kebetulan..tengah aku mandi aku nampak mamat ni macam kenal je, baru datang n letak beg baik punya kat tempat aku..die turun dekat air, aku pandang die, die pandang aku..
uhh amir hafiz kan? kawan facebook beb! hahahahah so ape lagi borak2 sakan la weh. rupanya kawan si sabit. sekolah agame lak dengan aku dulu. memang cantik ahhh..

mandi2 sampai kol2 baru naik, kecut bagai semua badan woii..enjoy sangat dan terus balik, emak si izuan siap masak lemak ketam lagi. kitaorang sebat dulu makan rumah die dan balik. so tired.

pukul5 dah kat rumah dapat la tido jap. kejap je stengah jam. bangun terus makan mak masak mihun sup untuk makan malam.  malam nak tengok al hijab pulak. ecah dinner rumah aku dan terus ke wayang

al hijab memang seram, aku punya penakut sampai aku pakai sekop dalm henbag aku wat tutup mate. dah macam penyamun je rupa. ecah dok gelak je. aku ingat balik memang kelakau tapi itulaa. aku takut asik tepanjat2 je, baik aku tutup mate aku dgn skaf aku tu at least takde la jelas muka antu aku nampak tu kan...sampai habis cerita ...tenang sikit aku hahahaha.

al hijab memang bes. tak rugi tengok.

lepas habis wayang boy ijad ajak lepak dawood. macam biasa. gelak ketawa yang tak pernah lekang, masih macam dulu. senda gurau tak habis2. seronok.kol2 balik rumah dan membuta.

pagi2 bangun mak dah masak. sebab nak hantar dayah balik JB. barang banyak nak naik bas pun susah. mak and ayah antau, aku ditugaskan kemas rumah macam mak kemas, yeahh berjaya beb.

lepastu sebab nak release stress mamat yang esok exam math, aku ajak die dengan ida tengok johny english. takpe aku tengok dua kali pun..asal dapat gelak dengan adik2 tersayang aku..


kemuncak hari ahad apabila wed balik.

opkos lah jumpa, kena jumpa jugak. hehehe. so tak boleh nak jelaskan betapa happynya..! so sekarang ni aku tengah siap2 nak keluar dating..alahaii gatal je bunyik!

Oct 3, 2011

KELAKAR

harini hari paling kelakar main facebook. sengaja mengusik kawan2 dengan propa. haha. saje saje. dengar lagu ni memang best. gara2 aisa rosti yang sengal tu. aku dengar lagu nii dann....aku terkagum dengan mamat ni. sepupu kepada mbe aku jugak, kak aniha. tiba2 rasa nak buat baik dengan dia. hahaha bodek!


dann aku terus sekodeng lelaki bermisai nipis dan ini lah dia...

sorry this is for suka2..anyway i like the way you are babe :) akak aniha  hehehehe


haii, anda semua jangan terkejut..hehehe
saya google!

dating dengan aisa :)

muka kontrol...

ini kenduri rumah pakcik osman..

ini lepas makan cendol jam besar tuu tauuu sedapppp

kita beratur beli tiket wayang,,hehehhe


akikah

keluar kenduri pada hari sabtu. kenduri cukur jambul dan akikah anak ajie..jom tengok gambar jap

the cute little three ehehehe




i love you

haii...


weekend yang sangat penuh bagi aku..

ok mula dengan jumaat, wed balik macam biasa, lepas solat terus bergegas berdating. yelah kan bukan senang dapat jumpa. jauh tapi apakan daya. macam biasa coconut shake memang wajib singgah. dari satu hal ke satu hal dibincang dan semua direncana dan hanya tunggu masa yang tepat sahaja. dia banyak ajar aku hidup dengan seadanya, sederhana. cukup buat aku terharu dengan sifat kempimpinan sebagai ketua, bukan mengarah tetapi kacak bila tegas, yeah.

aku jugak diajar supaya lebih ke bawah dalam segala hal, hidup jadi tumpuan bukan mudah lebih-lebih lagi aku yang memang dari dulu ramai kawan. dia boleh bertoleransi seadanya dengan terbuka selagi tidak melampau batasnya. sekali lagi aku kagum.

kematangan dalam segala tindak tanduk dan perubahan semua hendaklah apabila kita sudah betul betul sedia dan berterusan melakukan, banyak memberi sokongan dan kasih sayang tidak berbelah bagi. kini aku baru sedar bahawa betapa jelas di mata aku dia lah imam untuk aku dan anak-anak suatu masa nanti.

aku cuba jadi yang terbaik sebab aku tahu aku bukan cukup kuat hendak menepis godaan, aku tak nafikan zaman2 begini adalah yang paling kuat godaannya, aku harap hati aku tetap sepertinya yang sentiasa ada dengan aku susah dan senang bagi peransang.

uhh uhh lelebih lak aku memuji kan, tak sedau diri pulak nanti. anyway thanks alot untuk satu hari yang seronok, dah banyak kali jumpa emak awak kita segan!

oh ya tak sangka  kan, melaka kecik. emak aku dengan emak dia dah lama kenal. the whole family belah ayah kenal sangat dengan emak dia. so memang seronok. nenek cakap "cepat2, emak dia tu baik dengan nenek. dulu kau kecik2 selalu kot main sama2." hahahaha


bersambung...

tengah best main fb sebab kita main cantum2 gambar izzue islam woii. dah gile...takde keje..bye