Oct 9, 2011

weekend

hai..

nak cerita pasal weekend boleh tak? sangat happy gila this week dimulakan dengan malam sabtu. yeah. mula2 pegi makan tempat feveret all time nasi lemak ayam dara dekat uptown dataran pahlawan. sesampai terus terjah kedai black dan kelihatan hanya ajie dan black di situ, cik yuyu ada dinner katanya.

duduk cari tempat makan mcam biasa, wah tauke kedai pun cakap lama tak nampak batang hidung aku dengan ecah. ok ok. order dulu. aku makan char ktiow dan ecah makan nasi lemak ayam dara. reserve tempat untuk si izuan, amin dan blank. yuyu pun datang join sekaki, borak bagai nak rak macam tak penah jumpa.

mula sesi bakar lemak dengan karok. kau tak caye kan kami bakar lemak? ok fine. selain karok kami juga mengamalkan menari bagai sampai berpeluh2, yela gile kot kau dah makan sampai gemuk kau karok duduk je. tak owsom! orang cakap. so...ape lagi dua jam kau hentam..kak zaida dengan hubby die pun datang meriahkan suasana. best!




malamtu jugak planning sagil, wuhuhu kebetulan si amin nak pegi. aku dengan ecah join laa. pagi kol8 gerak dah tunggu kat uma izuan memang terbaik. siap masuk bilik kejut die lagi..kau ade???


daki tanpa warning up memang main gila, korang jangan cari pasal ok. aku dah rasa. mula2 kita akan rasa peluh banyak sangat tanpa henti dan seakan ini pitam, wahhh. nasib baik ini kejap je jadi. teruskan misi ke puncak destinasi muri macam lagu asmaradana tu kan..daki sampai paling atas, memang cantik. aku dah rasa aku macam puteri gunung ledang je tau!

suratan atau kebetulan..tengah aku mandi aku nampak mamat ni macam kenal je, baru datang n letak beg baik punya kat tempat aku..die turun dekat air, aku pandang die, die pandang aku..
uhh amir hafiz kan? kawan facebook beb! hahahahah so ape lagi borak2 sakan la weh. rupanya kawan si sabit. sekolah agame lak dengan aku dulu. memang cantik ahhh..

mandi2 sampai kol2 baru naik, kecut bagai semua badan woii..enjoy sangat dan terus balik, emak si izuan siap masak lemak ketam lagi. kitaorang sebat dulu makan rumah die dan balik. so tired.

pukul5 dah kat rumah dapat la tido jap. kejap je stengah jam. bangun terus makan mak masak mihun sup untuk makan malam.  malam nak tengok al hijab pulak. ecah dinner rumah aku dan terus ke wayang

al hijab memang seram, aku punya penakut sampai aku pakai sekop dalm henbag aku wat tutup mate. dah macam penyamun je rupa. ecah dok gelak je. aku ingat balik memang kelakau tapi itulaa. aku takut asik tepanjat2 je, baik aku tutup mate aku dgn skaf aku tu at least takde la jelas muka antu aku nampak tu kan...sampai habis cerita ...tenang sikit aku hahahaha.

al hijab memang bes. tak rugi tengok.

lepas habis wayang boy ijad ajak lepak dawood. macam biasa. gelak ketawa yang tak pernah lekang, masih macam dulu. senda gurau tak habis2. seronok.kol2 balik rumah dan membuta.

pagi2 bangun mak dah masak. sebab nak hantar dayah balik JB. barang banyak nak naik bas pun susah. mak and ayah antau, aku ditugaskan kemas rumah macam mak kemas, yeahh berjaya beb.

lepastu sebab nak release stress mamat yang esok exam math, aku ajak die dengan ida tengok johny english. takpe aku tengok dua kali pun..asal dapat gelak dengan adik2 tersayang aku..


kemuncak hari ahad apabila wed balik.

opkos lah jumpa, kena jumpa jugak. hehehe. so tak boleh nak jelaskan betapa happynya..! so sekarang ni aku tengah siap2 nak keluar dating..alahaii gatal je bunyik!

No comments: