Oct 30, 2011

great Sunday morning

hello peeps..buat apa harini? program orang kahwin banyak kan? dah nak masuk musim cuti sekolah kan kan..

malam tadi tengok game terengganu vs negeri 9 dan of course anak jantan n9 monang...suko eh den..den memang suko samo ujang..hehe

malamni keluar awal sikit, kenapa? dah rindu sangat letew..eh takde lah. sesaje je. comel je tengok wed bawak kain pelikat, nak solat senang..aihh aihh. jangan memain ye.. ini serius. satu ciri yang aku nak pengsan tengok dia terkedek2 turun kereta pakai kain pelikat. tak susah pun kan. nak pergi solat..

dulu nak keluar kena lepas isyak, tapi sejak kita dah bagi dia idea bawak kain pelikat, menjadi pulak. alhamdulillah. bawak kain pelikat sebab tak sopan nak masuk masjid atau surau dengan seluar pendek. syukur alhamdulillah aku ditemukan dengan orang yang boleh membimbing aku, soleh gitu kan?

yelah kan, teringat dulu2..hubungan banyak yang tak menjadi semua takde ciri2 ni semua. auhh auhh..ok kita sambung cerita balik tadi k..


PEREMPUAN MEMANG TAK SUKA LELAKI UNGKIT PASAL GF LAMA DIA. ok fine. tak betul sebab aku boleh mendengar kenapa hubungan mereka tak menjadi. kita sama2 discuss apa yang kurang sebenarnya. rupanya emosi kuat die nii. dengan aku pulak dah pandai kontrol, sejuk je. ahahahaaiiii sukenyewwww!

LELAKI MEMANG TAK SUKA AWEK DIE CECITA BF LAMA DIA. takk. anda silap. dia sendiri tanya dan mintak dicerita dan dibincang. face to face. sesudahnyaa kami sama2 serba kekurangan dan cuba untuk mengatasi masalah tersebut. saya boleh tenang mendengarnya. takde gelabah tetek cemburu bukan2 dan begitu juga dia..


ehh ehh dah melalut nii...ok malam tadi pukul4 pagi kita baru balik tauu. kita teman dia macam2. sebab dia nak balik pukul5..so kesian lepak jelah sama2. tu yang jadi macam rancangan brainwash tu. uhuhu. sangat puas sebab dapat makan dominos dan ice cream mekdi. nyammmm!


7 balas sembilan..nak tanya sikit lah kan..kalau tujuh dulang hantaran pihak lelaki berbalas 9 dulang hantaran perempuan cemana tuu? cincin tu termasuk sekali dalam kiraan dulang hantaran tu ke??



nak kena tanya makk ni. huhu. emak pun tak tahu sebenarnyee..:P



okay lah, nak berkemas2 rumah. besok kita dah sekolah. love youuu!